home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bandar Hijau Meningkatkan Tahap Kesihatan Mental

Bandar Hijau Meningkatkan Tahap Kesihatan Mental

Anda pasti akan berasa lebih tenang, relaks, dan gembira apabila berjalan melalui taman, hutan atau kawasan yang hijau. Ia bukanlah satu kebetulan. Meluangkan masa bersama alam semula jadi dikaitkan dengan banyak manfaat terhadap kesihatan mental termasuk menghapus stres dan memberikan perasaan sejahtera dalam kehidupan.

Para saintis di Universiti Stanford malah percaya bahawa berjalan selama 90 minit di dalam kawasan hijau dapat mengurangkan risiko menghidap depresi atau kemurungan.

Kajian menunjukkan bandar hijau meningkatkan tahap kesihatan mental

Satu kajian telah dijalankan di Philadelphia dengan kerjasam program Pennsylvania Horticultural Society Land Care. Melalui program ini, sebahagian kawasan lot kosong ditukar menjadi “hijau”. Manakala kawasan lain pula hanya dibersihkan daripada sampah atau dibiarkan tanpa sebarang perubahan.

Sebelum kerja-kerja tersebut dimulakan, sekumpulan doktor dan pakar menemu ramah penduduk di kawasan terbabit. Mereka mencari tanda-tanda kesihatan mental yang rendah termasuk selalu gementar, murung, tidak bersemangat, atau rasa diri tidak berharga. Kemudian, mereka akan ditemui semula selepas kawasan tersebut “dihijaukan” dan dibersihkan untuk melihat jika terdapat sebarang kesan terhadap keadaan mental.

Hasilnya, ia ternyata menunjukkan kesan positif. Mereka yang tinggal di kawasan lot yang “dihijaukan” mengalami 41.5 peratus pengurangan perasaan murung dan secara keseluruhannya berlaku 62.8 peratus pengurangan masalah kesihatan mental dilaporkan berbanding kawasan lot yang kekal tanpa perubahan.

Perubahan ini secara khususnya lebih besar dalam kalangan penduduk yang hidup di bawah paras kemiskinan. Penduduk di kawasan ini yang menikmati perubahan hijau tersebut melaporkan penurunan perasaan murung sebanyak 68.7 peratus.

Sebaliknya, penduduk yang tinggal di kawasan yang hanya dibersihkan atau dibiarkan sekadar menunjukkan perubahan yang kecil terhadap kesihatan mental.

Pihak berkuasa dan pemaju harus mengambil kira aspek bandar hijau

Salah satu cara untuk mengimbangkan antara proses urbanisasi dan ketandusan elemen semula jadi ialah dengan mewujudkan lebih banyak bandar hijau. Pihak berkuasa mungkin perlu menjadikan ia sebagai syarat sebelum memberikan tender kepada mana-mana pemaju, sama ada untuk projek perumahan mewah mahupun kawasan perumahan rakyat.

Dalam tekanan ekonomi dan peluang pekerjaan yang terhad, ketandusan faktor hijau dan semula jadi di persekitaran tentu hanya akan menambahkan tekanan hidup khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah. Jika dibandingkan dengan manfaatnya, kos yang perlu dikeluarkan mungkin tidak terlalu besar.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 23/10/2018
x