Jangan Panik! Ini Cara Betul Untuk Keluarkan Kondom Yang Tersekat Dalam Faraj

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Alamak, kondom tersekat dalam faraj! Macam mana nak buat ni?”.

Adakah anda dan pasangan pernah mengalami situasi sebegini? Jika ya, sudah tentu rasa takut dan cemas akan membelenggu diri ketika itu bukan?

Sebenarnya, anda tidak perlu panik. Ini cara betul yang kalian perlu buat sekiranya kondom tersekat dalam faraj!

Bagaimana kondom boleh tersekat dalam faraj?

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah sangat penting untuk kita tahu terlebih dahulu apa punca alat kontrasepsi ini boleh tersekat di dalam faraj.

Menurut Pakar Ginekologi Dr Alyssa Dweck, perkara ini sangat biasa terjadi. Puncanya disebabkan zakar lelaki kehilangan kemampuan ereksi secara tiba-tiba di saat penetrasi sedang giat dilakukan.

Akibatnya, kondom yang dipakai mungkin akan terlucut secara sendiri. Pasangan mungkin tidak akan sedar perkara ini kerana kondom yang tertinggal itu selalunya tidak akan menjadikan faraj terkena jangkitan atau berbau.

Cuma, si isteri mungkin akan berasa kurang selesa pada alat sulitnya itu. Kebiasaannya, mereka akan sedar kondom tersekat dalam faraj selepas melakukan pemeriksaan di hospital.

Apa yang perlu dilakukan jika perkara ini terjadi?

kondom

Paling penting, tolong jangan panik!

Ketahuilah anda atau pasangan sendiri boleh mengeluarkannya tanpa sebarang implikasi yang buruk jika ia dilakukan dengan betul.

Selain itu, ia juga tidak akan termasuk ke dalam rahim sehingga anda perlu melakukan pembedahan untuk membuangnya. Jadi, sila kekal tenang.

Menurut Pakar Urologi Michael Ingber, lubang faraj yang normal adalah kira-kira 10 hingga 12 sentimeter panjang. Jika difikirkan secara logik, kita sebenarnya boleh mengeluarkannya menggunakan jari.

Pun begitu, penting untuk anda pastikan jari yang digunakan untuk mengeluarkan kondom dari dalam faraj itu adalah bersih dari segala jenis kuman. Jadi, sila basuh tangan dengan sabun terlebih dahulu.

Selain itu, jangan pula kalian menggunakan alatan seperti pengetip kuku, pencabut bulu ketiak atau apa-apa sahaja peralatan lain kononnya untuk memudahkan usaha anda. Ia hanya akan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Bukan sahaja ia berisiko menjangkitkan kuman pada kemaluan, malah juga mungkin akan mencederakan bahagian dalam faraj lebih-lebih lagi jika anda menggunakan peralatan yang tajam.

Oleh itu, ketepikan pilihan untuk menggunakan alatan. Hanya guna jari yang telah dipotong kuku dan dicuci dengan air dan sabun.

Persoalannya, bagaimanakah cara untuk melakukannya?

Guna 2 jari untuk menyepit kondom yang tersekat

alahan kondom

Jawapannya, mudah sahaja. Sila guna 2 jari untuk menyepit kondom tersekat dalam faraj itu.

Sebaiknya, lakukan ini dengan pasangan kerana adalah mustahil untuk anda melakukannya berseorangan.

Sebagai wanita, anda perlu membayangkan diri anda sedang dalam proses melahirkan… kondom. Ya, mungkin kedengaran agak lucu namun itulah hakikatnya.

Posisi yang paling sesuai untuk anda lakukan adalah dengan duduk mencangkung dan letakkan satu kaki anda di atas sesuatu yang lebih tinggi seperti kerusi kecil di dalam bilik air.

Kemudian, sila masukkan 2 jari – jari telunjuk dengan jari hantu ke dalam faraj untuk mencari kedudukan kondom tersebut.

Jika masih gagal, sila ubah posisi dan sudut tubuh badan anda. Mungkin anda boleh cuba berdiri atau berbaring dengan keadaan kaki sedang mengangkang.

Dalam pada itu, anda dan pasangan juga boleh menyapu minyak pelincir pada jari kalian untuk melancarkan kemasukan jari sekali gus memudahkan usaha untuk mencari kondom tersekat dalam faraj.

Paling penting, pasangan wanita perlu bernafas dengan tenang dan jangan kemut alat kemaluan anda okay!

Jangan panik, ia pasti boleh dikeluarkan!

Pun begitu, mesti anda akan tertanya-tanya bagaimana jika ia masih gagal dikeluarkan bukan?

Adakah pembedahan perlu dilakukan untuk membuangnya? Tidak, jangan terburu-buru membuat kesimpulan.

Sekiranya anda gagal dalam percubaan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, jangan takut atau cemas. Sebaliknya, segera pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Meskipun Aneh, Tapi Ada Pasangan Gemar Jilat Lubang Dubur! Nak Tahu Tak Apa Akibatnya?

Masih ada pasangan yang gemar melakukan perlakuan seks jilat lubang dubur. Adakah ia normal? Jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, Seks Selamat 28/01/2021 . 3 minit bacaan

Pasangan Suka Lakukan ‘Silent Treatment’ Jika Bergaduh? Ini Namanya Toksik DERA EMOSI

Dalam perhubungan, bergaduh itu biasa. Tetapi, pernahkah kalian memberikan silent treatment kepada pasangan? Jika ya, ini satu kerisauan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Hubungan Yang Sihat, Kesihatan Mental 28/01/2021 . 3 minit bacaan

PANCUT AWAL, Berapa Lama Tempoh Yang Dikira Sebagai Ejakulasi Pramatang? Anda Pasti TERKEJUT!

Mungkin ramai yang faham dan alami masalah pancut awal ini. Namun tahukah anda berapa lama tempoh ejakulasi pramatang? Jom ikuti artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 26/01/2021 . 3 minit bacaan

Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

Jangkitan kulat pada kemaluan amat menjengkelkan! Bukan saja gatal dan menyakitkan, malah ia boleh mengganggu aktiviti di ranjang dengan pasangan tercinta.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 25/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hubungan suami istri

Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
pendarahan awal kehamilan

Hamil TAPI Kenapa Ada Pendarahan, Takkan ‘Period’? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
berapa hari selepas bersama boleh mengandung

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
pelincir faraj

Faraj Sakit Semasa Seks? Cuba Guna Pelincir Faraj, Tapi Sebelum Beli, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan