Pelebaran serviks diperlukan untuk proses kelahiran faraj, namun ada kalanya ia tidak seperti yang diharapkan. Jadi ini cara mempercepat pembukaan serviks bagi melahirkan anak yang boleh bakal ibu cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Laluan serviks untuk melahirkan anak
Semasa mengandung, serviks akan tertutup rapat dan ia perlu dilembutkan serta terbuka untuk membolehkan bayi memasuki saluran kelahiran.
Menjelang akhir trimester ketiga, serviks biasanya akan melembut untuk memulakan proses peregangan dan melebar.
Untuk kehamilan pertama, kematangan serviks mesti berlaku sebelum fasa kelahiran aktif bermula.
Kelahiran aktif adalah kontraksi biasa, panjang dan kuat yang bertindak pada serviks.
Untuk kehamilan seterusnya, proses pelebaran dan pembukaan serviks boleh berlaku dalam masa yang sama.
Serviks yang terbuka membolehkan bayi melaluinya. Disebabkan itu, penting untuk mengamalkan cara mempercepat pembukaan serviks.
Kenapa serviks tidak terbuka?
Doktor akan memeriksa pelebaran serviks (cervical dilation) pada janji temu pranatal sebelum kelahiran.
Perubahan biasanya bermula beberapa minggu sebelum melahirkan anak. Tetapi adalah normal untuk serviks tertutup hampir dengan tarikh jangkaan bersalin.
Contohnya, bagi wanita yang pertama kali hamil mungkin tidak mengalami pembukaan serviks sehingga bersalin, walaupun serviks sudah mulai menipis atau melembut sebelumnya.
Jika berlanjutan, induksi diperlukan.
Ini kerana jika proses bersalin berpanjangan, ia boleh membawa kesan negatif kepada bayi, termasuklah:
- Makrosomia janin (saiz besar)
- Distosia bahu
- Cecair amniotik (ketuban) rendah
- Fungsi plasenta terganggu
- Jangkitan
Untuk mengelakkan induksi, wanita hamil disaran untuk mencuba kaedah semula jadi melembut dan mempercepat pembukaan serviks.
Cara mempercepat pembukaan serviks di rumah
Ingin merangsang dan melembutkan serviks di rumah?
Nasib baik ada cara yang boleh anda lakukan bagi membantu proses bersalin nanti, seperti:
1. Selarikan kaki bantu cepatkan proses melahirkan anak
Kebanyakan wanita hamil akan berdiri secara semula jadi dengan kaki terbuka (berbentuk V).
Tetapi meletakkan jari kaki secara selari dapat memisahkan tulang sitz – yang membuka pelvis dan ‘memujuk’ bayi ke posisi yang betul. Ini sekali gus membantu mempercepat pembukaan serviks.
2. Keseimbangan badan
Keseimbangan tubuh juga penting dalam mempercepatkan proses bersalin ini.
Cuba berdiri dengan kedudukan pinggul di atas pergelangan kaki – bukannya menekan perut. Sebaiknya amalkan untuk duduk secara menegak dan bukannya membongkok.
3. Birthing ball bantu mempercepat pembukaan serviks
Menggoyang dan memantulkan (bouncing) pinggul menggunakan birthing ball dapat membuka pelvis dan berkemungkinan mempercepatkan pelebaran serviks.
4. Aktiviti berjalan
Mengamalkan aktiviti berjalan kaki membuatkan bayi akan menekan rahim. Ia dipercayai membantu serviks terbuka dan melembut.
5. Melakukan seks
Air mani mengandungi prostaglandin yang merangsang pelembutan serviks. Mengalami orgasma dapat memicu kontraksi rahim – kedua-duanya dapat mempercepat pembukaan serviks.
Banyak kajian menunjukkan hubungan seks tidak mempercepatkan proses melahirkan anak.
Pun begitu, jika anda mempunyai kehamilan berisiko rendah dan doktor tidak menghalang kalian bersama, tiada salahnya untuk melakukan hubungan seks.
Baca juga: