backup og meta

Boleh Ke Douching Masa Mengandung? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Boleh Ke Douching Masa Mengandung? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Pernah terlintas untuk melakukan douching atau meruang ketika hamil? Jika ya, 5 masalah kesihatan selepas meruang ini, mungkin akan membuat anda menimbang semula keputusan itu. 

Apakah itu meruang ketika hamil?

Meruang atau perbuatan douching – perkataan asal douche yang diambil daripada bahasa Perancis bermaksud sebagai mencuci atau merendam.

Dianggap sebagai kaedah untuk mencuci faraj. Dahulunya cara mencuci ini biasanya menggunakan campuran air bersama cuka.

Manakala douches yang dijual di kedai ubat dan pasar raya pula mengandungi antiseptik serta tambahan wangian. 

Ia dijual dalam botol atau beg yang disemburkan ke dalam faraj melalui tiub yang disediakan.

Dalam bahasa mudahnya, meruang ini dilakukan untuk membersihkan faraj. 

Pun begitu, persoalan utamanya adakah perbuatan meruang ketika hamil ini selamat kepada wanita mengandung?

Tabiat meruang bagi wanita mengandung

Umumnya, meruang ketika hamil tidak digalakkan. Bahkan, amalan ini sebenarnya tidak disaran untuk dilakukan sama sekali waima oleh wanita yang tidak mengandung.

Ini kerana tanpa kita sedari, terdapat sejumlah besar mikroorganisma dan bakteria baik yang sedang berusaha untuk menjaga persekitaran saluran faraj agar kekal sihat.

Ia juga berperanan untuk melawan bakteria berbahaya daripada menceroboh dengan tindak balas antibakteria serta mencegah sebarang jangkitan atau masalah kesihatan. 

meruang ketika hamil
Vaginal douching.

Tidak dinafikan terdapat cecair atau lelehan daripada faraj yang mungkin menyebabkan keadaan basah dan tidak selesa. 

Namun ia juga berfungsi untuk mencegah sebarang ‘anasir’ luar daripada melekat di sekitar atau cuba memasuki saluran faraj.

Sebaliknya, apabila anda meruang ketika hamil, perbuatan tersebut berkemungkinan boleh mengakibatkan bahan kimia di luar alat kelamin masuk dan mengganggu keseimbangan pH dalam faraj.

Keseimbangan pH faraj penting agar setiap proses penjagaan kebersihan bahagian sulit ini dapat diteruskan dengan baik serta bakteria baik boleh berkembang tanpa masalah. 

Malahan, tidak dinafikan ada wanita yang menggunakan pewangi atau bahan kimia aromatik lain bagi menjadikan bahagian faraj berbau lebih baik.

Sayangnya, perbuatan ini hanya akan mewujudkan tindak balas kimia pada tisu dalam yang mengakibatkan kerengsaan. 

Di samping itu, ia turut membuka ‘pintu’ kepada jangkitan dan masalah kesihatan.

5 masalah kesihatan jika meruang ketika hamil

Pastinya anda ingin mengetahui kesan yang berisiko untuk berlaku, kan?

Seorang wanita mengandung mungkin meruang kerana beranggapan ia dapat menjaga kesihatan faraj.

Hakikatnya, tindakan tersebut hanya akan menjejaskan keadaan bahagian sulit itu dan menjadikan ia tidak sihat dalam pelbagai aspek. 

meruang ketika hamil
Ujian kehamilan yang negatif.
  1. Tipiskan peluang kehamilan

Perbuatan meruang ini boleh mengurangkan peluang mengandung jika anda sedang cuba untuk hamil. 

Semua proses semula jadi dan bakteria adalah bahagian penting dalam sistem pembiakan.

Tetapi apabila meruang, anda sebenarnya telah ‘memasukkan’ unsur asing dalam sistem yang sudah tersedia seimbang dan mampu melakukan proses mencuci sendiri. 

Sudah tentu ia menyebabkan gangguan, bahkan, menjejaskan proses persenyawaan. 

Douching meningkatkan risiko penyakit radang pelvis dan sekali gus mengurangkan peluang untuk hamil pada masa akan datang.

  1. Menolak bakteria baik faraj

Seperti dinyatakan di atas, dalam faraj terdapat mikroorganisma dan bakteria baik. 

Sebaliknya, tindakan meruang akan menyebabkan bakteria yang seharusnya berada dalam faraj ditolak jauh ke dalam tubuh.

Ia mungkin akan melalui tiub fallopio dan ovari serta mula untuk menjangkiti mereka. 

Pastinya keadaan seperti itu berbahaya bagi wanita dan keadaan itu perlu dirawat segera. 

  1. Risiko jangkitan pada rahim

Jika anda sudah mengandung, amalan meruang ketika hamil mendedah saluran faraj kepada faktor luaran berbahaya.

Meruang menyebabkan wujud risiko untuk rahim terdedah kepada jangkitan atau jangkitan yang masuk ke dalam kantung amniotik (air ketuban).

[health_tool_article id=”128776″]

  1. Kehamilan luar rahim

Masalah kesihatan yang berisiko berlaku ketika mengandung adalah kehamilan ektopik. 

Tabiat meruang ketika hamil meningkatkan kemungkinan untuk mengalami kerosakan tiub fallopian dan menyebabkan kehamilan luar rahim atau ektopik.

Ia adalah keadaan di mana telur yang disenyawakan melekat pada saluran tiub fallopion dan bukannya dalam rahim. 

Jika keadaan ini tidak dirawat, ia boleh mengancam nyawa. Ia juga boleh menyukarkan peluang untuk hamil pada masa akan datang. 

masalah kesihatan
Komplikasi kelahiran bayi pramatang.
  1. Kelahiran pramatang

Douching yang dilakukan mungkin mengakibatkan kelahiran bayi pramatang. 

Dalam 1 kajian mendapati wanita yang meruang semasa mengandung cenderung untuk bersalin awal. 

Melahirkan anak sebelum tempoh kehamilan penuh – iaitu sebelum minggu ke-37 – boleh mendedahkan bayi kepada banyak komplikasi atau mungkin kematian.

Amalan patut dihindari

Sesetengah wanita melakukan douching lebih kepada alasan untuk merasa bersih secara psikologi kerana ia sebenarnya tidak membawa faedah biologi.

Sebaiknya, biarkan faraj melakukan tugasan mereka sendiri dan usah campur tangan. 


Sebaliknya, jika berdepan masalah keputihan yang banyak semasa hamil, dapatkan rundingan doktor untuk penyelesaian terbaik.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaginal Douching and Risk of Preterm Birth among African-American Women. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1847648/. Diakses 27 Ogos 2020.
  2. Douching. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/douching. Diakses 27 Ogos 2020.
  3. Is it safe to douche during pregnancy? https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/ask-acog/is-it-safe-to-douche-during-pregnancy. Diakses 27 Ogos 2020.
  4. Vaginal Douching. https://www.jognn.org/article/S0884-2175(15)34031-4/fulltext. Diakses 27 Ogos 2020.
  5. Can Vaginal Cleaning Prevent Pregnancy? https://kidshealth.org/en/teens/contraception-douche.html. Diakses 27 Ogos 2020.

Versi Terbaru

06/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Mempunyai 2 Rahim, Boleh Hamil TAPI Ini Risikonya!

Rahim Terbalik Tipiskan Peluang Untuk Hamil? Ini Yang Perlu Anda Fahami…


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan