Takut Tengok Muka Sendiri Semasa Hamil? Ini 5 Perubahan Fizikal Yang Bakal Ibu Lalui!

    Takut Tengok Muka Sendiri Semasa Hamil? Ini 5 Perubahan Fizikal Yang Bakal Ibu Lalui!

    Ketika mengandung, banyak perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan seorang wanita. Tentu sekali, perut akan mula ‘membuncit’ seiring dengan perjalanan bulan dan trimester. Pun begitu, bukan bahagian perut sahaja yang wajar diberikan perhatian. Bahkan ada yang percaya wajah berubah semasa hamil itu adalah perkara yang betul boleh terjadi.

    Persoalannya, adakah ia fakta atau auta? Jika ya, apakah jenis perubahan yang dikatakan itu?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Wajah berubah semasa hamil – fakta atau auta?

    wajah berubah semasa hamil

    Pernahkah anda semua terbaca atau terdengar mengenai seri ibu mengandung? Buat anda yang belum tahu, ada orang percaya, wanita itu secara semula jadinya akan berubah menjadi cantik semasa hamil.

    Ya, tidak dinafikan ada wanita yang mukanya akan berseri ketika mengandung.

    Pun begitu, bukan itu keadaan yang sebenar terjadi. Kebanyakan wanita hamil akan mengalami perubahan pada wajah yang agak kurang menyenangkan.

    Untuk menjawab persoalan di atas, jawapannya adalah ya. Wanita mungkin boleh mengalami perubahan pada wajah semasa hamil. Kenapa?

    Ini disebabkan oleh perubahan pada tubuh badan secara umumnya tidak kira pada pengeluaran hormon, perjalanan darah dan bermacam lagi faktor!

    Jadi, usah khuatir sekiranya wajah anda sedikit berbeza ketika mengandung…

    Apa yang akan berlaku pada wajah semasa hamil?

    Baiklah, sekarang kita tahu bahawa perkara ini adalah fakta. Pun begitu, perubahan apa yang dimaksudkan?

    Adakah ia terlalu kecil sehingga tidak dapat dilihat atau terlalu besar sehingga kita takut untuk melihat diri sendiri di cermin?

    Tenang. Ini perubahan yang akan terjadi pada wajah ketika mengandung:

    #1. Muka bengkak buat wajah berubah semasa hamil

    Bagi ibu hamil, pembengkakan pada tangan dan kaki itu adalah sesuatu yang normal.

    Pun begitu, bahagian muka juga akan mendapat kesan lantas menjadi lebih bulat dan tembam.

    Ia adalah normal dan akan hilang sendiri selepas bersalin.

    wajah berubah semasa hamil

    Namun jika muka anda membengkak dan terasa sakit, ia mungkin tanda pre-eklampsia. Jadi, segera berjumpa dengan doktor.

    #2. Tumbuh jerawat

    Ramai yang sangka bahawa wanita hanya akan tumbuh jerawat semasa usia remaja.

    Pun begitu, ketahuilah bahawa ada satu lagi waktu di mana jerawat akan tumbuh banyak di muka iaitu semasa kehamilan.

    Ini disebabkan oleh tubuh badan banyak mengeluarkan hormon untuk penghasilan sebum (peluh).

    Namun, ia juga adalah keadaan yang normal dan anda tidak perlu terlalu risau tentangnya.

    #3. Kulit berubah kemerahan

    Tidak, ia bukan disebabkan oleh perasaan malu atau suasana panas.

    Kondisi ini terjadi disebabkan oleh peningkatan tekanan darah dalam tubuh badan wanita.

    Ada juga yang percaya kulit wanita mengandung akan berubah kemerahan disebabkan si ibu terpaksa menanggung berat bayi dalam kandungan mereka.

    Ia juga adalah kondisi normal yang tidak memerlukan sebarang rawatan lanjut. Jadi usah khuatir!

    Wajah berubah semasa hamil #4. Keguguran kening dan bulu mata

    Tidak menjangkakan ini akan terjadi bukan?

    Hakikatnya, wanita mungkin akan mengalami keguguran kening dan bulu mata akibat kekurangan nutrien atau vitamin dalam diet pemakanan.

    Selain itu, ia juga mungkin kegagalan fungsi tiroid. Jadi, segera dapatkan rawatan doktor dan elakkan dari memakai sebarang alat solek seperti maskara.

    wajah berubah semasa hamil

    #5. Melasma

    Ibu hamil tahu akan melasma? Ia adalah satu kondisi yang akan menyebabkan wajah anda timbul tompok atau bintik berwarna seakan kecoklatan.

    Ia adalah disebabkan oleh pengeluaran hormon yang menyebabkan hiperpigmentasi pada kulit muka.

    Antara kawasan yang mudah terjejas adalah dahi, pipi dan dagu.

    Kondisi ini juga akan hilang sendiri selepas bersalin.

    Namun jika ia masih kekal buat beberapa bulan, dapatkan nasihat dari pakar dermatologi.

    Hakikatnya, akan berlaku banyak perubahan pada tubuh badan wanita ketika mengandung.

    Kondisi wajah berubah semasa hamil ini adalah normal. Begitu juga dengan perubahan pada tubuh badan yang lain.

    Namun, encik suami masih perlu berhati-hati ya? Emosi isteri juga tidak wajar diganggu semasa saat-saat getir ini!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Skin Changes During Pregnancy, https://americanpregnancy.org/pregnancy-health/skin-changes-during-pregnancy/, Accessed Aug 6 2020.
    2. Skin Conditions During Pregnancy, https://www.acog.org/womens-health/faqs/skin-conditions-during-pregnancy, Accessed Aug 6 2020.
    3. What skin changes can I expect during pregnancy?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/expert-answers/skin-changes-during-pregnancy/faq-20416440, Accessed Aug 6 2020.
    4. Pregnancy and Skin Changes, https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=pregnancy-and-skin-changes-134-7, Accessed Aug 6 2020.
    5. Skin changes, https://www.marchofdimes.org/skin-changes.aspx, Accessed Aug 6 2020.
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 3 minggu lalu
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman