backup og meta

5 Tabiat Ini Punca Anda Selalu Cepat Penat, Sila Elakkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/11/2022

    5 Tabiat Ini Punca Anda Selalu Cepat Penat, Sila Elakkan!

    Penat! Ia merupakan sesuatu yang pasti pernah berlaku kepada setiap manusia normal selepas sahaja selesai melakukan sesuatu pekerjaan. Persoalannya, apakah punca cepat penat yang mungkin kita tidak sedar?

    Tahu tak, kadangkala kepenatan itu juga boleh terjadi walaupun tidak melakukan apa-apa dan ini pasti akan menimbulkan tanda tanya.

    Jadi, untuk mendapatkan kepastian punca mengapa cepat penat, jom ikuti artikel ini bersama!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    Punca cepat penat yang ramai belum tahu!

    Kebiasaannya, kepenatan akan dikaitkan dengan aktiviti seharian dalam kehidupan seperti bekerja, bersenam, bersukan mahupun belajar.

    Ya, tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti di atas adalah penyumbang utama kepada keletihan yang juga tidak boleh dielakkan.

    punca cepat penat

    Pun begitu, mungkin ada perkara lain yang menjadi dalangnya. Ini termasuklah:

    #1. Tidak bersarapan pada waktu pagi

    Sebab itulah ibu anda akan selalu berpesan agar jangan tinggal sarapan pada waktu pagi!

    Meskipun anda tidak rasa lapar atau tidak punya mood untuk makan walau sedikit pada waktu pagi, tubuh badan anda masih memerlukannya.

    Ini kerana tubuh badan anda memerlukan glukosa untuk otot dan otak berfungsi dengan baik selepas sekian waktu berehat di malam hari.

    Selain glukosa, ada banyak lagi nutrien yang kalian boleh terlepas sekiranya tertinggal sarapan pagi yang seterusnya akan membuat tubuh anda lebih cepat ‘barai’.

    punca cepat penat

    #2. Penatnya! Tanpa henti kerja, kerja dan kerja

    Tanpa mengira jenis atau sektor pekerjaan sama ada di pejabat atau kilang, ia tetap merupakan sesuatu yang memenatkan baik buat otak dan juga tubuh badan.

    Menurut kajian Draugiem Group, pekerja yang efisien dan produktif adalah apabila mereka bekerja selama 52 minit dan kemudian berehat selama 17 minit.

    Sudah terang lagi bersuluh, jangan lagi memaksa diri anda untuk terus bekerja berjam-jam lamanya kerana ia adalah tidak bagus buat mental dan fizikal.

    Punca cepat penat #3. Bersenam dengan terlalu banyak

    Kata orang, bersenam mampu membina tenaga agar kita tidak cepat penat.  Namun sebaliknya pula akan terjadi sekiranya anda bersenam dengan terlalu banyak.

    Menurut artikel Livestrong, bersenam itu adalah bagus jika dilakukan dengan cara yang betul yakni makan dan minum dengan sihat serta rehat dan tidur dengan cukup.

    Oleh itu, tiada salahnya untuk bersenam cuma pastikan anda melakukannya dengan kadar yang berpatutan dan bersesuaian dengan gaya hidup yang diamalkan.

    #4. Kopi juga adalah antara punca cepat penat?

    Siapa di sini penggemar minuman kopi? Selepas membaca ini, kalian mungkin mahu mengubah sedikit tabiat ini!

    Untuk pengetahuan anda, semua minuman kopi mengandungi kafein yang merupakan dalang sebenar kepada kepenatan dalam diri.

    Ini kerana kafein akan mengganggu proses pengeluaran adenosine – sebatian yang membuat kita mengantuk, dan ia akan membuat kita lebih cepat penat.

    punca cepat penat

    Jadi, kepercayaan di mana minum kopi untuk berjaga pada tengah malam mungkin adalah kurang tepat kerana minuman ini juga salah satu punca anda cepat penat.

    #5.Postur tubuh badan yang ‘penat’!

    Percaya atau tidak, postur tubuh badan juga akan menjadi pencetus kepada kepenatan yang berlaku tanpa diundang.

    Semasa sedang bekerja di hadapan komputer riba, berjalan atau berbaring, postur anda seharusnya tegak dan tidak bongkok agar tidak mudah penat.

    Postur yang buruk akan memberi lebih tekanan pada tulang, sendi dan ligamen, dan inilah punca keletihan.

    Jadi, mulai hari ini, sila betulkan postur tubuh badan anda ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan