backup og meta

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/08/2021

    Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

    Ibu hamil mungkin terkejut ketika doktor menyarankan bed rest. Kadangkala, ibu perlu berehat daripada melakukan sebarang aktiviti demi kesihatan bayi dalam kandungan. Ini juga dibuat bagi mengelakkan bahaya stress ketika mengandung.

    Namun, apa sebenarnya bed rest, dan mengapa ia penting untuk wanita yang mengandung? Jom ikuti artikel kami untuk info yang lebih lanjut!

    Bahaya stress ketika mengandung, jadi ibu perlu bed rest, apa maksudanya?

    Ibu mengandung yang dikhuatiri akan mempunyai komplikasi semasa kelahiran selalunya akan diarahkan oleh doktor supaya berada di dalam keadaan bed rest. 

    Sewaktu bed rest, ibu tidak boleh bergerak sesuka hati dan perlu berehat di atas katil. Doktor berharap dengan mengurangkan pergerakan, ibu dapat membawa kandungannya dengan selamat sehinggalah tempoh kelahiran.

    Durasi rehat ini mungkin berbeza bergantung kepada keadaan ibu dan juga bayi. Ada yang makan masa cuma seminggu dua, namun ada juga yang terpaksa berehat selama berbulan-bulan sehinggalah bayi tersebut selamat dilahirkan.

    Ibu hamil boleh melakukan bed rest secara sepenuhnya ataupun secara separa. Bed rest sepenuhnya memerlukan ibu untuk berbaring sepanjang hari kecuali jika ingin mandi ataupun ke tandas.

    Jika diminta melakukannya secara separa, ibu masih lagi boleh duduk, berdiri, dan melakukan aktiviti ringan yang lain.

    Apa yang ibu boleh lakukan semasa dalam keadaan bed rest?

    bed rest

    Walaupun ibu yang berada dalam keadaan rehat tidak dibenarkan melakukan aktiviti berat, namun senaman ringan dan regangan mudah masih boleh dilakukan di atas katil.

    Tetapi, jika ibu ingin melakukan aktiviti ini, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu ya. Kadar aktiviti yang dibenarkan mungkin berbeza mengikut individu.

    Jika ibu dibenarkan bergerak sedikit, ibu boleh:

    1. Bergerak ke dapur ataupun bilik air.
    2. Duduk tapi tidak melebihi 1 jam.
    3. Mandi.
    4. Naik tangga yang tidak tinggi.
    5. Berdiri untuk tempoh masa yang sekejap.

    Tetapi, ibu sama sekali perlu elak daripada:

    1. Melakukan apa-apa aktiviti berat yang melebihi 1 jam.
    2. Melakukan hubungan seksual.
    3. Meletakkan apa-apa objek dalam vagina.

    Kesan sampingan bed rest

    Amalan ini sebenarnya mempunyai pendapat yang bercanggah daripada pakar. Walau bagaimanapun, ia tetap dilakukan setelah mengambil kira kesannya terhadap ibu dan juga bayi.

    Sewaktu berehat, ibu boleh mengalami darah beku (deep vein thrombosis) pada bahagian kaki kerana kurangnya pergerakan semasa bed rest.

    Selain itu, kekuatan otot dan tulang ibu juga akan makin merosot. Oleh sebab ini, ibu mungkin perlukan lebih masa untuk pulih selepas kehamilan nanti.

    Anda akan diletakkan dalam keadaan rehat di atas katil jika anda mempunyai risiko preeclampsia ataupun mengandung lebih daripada satu bayi.

    Selain itu, jika anda mempunyai masalah kesihatan yang boleh memudaratkan anda dan bayi, doktor juga mungkin akan mengarahkan anda tinggal di rumah dan berehat di atas katil.

    Emosi ibu boleh terjejas

    Namun, kesannya adalah paling teruk terhadap keadaan mental ibu. Ibu boleh mengalami kegelisahan (anxiety) dan depresi akibat bed rest.

    Tambah lagi, keadaan bed rest yang terlalu lama juga akan membuatkan ibu makin tertekan. Semakin ketat kawalan terhadap pergerakan ibu, semakin teruk keadaan emosi ibu nanti.

    Oleh itu, penting untuk pasangan mengenal pasti risiko sebenar jika ibu perlu melalui bed rest. Ketika isteri hanya boleh terlantar dan tidak boleh bergerak dalam satu jangka masa yang lama, segala tanggungjawab akan tergalas pada bahu suami.

    Malah, ada juga wanita yang terpaksa berhenti kerja kerana perlu melakukan bed rest. Impaknya bukan hanya akan dirasai oleh ibu sahaja, malah kepada seluruh ahli keluarga.

    Maka, penting untuk suami dan isteri membuat perancangan yang rapi untuk menghadapi bed rest.

    Mereka haruslah selalu berkomunikasi dan bantu-membantu untuk elakkan ibu daripada rasa tertekan dan terbeban ketika terpaksa habiskan hari-harinya berbaring di atas katil.

    3 tip buat ibu hamil untuk penuhi hari anda!

    Rancang hari anda. Cuba amalkan hobi seperti menulis jurnal ataupun membaca buku. Anda juga boleh buat senarai ‘to-do-list‘ supaya anda tidak rasa terlalu bosan dan dapat isi hari anda dengan aktiviti yang berfaedah.

    Anda juga boleh gunakan masa ini untuk belajar ilmu baru mengenai kelahiran dan juga keibubapaan. Pastikan anda sudah bersedia untuk menerima kelahiran cahaya mata anda nanti!

    Anda juga boleh lakukan senaman ringan. Anda boleh cuba amalkan senaman mudah seperti melakukan regangan dengan menggerakkan kaki dan tangan dalam bentuk bulat ketika berada di atas katil.

    Senaman ringan boleh kurangkan risiko ibu daripada mengalami darah beku. Namun, beringatlah semasa melakukan senaman ya. Jangan terlalu tekankan otot pada perut anda!

    Genggam bola stres untuk rileks. Jangan biarkan anda berada dalam keadaan tertekan terlalu lama. Jika anda rasa stres, bercakaplah dengan suami ataupun ahli keluarga anda ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan