home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Berapa Berat Badan Yang Disyorkan Untuk Ibu Hamil? Kalau Terlebih, Adakah Berisiko Pada Bayi?

Berapa Berat Badan Yang Disyorkan Untuk Ibu Hamil? Kalau Terlebih, Adakah Berisiko Pada Bayi?

Apabila seseorang wanita itu telah disahkan hamil, terdapat banyak perkara yang sebenarnya perlu diketahui dan dipatuhi oleh mereka. Antara perkara yang paling penting adalah pengawalan berat badan.

Ini kerana ramai wanita beranggapan bahawa naik berat badan ketika mengandung adalah normal dan ia merupakan antara tanda awal hamil.

Ini adalah tidak patut dan perlu dipertimbangkan semula oleh wanita hamil.

Kehamilan mungkin merupakan satu-satunya waktu dalam kehidupan di mana wanita membiarkan tubuh mereka naik berat badan.

Walau bagaimanapun, tindakan membiarkan berat badan menaik semasa hamil tidak selalunya dan sepatutnya betul.

Jika anda beranggapan inilah waktu yang sesuai untuk anda makan makanan segera ataupun minum minuman ringan, fikirkannya semula!

Tanda awal hamil buat wanita

hamil

Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu sedikit sebanyak berkenaan tanda awal hamil buat wanita. Ini bertujuan untuk mempersiapkan diri anda kelak apabila anda berjaya mengandung.

Ujian kehamilan merupakan cara yang paling terbaik dan berkesan untuk memeriksa kehamilan.

Namun begitu, terdapat beberapa tanda awal hamil yang boleh anda periksa sendiri untuk mengetahui sama ada anda hamil atau tidak.

Berikut merupakan beberapa tanda awal hamil yang anda perlu tahu:

1. Pendarahan pada faraj

Keadaan ini normal berlaku sekiranya bayi telah mula terbentuk di dalam rahim anda.

Keadaan ini terjadi kerana telur yang telah disenyawakan dengan sperma perlu mengimplan masuk ke dalam rahim anda justeru menyebabkan berlaku sedikit pendarahan pada faraj serta kekejangan perut.

Sebaiknya, jika berlaku sebarang pendarahan atau perubahan walaupun sedikit sahaja pada faraj anda, segera berjumpa dengan doktor.

#2. Kesakitan pada payudara

Antara tanda awal hamil yang lain adalah berlaku perubahan pada payudara anda. Ini kerana kehamilan akan menyebabkan ketidaktentuan hormon dalam badan.

Ini akan mengakibatkan payudara anda membesar dan membengkak. Kawasan puting anda juga akan menjadi lebih gelap dari sebelumnya.

#3. Perubahan selera makan

Kebanyakan ibu mengandung akan mengalami keadaan ini dan ia merupakan antara tanda awal hamil yang diketahui umum.

Mereka akan mengidam sesuatu makanan yang sangat khusus atau membenci makanan kegemaran mereka.

Keadaan ini adalah sangat unik dan saintis sendiri tidak dapat membuat kesimpulan tentang perubahan selera makan ini.

#4. Muntah-muntah

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami keadaan ini beberapa bulan selepas hamil, namun ada juga wanita yang akan mengalaminya lebih awal.

Keadaan ini juga dialami oleh ibu hamil tanpa mengira waktu sama ada siang atau malam.

#5. Kepenatan disebabkan oleh kehamilan

Selain kekurangan kandungan gula dalam badan serta tekanan darah rendah, kepenatan juga mungkin terjadi akibat peningkatan hormon progesterone yang muncul ketika seseorang wanita itu sedang hamil.

Ia merupakan antara tanda awal hamil yang biasa dan tidak perlu dirisaukan.

#6. Ketidaktentuan emosi semasa hamil

Perubahan hormon semasa kehamilan akan menjejaskan sel neuron dalam otak wanita sekali gus menyebabkan ketidaktentuan emosi.

Setiap wanita akan mengalami keadaan ini dengan berbeza bergantung kepada individu.

Perubahan emosi ini mungkin merupakan tanda awal hamil buat wanita.

Anda mungkin berminat:

Berapa banyak kenaikan berat badan semasa hamil yang disyorkan jika anda terlebih berat badan atau obesiti?

berat badan

Tahap kenaikan berat badan semasa hamil yang disyorkan adalah bergantung kepada BMI anda:

Jika BMI anda 23-27.5: Pertambahan berat yang disyorkan ialah antara 15 hingga 25 pound pada lewat kehamilan anda, atau kira-kira 2 hingga 3 pound sebulan pada trimester kedua dan trimester ketiga.

Jika BMI anda adalah 27.5 atau lebih tinggi: Anda dinasihatkan untuk naik hanya 11 hingga 20 paun semasa mengandung.

Bagaimana wanita boleh kawal berat badan semasa hamil?

Menurut satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 dalam jurnal Obstetrics & Gynecology, didapati bahawa wanita hamil yang naik lebih daripada berat yang disyorkan adalah 50 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat diabetes semasa hamil berbanding wanita mengikut berat yang disyorkan.

Disebabkan itu, wanita hamil perlu mengawal berat badan mereka dengan cara-cara yang berikut:

  • Elak gula dan karbohidrat

Kebanyakan doktor akan menyarankan wanita hamil untuk mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam hidangan harian mereka.

Makanan yang kaya dengan gula dan karbohidrat seperti gula, makanan segera, minuman ringan, nasi, pasta atau roti sudah tentu sekali akan merangsang penghasilan insulin.

Insulin diketahui menjadi hormon simpanan lemak utama dalam badan kita.

  • Simpanan protein

Selain itu, wanita hamil perlu memastikan penambahan protein dalam diet harian mereka.

Nutrien ini adalah penting untuk tumbesaran tisu bayi anda dan mengelakkan kecacatan semasa kelahiran.

  • Sayur dan buah

Sebagai tambahan, buah-buahan dan sayur-sayuran juga perlu dimasukkan dalam hidangan anda.

Sebagai sumber baik untuk serat, vitamin, dan mineral, kesemua makanan ini membolehkan badan anda untuk menggunakan zat besi dengan lebih berkesan dan membantu membina tisu bayi.

Konklusi

Konklusinya, terdapat banyak tanda awal hamil yang anda perlu tahu terlebih dahulu bagi mempersiapkan diri anda untuk hamil kelak.

Antara tanda awal hamil yang paling perlu diketahui umum adalah muntah-muntah seperti yang selalu anda tonton dalam drama televisyen.

Jika anda mengalami sebarang tanda awal hamil yang telah disenaraikan, segera berjumpa doktor untuk mengesahkan jika anda hamil atau tidak.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Efficacy of a group‐based dietary intervention for limiting gestational weight gain among obese women: A randomized trial. (https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1002/oby.20831)
  2. Being overweight during pregnancy. (https://www.marchofdimes.org/pregnancy/being-overweight-during-pregnancy.aspx)
  3. Obesity and pregnancy. (https://www.acog.org/patient-resources/faqs/pregnancy/obesity-and-pregnancy)

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 03/12/2018
x