Kenapa setiap kali bangun tidur sakit tekak? Ramai yang tidak tahu dan suka mengamalkan gula gula sakit tekak disebabkan keberkesanannya untuk mengurangkan kesakitan.
Kenapa setiap kali bangun tidur sakit tekak? Ramai yang tidak tahu dan suka mengamalkan gula gula sakit tekak disebabkan keberkesanannya untuk mengurangkan kesakitan.

Tambah lagi, sakit tekak juga merupakan satu simptom lazim COVID-19 dan juga demam biasa. Jadi, bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan untuk membeli lozeng dan menyimpannya di rumah.
Walau bagaimanapun, benarkah lozeng dapat mengurangkan kesakitan yang dialami? Adakah ia lebih berkesan berbanding ubat yang boleh anda dapatkan di farmasi?
Jom, teruskan pembacaan dan ketahui lebih lanjut mengenai gula gula sakit tekak di pasaran.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, anda boleh klik di sini.

Pedihnya tekak, rasa macam tertelan pisau!
Tahukah anda, ada banyak perkara yang boleh menyebabkan sakit tekak? Antaranya ialah alahan, demam biasa, jangkitan bakteria dan juga virus seterusnya menjadi punca kenapa tekak rasa bengkak.
Untuk pengetahuan anda, bakteria dan virus boleh menjangkiti lapisan mukosa pada tekak. Jangkitan ini boleh menyebabkan inflamasi, bengkak dan juga penghasilan kahak.
Cara yang terbaik untuk mengesahkan punca sakit tekak yang anda alami adalah dengan berjumpa doktor.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak boleh berjumpa doktor dengan kadar yang segera, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan di rumah.
Kenapa kita sakit tekak?
Antara cara yang popular ialah pengambilan gula untuk sakit tekak.
Bila anda perlu berjumpa doktor?

Gula gula sakit tekak atau lozeng merupakan manisan yang mengandungi ubat. Ia dapat memberikan kelegaan sementara dan mengurangkan kegatalan yang berlaku disebabkan sakit tekak.
Setiap jenis lozeng mempunyai bahan aktif yang berbeza. Jadi, perhatikan jenama dan juga bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.
Ada yang mengandungi bahan aktif yang dapat mengurangkan kesakitan, mengubati jangkitan dan boleh melegakan batuk.
Maka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang berapa lama sakit tekak akan pulih.
Antara jenis-jenis lozeng di pasaran:
Selain itu, ada yang mempunyai ‘triple action’, yang bersifat anaestetik, antiseptik dan antiradang.
Walau bagaimanapun, percubaan klinikal untuk lozeng menunjukkan perkara yang sebaliknya.
Selain itu, lozeng mungkin tidak berkesan untuk sesetengah orang.
Malah, kajian menunjukkan lozeng hanya mampu memberikan kelegaan yang sedikit berbanding ubat sakit tekak yang dijual di farmasi atau klinik.
Namun, tidak dinafikan gula gula sakit tekak dapat memberikan kelegaan sementara. Sekiranya diamalkan bersama kumuran garam, sakit tekak yang anda alami mungkin boleh sembuh dengan lebih pantas.
Sekiranya diambil seperti yang diarahkan, gula-gula sakit tekak selamat dimakan dan tidak mempunyai kesan sampingan yang serius. Ia juga dapat dibeli dengan harga yang murah.

Kenapa kita sakit tekak? Apapun penyebabnya, Ini cara merawat sakit tekak yang anda boleh:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
06/08/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin