backup og meta

Segan Perut Menggeleber Lepas Bersalin? Mommies, Boleh Cuba Kaedah Ini, BERKESAN!

Segan Perut Menggeleber Lepas Bersalin? Mommies, Boleh Cuba Kaedah Ini, BERKESAN!

Keadaan perut menggeleber merupakan antara masalah wanita terutamanya selepas bersalin. Adakah terdapat cara hilangkan perut menggeleber yang berkesan dan mudah untuk dicuba?

Lebih banyak info tentang Kehamilan, dapatkannya di sini.

Masalah perut wanita selepas bersalin

Tahniah kerana anda telah selamat melahirkan cahaya mata! Ia ada perkara yang paling menakjubkan.

Anda sudah tidak sabar untuk mendapatkan kembali badan seperti dahulu? Bentuk badan ideal bersama pinggang yang ramping?

Tidak dinafikan, antara masalah utama bagi kebanyakan wanita selepas melahirkan anak adalah keadaan perut menggeleber.

Sudah tentu ia secara tidak langsung boleh membuatkan anda hilang keyakinan diri, bukan?

Namun, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu memaksa diri kerana minggu-minggu awal selepas bersalin adalah masa untuk berpantang dan merehatkan diri. 

Sebaiknya, nikmati dahulu masa bersama si kecil dengan sepuas-puasnya.

Apabila anda sudah bersedia, mungkin cara hilangkan perut menggeleber menggunakan belly binding dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan tubuh.

Penggunaan belly binding atau untuk pemahaman mudah, bengkung moden, dianggap sebagai cara untuk mendapatkan badan sebelum kehamilan bagi kebanyakan individu. 

Berkesankah cara hilangkan perut menggeleber ini?

cara hilangkan perut menggeleber

Pasti ada yang tertanya-tanya, boleh ke dapatkan tubuh langsing dengan menggunakan bengkung ini?

Umumnya, amalan mengikat perut ini yang melibatkan rutin membalut perut dengan menggunakan kain adalah perkara yang sudah dilakukan sejak berabad lamanya.

Balutan pada perut yang ketat itu dipercayai dapat membantu memberikan sokongan dan menjaga perut agar berada pada tempat dan keadaan sepatutnya.

Secara tidak langsung ia membolehkan tubuh terutamanya bahagian perut untuk melakukan perubahan setelah melahirkan anak. 

Amalan ini juga membantu penyembuhan tubuh dengan betul. 

Cuma bezanya cara hilangkan perut menggeleber kini menggunakan bengkung yang lebih bervariasi dari aspek material dan kepanjangan.

Kelahiran secara normal dan pembedahan caesarean

Rutin membalut perut ini dalam tempoh pemulihan selepas bersalin adalah amat sesuai untuk diamalkan terutamanya untuk mereka yang menjalani pembedahan C-Sec.

Seperti kita sedia maklum, tempoh pemulihan jadi lebih lama dan amat tidak menyelesakan bagi wanita yang menjalani kaedah kelahiran melalui pembedahan.

Ini kerana berbeza dengan kelahiran faraj, kaedah caesarean memerlukan pemotongan banyak lapisan tisu dan otot. 

Maka proses belly binding dapat membantu memastikan jahitan czer anda sembuh dengan betul.

Malah berdasarkan kajian mendapati, wanita melalui proses czer dan mengamalkan pemakaian bengkung kurang mengalami kesakitan, pendarahan serta ketidakselesaan berbanding mereka yang tidak menggunakannya.

Baca juga:

Bengkung, efektif sebagai cara hilangkan perut menggeleber

Ketika hamil, pelbagai perubahan yang akan anda lalui. Antaranya, tubuh anda akan berkembang dan meregang untuk menampung tumbesaran bayi.

Proses perkembangan itu juga akan menyebabkan organ bergerak keluar dari kedudukan normalnya. Bahkan otot pada bahagian perut juga akan berkembang untuk memberikan ruang yang secukupnya.

Apabila anda sudah selamat bersalin, sudah tentu tubuh perlu menggerakkan otot dan organ tersebut kembali ke kedudukan asalnya.

Sekiranya ikatan pada perut dilakukan dengan betul, ia akan merangkumi bahagian perut dan sekitar pinggul. Ini sekali gus memberikan sokongan pada bahagian lantai pelvik anda. 

Di samping itu, pemakaian bengkung moden ini mewujudkan tekanan lembut (compression) yang menahan otot dan ligamen dengan selamat pada tempatnya ketika tubuh sedang melalui fasa pemulihan.

cara hilangkan perut menggeleber

Jenis-jenis bengkung

Apabila bercakap mengenai bengkung, terdapat pelbagai variasinya yang boleh dijadikan pilihan. Ia lebih kepada keselesaan pemakai itu sendiri.

Antara jenis yang boleh dijadikan pilihan sebagai cara hilangkan perut menggeleber selepas bersalin adalah bengkung tradisional yang sering dipakai oleh emak-emak kita dahulu.

Bengkung ini mempunyai kain yang panjang dan memerlukan anda untuk membalut tubuh secara manual, bermula daripada bahagian bawah dada sehingga ke pinggul. 

Bengkung tradisional ini biasanya menggunakan kain selebar 9 inci dan panjang 16 ela. 

Tempoh pemakaian bengkung ini pula adalah sekurang-kurangnya 12 jam sehari untuk selama 30 hari atau lebih. 

Namun seiring dengan peredaran masa, di mana segalanya perlu mudah dan pantas, anda mungkin boleh memilih dan mempertimbangkan bengkung moden atau “pre-constructed” postpartum girdles.

Untuk pilihan bengkung moden ini:

  • Ia hadir dalam pilihan kepanjangan dan lebar yang berbeza
  • Didatangkan dengan penggunaan gaya Velcro atau cangkuk yang memastikan balutan lebih rapi dan kemas
  • Menawarkan kadar harga yang berpatutan dan boleh disesuaikan dengan bajet anda

cara hilangkan perut menggeleber

1 pilihan cara hilangkan perut menggeleber 

Bilakah masa sesuai selepas bersalin untuk mula menggunakan bengkung ini?

Jawapan paling mudah, ia bergantung kepada cara anda bersalin dan variasi bengkung yang ingin digunakan.

Bagi mereka yang melalui proses kelahiran faraj dan ingin menggunakan bengkung tradisional atau moden, ia boleh dilakukan sebaik anda selamat bersalin.

Manakala untuk ibu bersalin dengan kaedah pembedahan, anda disarankan menunggu sehingga luka jahitan czer sembuh dan kering sebelum memulakannya.

Untuk mendapatkan lebih kepastian, berbincanglah dengan doktor sebelum memulakan pemakaian bengkung.

Paling penting, pemilihan bengkung sebagai cara hilangkan perut menggeleber perlulah dilakukan mengikut panduan dan kaedah betul supaya ia menjadi pilihan terbaik dalam membantu proses pemulihan tubuh anda.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on May 29, 2021 from

https://www.lamaze.org/Giving-Birth-with-Confidence/GBWC-Post/postpartum-care-belly-binding

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/expert-answers/diastasis-recti/faq-20057825

http://www.curalux.ca/content/PostpartumBellyBinding.pdf

https://www.newlifebirthservices.org/new-life-blog/2020/4/14/the-benefits-of-postpartum-belly-binding\ 

https://www.virtua.org/articles/the-post-pregnancy-belly-bulge-you-should-be-concerned-about 

https://www.embracephysio.sg/blog/should-i-perform-postpartum-abdominal-binding

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5962320/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6651323/ 

 

Versi Terbaru

01/09/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Penjagaan Selepas Bersalin Penting! Kalau Tidak, Ibu Terdedah Kepada 9 Risiko Ini

Tiada Lagi Masalah Perut Menggeleber Selepas Bersalin! Nah, Cuba 9 Petua Ini, Tak Perlu Surgeri!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan