Cara hilangkan stretch mark ada banyak, tapi mana satu yang bagus? Salah satu cabaran yang biasa dihadapi oleh wanita mengandung ialah stretch mark atau tanda regangan. Semasa hamil, anda akan mengalami stretch mark pada bahagian perut.
Cara hilangkan stretch mark ada banyak, tapi mana satu yang bagus? Salah satu cabaran yang biasa dihadapi oleh wanita mengandung ialah stretch mark atau tanda regangan. Semasa hamil, anda akan mengalami stretch mark pada bahagian perut.

Ia juga boleh muncul di kawasan paha, dada, punggung dan lengan disebabkan regangan kulit yang mendadak.
Walaupun ia tidak membahayakan kesihatan, ramai wanita ingin mengelaknya demi penampilan dan keselesaan diri.
Mari kita lihat beberapa cara menghilangkan stretch mark dengan cepat semasa mengandung.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Kulit yang kering lebih mudah untuk mengalami keretakan. Oleh itu, pastikan tubuh sentiasa cukup hidrasi agar kulit kekal lembap dari dalam. Wanita mengandung disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari.
Hal ini kerana, ia penting untuk membantu menguatkan dan memperbaharui kulit anda.
Kulit yang sentiasa lembap akan menjadikan kulit lebih anjal. Semasa mengandung, tubuh akan membesar dengan cepat dan kulit perlu menyesuaikan diri dengan perubahan ini.
Penggunaan pelembap seperti krim atau minyak khas adalah cara hilangkan stretch mark yang mudah untuk ibu mengandung.

Gunakan pelembab yang mengandungi :
Pemakanan memainkan peranan besar dalam cara hilangkan stretch mark. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien penting untuk menyokong keanjalan kulit seperti:

Penambahan berat badan yang terlalu cepat atau berlebihan semasa mengandung boleh meningkatkan risiko stretch mark. Disebabkan badan anda tidak sempat menyesuaikan diri, lalu menyebabkan kulit merekah.
Penambahan berat badan yang sihat biasanya antara 11-16kg untuk wanita dengan berat badan normal sebelum mengandung. Namun, setiap wanita berbeza, jadi pastikan anda ikut nasihat doktor.
Dengan ini, cara menghilangkan stretch mark dengan cepat akan terlaksana!
Apa maksudnya? Anda boleh mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin E dan C, zink dan silika yang membantu membentuk kolagen dengan lebih banyak lagi.
Hal ini kerana, kolagen dan gentian elastin dalam kulit dapat merangsang pertumbuhan sel baharu dan memudarkan stretch mark dari semasa ke semasa.
Cara hilangkan stretch mark di paha boleh dicegah jika dijaga sejak awal kehamilan. Ramai wanita mula menjaga kulit hanya selepas perut membesar. Walhal, stretch mark sudah mula terbentuk sebelum ia terlihat secara fizikal.

Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Pregnancy Stretch Marks https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-concerns/what-are-pregnancy-stretch-marks/. Diakses pada 14 Julai 2025
Stretch marks in pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/stretch-marks. Diakses pada 14 Julai 2025
Stretch Marks. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10785-stretch-marks. Diakses pada 14 Julai 2025
Stretch marks. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stretch-marks/diagnosis-treatment/drc-20351144. Diakses pada 14 Julai 2025
Collagen. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/23089-collagen. Diakses pada 14 Julai 2025
Versi Terbaru
29/08/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa