Keliru Waktu Kesuburan Anda, Ini 8 Cara Untuk Mengira Masa Subur, No.3 Paling Mudah!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/01/2021 . 4 minit bacaan
Share now

Ramai wanita biasanya akan memberitahu pasangannya bahawa pemacu seks mereka lebih kuat pada masa-masa tertentu. Itu maksudnya waktu subur wanita sudah mulai muncul. 

Bukan sahaja keinginan seksual meningkat apabila ini berlaku, tetapi pasangan juga mungkin berasa lebih tertarik pada tempoh tersebut. 

Memahami waktu subur wanita

Sama ada merancang untuk mengandung atau mencegah kehamilan, pengetahuan tentang waktu subur wanita dapat membantu anda menjayakan perancangan tersebut. 

Namun maklumat tentang tarikh, bilangan hari dan kitaran haid mungkin memeningkan anda. Jadi, bagaimana memahaminya dengan lebih mudah? teruskan pembacaan anda. 

Kehamilan boleh berlaku melalui persenyawaan ovum atau telur oleh sperma. Ovum bukanlah sentiasa tersedia sebaliknya akan dikeluarkan melalui proses ovulasi.

Sewaktu ovulasi berlaku, ovum yang matang dikeluarkan daripada ovari, kemudian bergerak melalui tiub fallopian dan tersedia untuk disenyawakan.

Ovulasi adalah satu-satunya waktu ketika kitaran haid di mana seorang wanita boleh hamil.

Apabila ovum tidak disenyawakan, anda akan mengalami haid 14 hari selepasnya. Ini disebabkan pengurangan hormon progesteron dan estrogen yang berlaku.

Apabila ovum tidak disenyawakan, tiada kehamilan berlaku jadi rahim anda yang dipersiapkan untuk menyambut kedatangan janin kini akan menyingkirkan lapisan yang disediakan untuk tujuan tersebut dalam bentuk darah haid.

Tip Mudah Mengira Waktu Subur Wanita

waktu subur wanita

1. Ambil tahu kitaran menstrual anda

Dengan mengetahui bila haid bermula dan berakhir, ia boleh membantu anda mengetahui waktu ovulasi.

Walaupun kitaran menstrual adalah berbeza untuk setiap wanita, namun ovulasi selalunya berlaku sekitar hari ke-10 hingga 16 sebelum haid anda yang seterusnya, ini bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

2. Lihat tanda-tanda ‘spotting’

Semakin hampir anda dengan waktu subur, anda akan lihat tompokan kecil berwarna pink atau coklat kira-kira seminggu selepas haid anda.

Hormon yang membuatkan tubuh anda melalui ovulasi atau subur inilah yang menyebabkan spotting.

Bagaimanapun, bukan semua wanita mengalami tanda ini, namun, jika anda melihat tompokan keluar pada faraj, bermakna jendela subur anda sedang terbuka.

3. Dapatkan bantuan daripada kalkulator ovulasi

Kalkulator atau pengiraan ovulasi memberikan anda maklumat tentang bagaimana kitaran haid berlaku dan mengalami ovulasi.

Bagi mengira tempoh ovulasi anda, hanya masukkan hari pertama haid bagi menstrual yang terdahulu dan purata panjang kitaran menstrual anda yang terjadi sebelum ini. 

4. Melakukan pemeriksaan serviks 

Semakin dekat dengan waktu subur wanita, serviks anda akan rasa berbeza dari hari ke hari. Mendekati waktu subur, serviks akan menjadi lembut, tinggi, terbuka dan basah.

Anda boleh periksa serviks dengan cara memasukkan jari tengah ke dalam faraj. Pastikan jari anda bersih sebelum melakukannya. Jika kerap periksa serviks, anda akan tahu perbezaannya ketika waktu subur.

5. Lihat jika ada sakit belakang atau perut

Rata-ratanya, satu 1/5 wanita boleh mengenali bila waktu ovulasi mereka. Namun, ia adalah berbeza bagi setiap individu. Petanda paling biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita ialah sakit ringan pada bahagian perut atau sakit sedikit pada bahagian belakang badan.

Jika mengalaminya, anda dinasihatkan untuk menanda di kalendar kerana ia boleh membantu mengesan corak kitaran haid bulanan anda.

6. Periksa mukus serviks

Semasa kitaran, mukus serviks akan berubah. Semasa ini, anda mempunyai peluang tinggi untuk hamil jika mukus berubah jernih, meregang dan licin. Ia kelihatan seperti bentuk putih telur mentah.

Perhatikan mukus serviks anda semasa bulan haid dan kenal pastinya kerana ia membantu untuk mengetahui bila waktu subur wanita yang terbaik.

7. Catat suhu badan 

Semasa ovulasi, suhu badan anda akan sedikit meningkat. Termometer diperlukan untuk memastikan anda mengesan suhu dengan betul.

8. Gunakan kit penguji ovulasi

Kit ovulasi membantu anda untuk mengesan hormon yang dilepaskan betul-betul sebelum ovulasi untuk menunjukkan hari paling subur dalam kitaran tersebut.

Waktu Subur Wanita: Perubahan Diri Ketika Mengalaminya

waktu subur

Berikut adalah beberapa tanda yang mungkin anda perhatikan ketika anda subur.

1. Payudara menjadi lebih lembut

Semasa tempoh ovulasi, payudara akan terasa berat, sakit, sensitif dan lebih lembut. Ini kerana semasa ovulasi, banyak hormon yang dipanggil progesteron berkumpul, menyebabkan payudara kelainan.

2. Anda lebih seksi

Anda tidak perlu memakai banyak produk solekan untuk rasa seksi. Semasa waktu subur, anda boleh nampak beberapa perubahan pada penampilan diri. 

Pada ketika itu, bibir lebih tebal, anak mata besar, kulit yang lebih lembut, dan  sedikit perubahan pada suara anda. Ini berlaku kerana peningkatan hormon estrogen.

Menurut kajian, perubahan positif ini bukan sahaja menjadikan anda lebih yakin, malahan pasangan juga akan lebih tertarik pada anda semasa tempoh ini. Perkara ini akan meningkatkan lagi emosi untuk bersama dengan suami.

3. Lebih sensitif kepada bau

Kajian terbaru menunjukkan bahawa deria bau wanita menjadi lebih sensitif pada hari terakhir kitaran haid yang normal.

Wanita dalam tempoh ini mudah tertarik kepada pheromone androstenone lelaki. Itulah sebabnya wanita berasa bau badan pasangan mereka lebih kuat daripada biasa.

4. Meningkatkan pemacu seks

Sekiranya anda berasa lincah, ini mungkin kerana ovulasi sedang berlaku. Wanita sering menyedari peningkatan pemacu seks di sekitar ovulasi.

Para penyelidik mengesan tahap Hormon Peluteinan (LH) wanita melonjak sejurus sebelum ovulasi dan ketika wanita itu bersetubuh.

Apa yang mereka dapati adalah bahawa wanita lebih cenderung melakukan seks di sekitar masa ovulasi (ketika mereka mempunyai LH).

Punca menjejaskan kesuburan 

rawatan kesuburan untuk mengandung

Terdapat banyak sebab yang boleh menjejaskan kesuburan tanpa anda mengetahui tentangnya. Ini termasuklah:

  • Fibroid atau endometriosis. Simptom biasa termasuklah kesakitan pinggul atau ketidakselesaan yang melampau. Ini akan meningkatkan risiko masalah kesuburan anda. Ramai wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai masalah ini sehinggalah  mendapati diri sukar untuk hamil.
  • Jangkitan kelamin. Mempunyai jangkitan kelamin boleh menyebabkan kerosakan serius pada ovari, tiub fallopian dan organ lain. Disebabkan itu, ia boleh meningkatkan risiko kemandulan.
  • Merokok. Kajian menunjukkan merokok boleh merosakkan telur anda, menjejaskan ovulasi dan membuat anda lebih cenderung mengalami keguguran. Ini akan menjadi lebih teruk jika pasangan anda juga merokok.

Jika anda tidak mempunyai apa-apa perkara yang disebutkan di atas, tahniah! Anda benar-benar mempunyai badan yang sihat untuk merancang kehamilan.

Adakah Kesuburan Anda Di Tahap Yang Normal?

Mari semak perkembangan kesuburan anda dan bila hari anda paling subur untuk meningkatkan peluang kehamilan!

Semak Sekarang!
general

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pernah Ambil Pil Perancang, Dan Kini Ingin Hamil Semula, Bagaimana Nak Tahu Bila Waktu Subur?

Adakah kesuburan wanita akan kembali dalam tempoh 3 bulan selepas berhenti menggunakan kaedah perancang kehamilan? Tidak semestinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Cubaan Hamil, Kehamilan, Persediaan Kehamilan 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Tak Period Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

"Kenapa aku rasa kejang perut, padahal bukan tengah haid pun.." Pernahkah senario ini terjadi kepada anda? Anda pasti keliru bukan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Wanita, Kesihatan Wanita Lain 20/10/2020 . 3 minit bacaan

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

Proses ovulasi adalah perkara normal berlaku pada badan secara automatik. Tetapi apakah tanda boleh dikenal pasti jika wujudnya masalah kesuburan wanita?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Cubaan Hamil, Cubaan Hamil Lain, Kehamilan 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Penjagaan Ibu, Penjagaan Selepas Bersalin 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

beza air mazi dan air mani

Benarkah Air Mazi TIDAK Menyebabkan Kehamilan? Ini Tanggapan Yang Harus Diperbetulkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
waktu subur perempuan

Kalau Nak ‘Family Planning’, Kena Tahu Waktu Subur Isteri Tau! Jom Fahami Kitaran Haid

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 17/02/2021 . 3 minit bacaan
ubat kuat

Bukan Lelaki Saja, Kaum Hawa Pun Ada UBAT KUAT! Kenali Ubat Perangsang Seks Wanita Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/12/2020 . 3 minit bacaan
kesan melancap rambut gugur

Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan