What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Ibu Ada Pengalaman Mengandung Uri Di Bawah? Ini Cara Nak Atasinya

Ibu Ada Pengalaman Mengandung Uri Di Bawah? Ini Cara Nak Atasinya

Bagi ibu yang sedang atau bakal hamil, pernahkah anda mendengar berkenaan pengalaman mengandung uri dibawah? Apa maksud kehamilan dengan keadaan uri bawah ini?

Adakah ia sesuatu yang kerap berlaku dan berbahaya kepada ibu hamil? Ini yang setiap ibu mengandung kena ambil maklum.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kehamilan, anda boleh klik di sini.

Pengalaman mengandung uri dibawah atau disebut sebagai placenta previapengalaman mengandung uri dibawah

Plasenta atau uri ialah satu struktur yang berkembang di dalam rahim anda semasa kehamilan berlangsung.

Uri berfungsi membekalkan oksigen dan nutrisi kepada bayi selain mengeluarkan bahan buangan daripada bayi anda.

Uri atau plasenta ini bersambung dengan bayi melalui tali pusat.

Dalam kebanyakan kehamilan, plasenta akan melekat pada bahagian atas atau sisi rahim.

Pengalaman mengandung uri dibawah pula berlaku apabila uri bayi menutup sebahagian atau keseluruhan serviks ibu. Serviks merupakan saluran keluar untuk rahim.

Keadaan uri bawah ini boleh menyebabkan pendarahan teruk semasa mengandung dan juga bersalin.

Jika anda mempunyai pengalaman mengandung uri dibawah, anda mungkin akan mengalami pendarahan sepanjang kehamilan dan juga semasa bersalin.

Doktor akan mengesyorkan kepada anda untuk mengelakkan aktiviti yang mungkin menyebabkan kontraksi seperti melakukan hubungan seks atau menggunakan tampon.

Doktor juga mungkin akan menasihatkan anda untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan risiko pendarahan, seperti berlari, mencangkung dan melompat.

Anda mungkin perlu bersalin secara Czer untuk melahirkan bayi jika plasenta previa anda tidak sembuh.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Simptom keadaan uri bawah

Antara tanda atau simptom jika anda melalui pengalaman mengandung uri dibawah ialah pendarahan faraj berwarna merah terang tanpa rasa sakit ketika separuh kedua kehamilan.

Sesetengah wanita hamil juga mungkin akan mengalami kontraksi.

Dalam kebanyakan wanita yang didiagnosis dengan placenta previa, masalah ini akan selesai dengan sendirinya.

Namun apabila rahim membesar, ia mungkin akan meningkatkan jarak antara serviks dan juga uri.

Semakin banyak uri yang menutupi serviks dan kekal di atas serviks, maka semakin kecil kemungkinannya untuk sembuh.

Jenis-jenis uri bawah

Terdapat tiga jenis atau kategori bagi masalah ini:

  • Previa lengkap: bukaan serviks ditutup sepenuhnya
  • Previa separa: sebahagian daripada serviks ditutup dengan uri
  • Previa sisi: memanjang hanya ke tepi serviks

Apakah punca bagi masalah previa plasenta ini?

Punca sebenar yang menyebabkan ia berlaku tidaklah diketahui.

Namun terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalaminya.

pengalaman mengandung uri dibawah

Faktor risiko tersebut ialah:

  • Berumur lebih daripada 35 tahun
  • Pernah hamil lebih daripada empat kali kehamilan
  • Mempunyai sejarah pembedahan rahim sebelum ini
  • Mempunyai parut pada rahim disebabkan pembedahan yang lepas
  • Pernah mengalami masalah uri bawah sebelum ini
  • Merokok
  • Mengambil kokain atau dadah

Komplikasi akibat pengalaman mengandung uri dibawah

Sekiranya anda melalui pengalaman mengandung uri di bawah, doktor akan memantau keadaan anda dan juga bayi.

Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko komplikasi yang serius.

Antara komplikasi-komplikasi masalah uri bawah yang boleh berlaku ialah:

  • Pendarahan yang teruk ketika bersalin dan beberapa jam selepas bersalin
  • Melahirkan bayi pramatang disebabkan pendarahan yang teruk
  • Mengalami kejutan disebabkan kehilangan darah
  • Janin bermasalah disebabkan kekurangan oksigen
  • Menyebabkan risiko kesihatan jika bayi dilahirkan pramatang
  • Menjalani pembedahan Czer kecemasan bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan
  • Kematian


Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


Diagnosis masalah uri bawah

pengalaman mengandung uri dibawah

Masalah previa plasenta ini boleh dikesan atau didiagnosis melalui ultrasound.

Kebanyakan kes previa plasenta didiagnosis semasa ujian ultrasound pada trimester kedua.

Diagnosis mungkin memerlukan gabungan ultrasound abdomen dan ultrasound transvagina.

Ia akan dilaksanakan dengan menggunakan sejenis alat atau peranti berbentuk seperti tongkat yang diletakkan di dalam faraj anda.

Doktor yang merawat akan menjaga kedudukan alat ini dalam faraj anda agar ia tidak mengganggu uri atau menyebabkan pendarahan.

Doktor akan mengelakkan pemeriksaan faraj rutin untuk mengurangkan risiko pendarahan yang banyak.

Anda juga mungkin memerlukan ultrasound tambahan untuk memeriksa lokasi uri anda semasa kehamilan.

Ini bertujuan untuk melihat sama ada keadaan uri bawah itu sudah kembali normal atau tidak.

Rawatan bagi mereka yang melalui pengalaman mengandung uri dibawah

Tidak terdapat rawatan atau pembedahan khusus bagi menyembuhkan masalah ini.

Namun, terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh doktor bagi mengawal pendarahan akibat previa plasenta ini.

#1. Bagi pendarahan yang sedikit

Doktor mungkin mengesyorkan anda untuk banyakkan berehat.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mencetuskan pendarahan, seperti aktiviti seks dan senaman.

Bersedia untuk mendapatkan rawatan perubatan kecemasan jika anda mula berdarah. Anda perlu pergi ke hospital dengan segera jika pendarahan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

#2. Bagi pendarahan yang banyak

Pendarahan yang banyak memerlukan bantuan perubatan kecemasan dengan segera dan mungkin memerlukan pemindahan darah.

Doktor berkemungkinan akan merancang pembedahan Czer jika bayi boleh dilahirkan dengan selamat, seeloknya selepas 36 minggu kehamilan.

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu bersalin lebih awal jika pendarahan berat berterusan atau jika anda mengalami beberapa episod pendarahan.

#3. Bagi pendarahan yang tidak berhenti

Jika pendarahan yang dialami tidak terkawal atau janin mengalami masalah, maka anda perlu menjalani pembedahan Czer kecemasan walaupun terpaksa melahirkan bayi pramatang.

Verifying...

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 10/03/2022
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor