Pernah tak terfikir mengapa asid folik untuk ibu mengandung sangat penting? Bahkan bagi mereka yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sering disarankan untuk ambil asid folik.
Namun, yang menjadi persoalan utama kini apakah manfaat pengambilannya untuk tubuh? Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui fungsi folic acid untuk wanita dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Apa itu asid folik?
Asid folik merupakan salah satu komponen vitamin B9 yang dikenali sebagai folat yang digunakan oleh tubuh badan untuk untuk penghasilan sel baharu setiap hari.
Apabila menyebut berkenaan sel baharu, ia merangkumi seluruh bahagian tubuh seperti kulit, rambut dan kuku1.
Sekejap, adakah asid folik dan folat sama?
Ianya berbeza dan tidak dinafikan kedua-dua istilah ini sering disalahtafsirkan. Folat adalah istilah umum bagi menerangkan pelbagai jenis vitamin B9, manakala asid folik adalah salah satu daripada jenis folat.
Umumnya, asid folik untuk ibu mengandung ini adalah dalam bentuk sintetik yang tidak terhasil secara semula jadi dan digunakan dalam suplemen serta makanan diperkaya seperti nasi, pasta, roti dan sesetengah jenis bijirin sarapan pagi1.
Terdapat juga jenis asid folik untuk ibu mengandung melalui makanan yang tinggi kandungan folat secara semula jadi seperti sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli, buah sitrus, legum dan kacang.
Nutrien yang didapati secara semula jadi dalam sumber makanan dikenali sebagai folat. Manakala nutrien yang diambil sebagai makanan tambahan atau digunakan untuk memperkayakan makanan (fortify food) disebut asid folik.
Asid folik sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mengandung kerana ia membantu mengelak kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NTD)2.
Kecacatan ini kebiasaannya akan berlaku pada awal perkembangan bayi iaitu dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan. Malahan ia juga boleh terjadi sebelum ibu menyedari kehamilan mereka.
Ini merupakan punca mengapa asid folik untuk ibu mengandung amat penting. Dan oleh kerana hampir separuh kehamilan adalah tidak dirancang, jadi asid folik untuk ibu mengandung juga penting bagi memastikan wanita mempunyai tahap asid folik yang mencukupi.
Kebaikan asid folik untuk ibu mengandung
Apa fungsi folic acid untuk wanita?
Nutrien ini sangat penting untuk badan anda menghasilkan sel darah merah yang normal serta mengurangkan risiko komplikasi kehamilan, sakit jantung, strok, kanser serta Alzheimer. Ia juga membantu dalam proses penghasilan, pengubahsuaian serta fungsi DNA3. 4.
Mendapatkan asid folik untuk ibu mengandung yang secukupnya sebelum dan semasa kehamilan akan membantu melindungi bayi daripada pelbagai kondisi kesihatan seperti bibir sumbing, kelahiran bayi pra matang, bayi kurang berat dan juga keguguran.
Berapa mg folic acid untuk ibu mengandung?
Bagaimana cara makan folic acid ketika mengandung?
Pakar menyarankan anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik pada setiap hari untuk mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecacatan5. Ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda mencuba untuk hamil lagi.
Dalam beberapa kes, kehamilan adalah di luar jangkaan jadi semua wanita disarankan mengambil 400 mikrogram asid folik dalam sehari.
Ada juga pakar yang menyarankan anda untuk meningkatkan pengambilan asid folik untuk ibu mengandung kepada 600 mikrogram, ia bertujuan untuk membantu proses pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan5.
Periksa label vitamin dan suplemen atau terus berjumpa doktor untuk memastikan anda telah mengambil asid folik yang secukupnya. Jika masih kurang, pertimbangkan untuk menukar jenama vitamin atau suplemen anda.
Jika anda disarankan untuk mengambil vitamin pranatal, ia mungkin sudah memberikan anda sekurang-kurangnya 800 hingga 1,000 mikrogram asid folik. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa label atau terus berjumpa doktor.
Jangan mengambil lebih daripada 1,000 mikrogram asid folik sehari melainkan atas saranan doktor. Ini kerana asid folik berlebihan boleh menyembunyikan tanda-tanda tubuh badan kekurangan vitamin B12, yang boleh menyebabkan kerosakan saraf6.
Manakala bagi wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk kelahiran NTD, pengambilan 4,000 mikrogram asid folik setiap hari dapat membantu mencegahnya. Sebaiknya, mulakan cara makan folic acid ketika mengandung dalam jumlah ini 3 bulan sebelum kehamilan hingga 12 minggu kehamilan5.
Anda tergolong dalam kategori wanita berisiko tinggi untuk NTD jika:
- Pernah mempunyai bayi dengan NTD pada kehamilan terdahulu
- Diri atau pasangan mempunyai NTD
- Pasangan mempunyai anak yang mengalami NTD
Cara yang terbaik sebelum pengambilan sebarang asid folik untuk ibu mengandung adalah dengan mendapatkan rundingan bersama pakar. Ini kerana jika kadar nutrien yang terlalu tinggi, ia boleh membahayakan kesihatan anda.
Risiko kepada bayi dan ibu jika kekurangan asid folik
Kekurangan pengambilan asid folik semasa hamil boleh meningkatkan risiko kecacatan kelahiran NTD. Ia adalah kecacatan kelahiran yang melibatkan perkembangan otak dan saraf tunjang bayi yang tidak lengkap.
Kecacatan tiub saraf yang paling biasa adalah2:
- Spina bifida: Terjadi apabila saraf tunjang dan tulang belakang tidak tertutup sepenuhnya
- Anencephaly: Gangguan perkembangan otak yang teruk
- Encephalocele: Menyebabkan tisu otak menonjol ke kulit melalui bukaan pada tengkorak
Manakala ibu yang tidak mendapat asid folik yang cukup akan mengalami anemia kekurangan folat. Ia merupakan keadaan paling kerap berlaku semasa mengandung6.
Antara gejala bagi anemia kekurangan folat termasuklah:
- Keletihan
- Sakit kepala
- Kulit pucat
- Sakit mulut dan lidah
Kesimpulan
Jika anda tidak pasti dengan cara makan folic acid ketika mengandung, berbincanglah dengan doktor bagi mendapatkan kepastian
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]