backup og meta

Ibu Hamil Berpuasa? Ketahui Keperluan Kalsium Yang Perlu Dipenuhi

Hamil ibu memerlukan perhatian khusus terhadap pemakanan harian.

Ibu Hamil Berpuasa? Ketahui Keperluan Kalsium Yang Perlu Dipenuhi

Ini kerana setiap nutrien yang diambil bukan sahaja menyokong kesihatan diri, malah turut dikongsi dengan janin di dalam rahim untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangannya kekal optimum.

Keperluan ini menjadi lebih mencabar apabila berpuasa sepanjang bulan Ramadan, di mana diet seimbang yang mencukupi vitamin dan mineral perlu dirancang dengan teliti. Salah satu nutrien penting yang sering menjadi persoalan ialah kalsium.

Jadi, berapakah jumlah kalsium yang sebenarnya diperlukan oleh wanita hamil ketika berpuasa? Ikuti penjelasan lanjut ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Manfaat kalsium dalam pemakanan ibu hamil

Seperti yang anda tahu, kalsium memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan tulang daripada risiko pereputan (osteoporosis).

Ini sebenarnya bukan hanya berlaku untuk wanita hamil saja, tetapi juga kepada janin dalam kandungan.

Keperluan kalsium wanita hamil kebiasaannya lebih daripada sebelum hamil.

Ini kerana pengambilan kalsium ke dalam tubuh ibu juga akan digunakan untuk pertumbuhan tulang dan gigi janin.

Sekiranya keperluan kalsium ibu mengandung tidak dipenuhi, janin akan mengambil beberapa kalsium daripada tulang ibu.

Ini pasti akan mengganggu kesihatan tulang ibu dan memberi kesan kepada risiko osteoporosis pada masa akan datang.

hamil ibu
Penting untuk pastikan adanya pengambilan kalsium dalam pemakanan harian.

Selain pertumbuhan tulang dan gigi, janin memerlukan kalsium untuk memaksimumkan perkembangan hati, saraf, dan otot.

Malah, kalsium juga berguna untuk menguatkan degupan jantung bayi supaya kelak dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan normal.

Bagi wanita hamil, pengambilan kalsium diperlukan untuk mengurangkan risiko hipertensi dan preeklamsia.

Dua hal tersebut adalah antara komplikasi yang paling biasa semasa kehamilan.

[embed-health-tool-due-date]

Oleh itu, sangat penting untuk memenuhi keperluan kalsium wanita mengandung untuk mencegah risiko komplikasi kehamilan yang boleh menjejaskan ibu dan janin.

Sebaik sahaja bayi anda dilahirkan sehingga selesai masa penyusuan eksklusif, anda masih perlu memenuhi keperluan kalsium harian anda.

Oleh itu, kalsium akan sentiasa diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang anda dan mencegah kemorosotan kepadatan tulang pada masa akan datang.

hamil ibu
Kalsium penting untuk bayi dalam kandungan.

Supplement ibu mengandung: Keperluan kalsium ketika puasa

Keperluan kalsium wanita hamil ketika berpuasa pada umumnya sama dengan sewaktu tidak berpuasa.

Ia hanya memerlukan pengaturan pola makan dengan sebaik mungkin supaya keperluan kalsium semasa puasa dipenuhi dan tidak berlebihan.

Keperluan kalsium wanita hamil meningkat sebanyak 200 miligram (mg) dari keperluan biasa, sama ada pada trimester 1, trimester 2, atau trimester 3.

Namun, ini juga bergantung kepada usia wanita hamil sendiri.

  • 14 – 18 tahun, hamil/menyusu: 1,300
  • 19 – 50 tahun, hamil/menyusu: 1,000

Untuk memastikan keperluan kalsium dipenuhi semasa berpuasa, cubalah mengambil pelbagai sumber makanan kalsium seperti susu, keju, yogurt, bijirin, dan bayam.

Pada asasnya, tidak terlalu sukar untuk memenuhi keperluan kalsium harian anda dengan makanan ini.

Contohnya bila anda sedang hamil di usia 25 tahun dengan keperluan kalsium 1.300 mg, maka ini boleh dipenuhi dengan makan satu mangkuk bijirin yang mengandungi 1,000 mg kalsium dan segelas susu yang mengandungi kalsium sebanyak 299 mg.

hamil ibu
Antara vitamin yang disarankan semasa mengandung.

Walau bagaimanapun, sesetengah wanita hamil tidak suka minum susu kerana ia cenderung menyebabkan mual atau muntah.

Ini boleh diganti dengan beberapa sumber kalsium lain seperti:

  • Jus oren, mengandungi 415 mg kalsium
  • Sardin, mengandungi 375 mg kalsium
  • Tauhu, mengandungi 253 mg kalsium
  • Bok coy, mengandungi 74 miligram
  • Roti tawar, mengandungi 73 miligram

Jika perlu, penuhi keperluan kalsium anda dengan suplemen multivitamin yang mengandung kalsium.

Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk memastikan kesihatan kehamilan anda sebelum mengambil sebarang suplemen.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Calcium. https://ods.od.nih.gov/factsheets/Calcium-HealthProfessional/#h2. Diakses 21 Mei 2018

Guideline: Calcium Supplementation in Pregnant Women. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK154181/. Diakses Februari 10, 2026.

Vitamins, supplements and nutrition in pregnancy. https://www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/vitamins-supplements-and-nutrition/. Diakses Februari 10, 2026.

Calcium supplementation during pregnancy to reduce the risk of pre-eclampsia. https://www.who.int/tools/elena/interventions/calcium-pregnancy. Diakses Februari 10, 2026.

Calcium and calcium supplements: Achieving the right balance. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/calcium-supplements/art-20047097. Diakses Februari 10, 2026.

Versi Terbaru

10/02/2026

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Cara Elakkan Stretch Mark Ketika Mengandung? Ada 7 Tip Untuk Bakal Ibu

Runsing Mengenai Kiraan Kehamilan? Ini Cara Tentukan Tarikh Bersalin & Konsepsi dengan Tepat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan