Masalah isteri kurang air sewaktu bersetubuh bukanlah satu isu baharu dalam aktiviti ranjang. Namun, masalah ini juga bukanlah langsung tiada solusinya. Ada banyak perkongsian di internet mengenai tips banyak air ketika bersama suami.
Masalah isteri kurang air sewaktu bersetubuh bukanlah satu isu baharu dalam aktiviti ranjang. Namun, masalah ini juga bukanlah langsung tiada solusinya. Ada banyak perkongsian di internet mengenai tips banyak air ketika bersama suami.

Namun, bukan semua petua yang ada itu selamat untuk anda dan pasangan cuba. Jom ketahui tip isteri banyak air ketika seks.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Sebelum kita membincangkan mengenai tips banyak air ketika bersama suami, anda perlu mengetahui punca isteri berasa senak ketika bersama suami terlebih dahulu.
Apa punca senak ketika bersama suami?
Kekeringan faraj boleh menjadi punca projek asmara terganggu.
Ia boleh terjadi kepada semua golongan wanita tanpa mengira usia dan juga boleh menjejaskan kualiti hidup wanita.
Wanita yang mengalami kekeringan faraj akan berasa sakit dan senak ketika sedang bersenggama.
Malah, vagina yang kering juga akan menyebabkan anda berasa pedih dan ‘ketat’ ketika duduk, bersenam dan membuang air kecil.
Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan faraj anda terlalu kering dan pedih:
Petua menghasilkan banyak air ketika bersama suami boleh dibahagikan dengan dua kaedah iaitu secara semula jadi dan juga penggunaan ubat-ubatan.
Berikut merupakan beberapa tips banyak air ketika bersama suami yang anda perlu tahu sebagai petua ketika bersama suami:
Sama seperti bersenam, seks juga sebenarnya memerlukan pemanasan badan.
Untuk makluman anda, foreplay ini merupakan aktiviti fizikal seperti menyentuh, mencium, meraba dan membelai pasangan sebelum anda mula bersenggama.
Ia bertujuan untuk menaikkan ghairah seksual antara pasangan untuk mendapatkan kepuasan yang diinginkan.
Aksi ini dapat membantu meningkatkan rangsangan seksual anda bersama pasangan dan boleh meningkatkan pengeluaran pelinciran semula jadi.
Semakin anda berasa ghairah dan terangsang, semakin banyak air yang akan keluar daripada vagina anda.
Pelincir juga sebenarnya boleh membantu untuk melicinkan faraj wanita. Ia boleh mengurangkan geseran dan rasa sakit ketika anda sedang bersama.
Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui jenis pelincir yang selamat untuk anda dan pasangan.
Faraj anda berkemungkinan kering kerana anda kurang melakukan seks. Stimulasi seksual boleh membantu meningkatkan aliran darah dan rembesan vagina, sekali gus melegakan masalah kekeringan faraj.
Oleh itu, anda disarankan untuk kerap melakukan seks bersama pasangan bagi menggalakkan banyak air keluar semasa bersama.

Gel lidah buaya sebenarnya dapat membuatkan faraj wanita menjadi semakin lembap selain ia juga baik untuk kecantikan wajah. Bukan itu sahaja, ia juga popular untuk merawat masalah kulit sunburn.
Campurkan gel lidah buaya ini bersama susu segar di kawasan faraj anda.
Namun perlu diingatkan juga, cara ini mungkin memberi tindak balas yang berbeza untuk sesetengah wanita kerana tahap sensitiviti kulit tidak sama.
Sebelum mencuba teknik ini, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor.
Kadangkala, posisi yang sama ketika melakukan seks juga boleh menyebabkan anda mengalami banyak geseran dan membuatkan faraj anda berasa pedih dan tidak selesa.
Anda boleh mencuba posisi seks yang berbeza bagi mengenal pasti posisi yang paling sesuai dan tidak begitu sakit buat anda.
Apa makanan tambah air mani wanita?
Sebenarnya, pengeluaran kuantiti air mani wanita juga boleh berpunca daripada amalan diet seharian. Jadi, anda boleh mengamalkan jenis makanan berikut untuk meningkatkan kesihatan miss V anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Vaginal Dryness. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21027-vaginal-dryness. Diakses pada Oktober 26, 2023.
Vaginal Dryness. https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/vaginal-dryness. Diakses pada Oktober 26, 2023.
Foreplay. https://playsafe.health.nsw.gov.au/2018/03/19/foreplay/. Diakses pada Oktober 26, 2023.
Vaginal Dryness. https://www.healthdirect.gov.au/vaginal-dryness. Diakses pada Oktober 26, 2023.
Symptom Vagina Dryness. https://www.mayoclinic.org/symptoms/vaginal-dryness/basics/causes/sym-20151520. Diakses pada Oktober 26, 2023.
Versi Terbaru
04/02/2025
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor