backup og meta

Pemeriksaan Prakonsepsi: Ujian yang Perlu Anda Jalani Sebelum Hamil

Pemeriksaan Prakonsepsi: Ujian yang Perlu Anda Jalani Sebelum Hamil

Menimang cahaya mata sendiri pasti menjadi pengalaman yang paling bermakna dalam hidup setiap orang. Tahniah andai sekarang ini anda sedang menunggu detik kelahiran bayi anda. Namun, ingatlah bahawa sebelum anda mencuba untuk hamil, anda perlu menjalani beberapa ujian untuk melindungi kesihatan anda dan bayi. Artikel ini menyediakan maklumat tentang apa yang anda perlu jalani untuk pemeriksaan prakonsepsi nanti.

Mengapa anda perlu mengambil pemeriksaan prakonsepsi

Pemeriksaan prakonsepsi membolehkan doktor memeriksa keseluruhan kesihatan anda. Dari situ, anda boleh tahu sama ada tubuh anda sudah bersedia untuk bergelar ibu ataupun tidak. Anda boleh membuat temu janji dengan pihak hospital bila-bila masa – sebelum anda merancang untuk hamil. Beberapa faktor boleh mempengaruhi kesuburan dan kehamilan anda seperti keadaan perubatan atau tabiat cara hidup. Doktor akan membantu anda dan memberikan nasihat dalam usaha anda untuk menimang cahaya mata.

Apa yang berlaku semasa pemeriksaan prakonsepsi?

Semasa temu janji anda, doktor mungkin akan:

  • Melakukan ujian perubatan untuk mengetahui kesihatan anda dan kemampuan tubuh anda untuk hamil. Ini termasuklah ujian fizikal, ujian pelvik, ujian darah, ujian Pap, dan beberapa ujian lain.
  • Bertanyakan anda mengenai sejarah kesihatan keluarga dan gaya hidup anda.
  • Menjawab sebarang soalan anda tentang kehamilan.

Adakah anda masih perlu melakukan pemeriksaan prakonsepsi jika anda sudah pernah melahirkan bayi?

Sementelah status kesihatan anda mungkin berubah selepas anda melahirkan bayi pertama, maka anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan prakonsepsi sekali lagi. Jika anda pernah mengalami komplikasi semasa kehamilan terdahulu anda, doktor boleh mengambil langkah yang perlu untuk membantu anda mengelakkan masalah yang sama semasa anda hamil kali kedua. Anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan prakonsepsi jika mengalami komplikasi di bawah semasa kehamilan terdahulu:

  • Keguguran (apabila bayi meninggal di dalam rahim sebelum usia kandungan 20 minggu)
  • Lahir mati (apabila bayi meninggal di dalam rahim selepas usia kehamilan 20 minggu)
  • Kelahiran bayi pramatang (apabila ibu bersalin lebih awal daripada tarikh jangkaan, secara khususnya, sebelum usia kehamilan 37 minggu)
  • Kecacatan kelahiran pada bayi

Beberapa ujian yang anda perlu ambil sebelum hamil

1. Ujian Pap Smear

2. TSH (pemeriksaan tiroid)

3. Analisis sperma

4. Periksa ovulasi dengan suhu badan asas (BBT)

5. HIV

6. Herpes

7. Hepatitis A dan  B

8. VDRL

9. Ujian faraj untuk GC dan Chlamydia

10. Rubella titers

11. Chickenpox titers

12. Parvovirus B-19 (Fifth Disease) titers

13. Cytomegalovirus titers

14. Toxoplasmosis titers

15. Jenis dan Rh darah anda dan pasangan

16. CBC dan hemoglobin electrophoresis

Ambil berat akan pemeriksaan prakonsepsi anda bagi memastikan perjalanan kehamilan anda lancar kelak. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, bercakaplah dengan doktor anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Your checkup before pregnancy, http://www.marchofdimes.org/pregnancy/your-checkup-before-pregnancy.aspx, Accessed November 22, 2016.
Tests to Do Before Pregnancy – Preconception, Periconception, http://www.babymed.com/periconception/tests-do-pregnancy-preconception-periconception Accessed November 22, 2016.
What tests you need before you conceive, http://www.todaysparent.com/trying-to-conceive/getting-pregnant/what-tests-you-need-before-you-conceive/, Accessed November 22, 2016.

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan