Keadaan perut menggeleber merupakan antara masalah wanita terutamanya selepas bersalin. Adakah terdapat cara hilangkan perut menggeleber yang berkesan dan mudah untuk dicuba?
Lebih banyak info tentang Kehamilan, dapatkannya di sini.
Masalah perut wanita selepas bersalin
Tahniah kerana anda telah selamat melahirkan cahaya mata! Ia ada perkara yang paling menakjubkan.
Anda sudah tidak sabar untuk mendapatkan kembali badan seperti dahulu? Bentuk badan ideal bersama pinggang yang ramping?
Tidak dinafikan, antara masalah utama bagi kebanyakan wanita selepas melahirkan anak adalah keadaan perut menggeleber.
Sudah tentu ia secara tidak langsung boleh membuatkan anda hilang keyakinan diri, bukan?
Namun, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu memaksa diri kerana minggu-minggu awal selepas bersalin adalah masa untuk berpantang dan merehatkan diri.
Sebaiknya, nikmati dahulu masa bersama si kecil dengan sepuas-puasnya.
Apabila anda sudah bersedia, mungkin cara hilangkan perut menggeleber menggunakan belly binding dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan tubuh.
Penggunaan belly binding atau untuk pemahaman mudah, bengkung moden, dianggap sebagai cara untuk mendapatkan badan sebelum kehamilan bagi kebanyakan individu.
Berkesankah cara hilangkan perut menggeleber ini?

Pasti ada yang tertanya-tanya, boleh ke dapatkan tubuh langsing dengan menggunakan bengkung ini?
Umumnya, amalan mengikat perut ini yang melibatkan rutin membalut perut dengan menggunakan kain adalah perkara yang sudah dilakukan sejak berabad lamanya.
Balutan pada perut yang ketat itu dipercayai dapat membantu memberikan sokongan dan menjaga perut agar berada pada tempat dan keadaan sepatutnya.
Secara tidak langsung ia membolehkan tubuh terutamanya bahagian perut untuk melakukan perubahan setelah melahirkan anak.
Amalan ini juga membantu penyembuhan tubuh dengan betul.
Cuma bezanya cara hilangkan perut menggeleber kini menggunakan bengkung yang lebih bervariasi dari aspek material dan kepanjangan.
Kelahiran secara normal dan pembedahan caesarean
Rutin membalut perut ini dalam tempoh pemulihan selepas bersalin adalah amat sesuai untuk diamalkan terutamanya untuk mereka yang menjalani pembedahan C-Sec.
Seperti kita sedia maklum, tempoh pemulihan jadi lebih lama dan amat tidak menyelesakan bagi wanita yang menjalani kaedah kelahiran melalui pembedahan.
Ini kerana berbeza dengan kelahiran faraj, kaedah caesarean memerlukan pemotongan banyak lapisan tisu dan otot.
Maka proses belly binding dapat membantu memastikan jahitan czer anda sembuh dengan betul.
Malah berdasarkan kajian mendapati, wanita melalui proses czer dan mengamalkan pemakaian bengkung kurang mengalami kesakitan, pendarahan serta ketidakselesaan berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
Baca juga: