Kaitan Antara Hamil dan Migrain

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ketika sedang hamil, anda pasti akan mengalami sakit kepala. Migrain merupakan kondisi yang sangat biasa terjadi kepada ibu hamil terutamanya ketika 3 bulan pertama kehamilan. Namun begitu, anda tidak seharusnya memandang enteng kepada permasalahan ini.

Punca berlakunya migrain

Punca berlakunya migrain masih tidak dapat dikenalpasti. Secara amnya, migrain dilihat mempunyai kaitan dengan sistem saraf, perjalanan darah serta neurotransmiter dalam otak manusia. Migrain akan berlaku apabila terdapat saluran darah yang membengkak pada permukaan otak. Estrogen juga dipercayai memainkan peranan penting mencetuskan migrain. Kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang jelas di antara hormon dengan migrain. Bagi ibu hamil. Peningkatan aliran darah dan perubahan hormon mungkin merupakan punca utama berlakunya permasalahan ini.

Apakah simptom migrain?

Migrain kebiasaannya bermula dengan pening kepala yang ringan dan akan beransur berubah menjadi pening kepala yang berat terutamanya pada bahagian depan kepala. Migrain juga selalunya akan disertai cirit-birit dan muntah-muntah. Sesetengah individu juga turut mengalami aura (gangguan persepsi) ketika diserang migrain. Individu ini mungkin akan melihat garisan beralun atau titik-titik yang bercahaya. Mereka juga boleh mengalami gangguan penglihatan seperti berada dalam terowong atau blind spots.

Adakah migrain berbahaya kepada ibu hamil?

Anda perlu berjumpa dengan pakar perubatan sekiranya:

  • Anda mengalami sakit kepala yang disertai dengan demam.
  • Anda mengalami sakit kepala yang tidak kebah sehingga beberapa jam atau kembali dengan kerap.
  • Anda mengalami gangguan penglihatan yang teruk.

Penting untuk anda sentiasa berhubung dengan pakar perubatan berkenaan sakit kepala yang dialami oleh anda.

Tip mengawal migrain

Antara pencetus masalah migrain adalah:

  • Tekanan
  • Kafein
  • Cuaca
  • Hormon

Berdasarkan itu, berikut merupakan beberapa tip untuk mengawal migrain:

  • Elakkan diri dari terdedah pada matahari atau cahaya yang terang.
  • Letakkan tuala basah pada dahi atau tengkuk dan berehat di dalam bilik yang gelap.
  • Mandi menggunakan air yang sejuk.
  • Urutkan bahagian hidung perlahan-lahan.
  • Elakkan minum kopi atau minum berkafein.
  • Minum air putih dengan kadar yang banyak.
  • Cuba untuk relaks dan banyak berehat.
  • Elakkan diri daripada pencetus kepada migrain yang dinyatakan di atas.

Ubat-ubatan untuk migrain

Jika anda sedang hamil, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk tidak mengambil ubat-ubatan kecuali jika perlu, kebanyakan ubat-ubatan untuk merawat sakit kepala adalah tidak selamat untuk kandungan. Berbincanglah dengan doktor berkaitan kesan sampingan ubat-ubatan ini terhadap kandungan anda.

Kebanyakan pakar perubatan mencadangkan acetaminophen (Tylenol), yang dipercayai menjadi ubat paling berkesan untuk melegakan kesakitan ketika hamil. Ibu hamil tidak seharusnya mengambil sebarang ubat-ubatan yang mengandungi aspirin atau ibuprofen (sebagai contoh, Advil dan Motrin) kecuali dipreskripsi oleh pakar perubatan yang diakui. Sentiasa berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan termasuklah OTCs.

Tuntasnya, migrain ketika hamil merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng. Rawatan migrain untuk ibu hamil adalah terhad kepada perubahan gaya hidup kerana pengambilan ubat-ubatan adalah tidak disarankan. Ubat-ubatan migrain akan mendatangkan kesan sampingan kepada ibu dan bayi hanya dan hanya akan digunakan sekiranya dicadangkan oleh pakar perubatan yang diakui.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Itu Urologi: Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Untuk Masalah Saluran Kencing Anda

    Ramai yang kurang tahu mengenai kepakaran urologi dan kepentingannya bukan sahaja buat lelaki malahan wanita. Mari kenali apa itu urologi dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Urologi 21/01/2021 . 6 minit bacaan

    Maut Disebabkan Terkena Jangkitan Saluran Kencing? Tak Mustahil Terjadi Jika Alami Keadaan Ini…

    Bolehkah seseorang itu maut hanya disebabkan oleh jangkitan saluran kencing? Jawapannya adalah ya jika ada tanda sepsis yang berlaku. Apa itu sepsis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 21/01/2021 . 3 minit bacaan

    Anak Menangis Sampai Muka Jadi Biru? Mak Ayah Usah Biarkan! Ini Namanya Raungan Senyap

    Siapa tak risau apabila melihat bayi menangis jadi kebiruan akibat tahan nafas. Lebih teruk lagi jika perkara ini sering menjadi punca anak pengsan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 21/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tinggalkan Hand Sanitiser Di Dalam Kereta, Masih Boleh Guna Atau Sudah Tidak Berkesan?

    Susah untuk membasuh tangan dan lebih suka gunakan pensanitasi tangan? Pastikan anda tahu bila anda perlu beli botol baharu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 21/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan buruk melancap

    Kerap Melancap Punca Pundi Kencing Lemah & Selalu Ke Tandas, Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
    miss v gatal wanita

    Miss V Terasa Gatal-gatal? Ini 5 Penyebab Utama Faraj Wanita Kerap Alami Kegatalan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
    batu karang

    Awas.. Syok Makan Ini, Makan Itu, Rupa-rupanya Agen Utama Batu Karang Ginjal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 5 minit bacaan
    sakit buah pinggang

    7 Tanda Penyakit Buah Pinggang Yang Harus Anda Perhatikan, Jangan Biar Ia Semakin Parah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 5 minit bacaan