Boleh ke untuk ibu hamil melakukan senaman ketuk ketampi cepat bersalin, adakah ia selamat untuk diamalkan? Adakah terdapat senaman lain yang boleh dicuba?
Segala persoalan anda akan terjawab dalam artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Ketuk ketampi cepat bersalin
Dalam pelbagai jenis senaman fizikal berkesan semasa mengandung, ketuk ketampi atau squats amat disyorkan untuk mendorong kelahiran atau mempercepatkan proses bersalin.
Walaupun secara umumnya, kehamilan adalah fenomena semula jadi yang mana secara tidak langsung mempengaruhi tindak balas badan wanita, tetapi anda boleh membantu mempermudahkannya.
Sepanjang kehamilan berlangsung, peningkatan berat badan akan mengalihkan pusat graviti dan menimbulkan kesukaran untuk wanita mengandung mengimbangi dan melakukan tugas yang mudah.
Rasa sakit, ketidakselesaan dan kesukaran tidur boleh memburukkan keadaan dan apabila semakin menghampiri tempoh bersalin, rasa kebimbangan yang berlebihan boleh menyukarkan proses kelahiran itu. Lebih merisaukan apabila anda hampir melepasi tarikh jangkaan bersalin.
Jadi salah satu cara yang boleh membantu adalah dengan melakukan ketuk ketampi cepat bersalin.
[embed-health-tool-due-date]
Individu yang harus elakkan teknik cepat bersalin
Melakukan senaman secara amnya adalah selamat untuk kebanyakan wanita hamil. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan di mana senaman mungkin bukan pilihan selamat untuk mempercepatkan kelahiran.
Jika anda tergolong dalam individu yang disenaraikan di bawah, sebaiknya berbincanglah dengan doktor sebelum melakukan sebarang senaman:
Baca juga:
Manfaat ketuk ketampi cepat bersalin
Berikut adalah beberapa kelebihan squats:
- American Pregnancy Association mengesyorkan untuk melakukan squats apabila sedang berada dalam fasa bersalin. Ini kerana dipercayai ia dapat mempercepatkan bukaan serviks sebanyak 10%.
- Dengan melakukan senaman ini, ia mewujudkan lebih banyak ruang untuk bayi bergerak ke dalam saluran kelahiran.
- Squats semasa trimester ketiga membantu menguatkan otot kaki dan perut. Kedua-dua bahagian ini memainkan peranan penting semasa bersalin dan untuk dorongan terakhir ketika proses kelahiran.
- Menurut kajian, squats dengan gaya primitif, boleh mengurangkan tempoh bersalin selama 11 minit. Itu adalah masa yang lama apabila anda sedang berada dalam fasa bersalin aktif!
- Senaman ketuk ketampi semasa mengandung turut dapat mengurangkan tekanan pada lantai pelvis serta risiko anda untuk mengalami sembelit.
Bagaimana untuk melakukan ketuk ketampi cepat bersalin?
Squats adalah antara senaman mudah yang boleh dicuba semasa berbadan dua. Tetapi apa yang penting anda harus memahami apa itu ketuk ketampi dan cara melakukannya.
Kaedah yang salah boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan – kedua-dua ini adalah perkara paling perlu dielakkan, terutamanya pada fasa terakhir kehamilan.
- Berdiri dengan kaki dibuka separas bahu.
- Kemudian turunkan seluruh badan sehingga pinggul anda hanya beberapa inci daripada lantai.
- Amat penting untuk ibu menjaga keseimbangan diri pada tempoh ini. Anda boleh mendapatkan sokongan keseimbangan daripada kettlebell atau dapatkan bantuan suami tersayang!
- Pastikan tumit anda rata di atas lantai semasa squatting.
- Sekarang berdiri semula ke kedudukan asal.
Ulang seberapa banyak yang anda rasa selesa untuk lakukan. Tetapi ingat, jangan memaksa diri melebihi kemampuan! Pastikan ada individu yang mengawasi supaya mereka boleh membantu jika anda memerlukannya.
Senaman percepatkan proses kelahiran bayi
Selain squat, berikut antara senaman lain yang boleh bakal ibu amalkan:
Merupakan satu bentuk senaman berimpak rendah yang mudah dilakukan dan boleh menyebabkan pengecutan rahim. Berjalan juga boleh memindahkan bayi ke bahagian bawah rahim, dengan itu melebarkan serviks dan mendorong kelahiran.
Ia menjadikan kawasan pinggul dan kaki atas anda lebih kuat. Senaman ini memberikan bayi dalam kandungan lebih banyak ruang untuk bergerak ke bahagian bawah, sekali gus mendorong kelahiran.
Aktiviti ini dapat membantu membuka pelvis, pelebaran serviks, menurunkan bayi ke saluran kelahiran serta mendorong kelahiran secara semula jadi.
Senaman regangan mudah jika anda kerap bersenam. Ia meregangkan punggung, pelvis dan paha – meningkatkan aliran darah ke kawasan ini, menjadikannya lebih fleksibel dan seterusnya meringankan proses bersalin.
-
Selain ketuk ketampi cepat bersalin, senaman Kegel juga baik untuk dilakukan
Memainkan peranan penting pada otot lantai pelvis – otot paling penting semasa melahirkan anak. Jika anda melakukan Kegel selama 10 minit dua atau tiga kali sehari, otot menjadi lebih kuat, sekali gus memudahkan kelahiran anak.
Anda boleh melakukannya 2x sehari bagi menyediakan otot pelvis untuk bersalin dan memudahkan proses kelahiran.
Bersandar (ke arah dinding atau bola senaman) adalah satu lagi regangan hebat untuk otot belakang dan pelvis anda, yang akan membantu semasa bersalin.
Kesimpulannya
Perkara paling penting harus anda ingat semasa melakukan mana-mana senaman di atas termasuklah ketuk ketampi cepat bersalin adalah untuk tidak terlalu memaksa diri.
Sentiasa berhati-hati, elakkan pergerakan terlalu cepat atau tersentak, hindari kemalangan dan sentiasa pastikan ada individu untuk membantu jika anda memerlukan.
Pastikan anda memahami cara yang betul untuk melakukan senaman, khususnya jika ia adalah jenis senaman baharu untuk dicuba. Selamat mencuba!