backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Sakit Tekak? Legakannya Dengan 6 Cara Mudah Ini, No. 4 Wajib Buat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 09/11/2023

    Sakit Tekak? Legakannya Dengan 6 Cara Mudah Ini, No. 4 Wajib Buat!

    Terdapat pelbagai cara melegakan sakit tekak yang perlu anda tahu. Segelintir daripadanya merupakan kaedah rawatan yang mudah.

    Sakit tekak, walaupun sering diambil mudah, boleh mempengaruhi kualiti hidup individu.

    Mereka yang sakit tekak boleh mengalami kegatalan, rasa sakit atau rasa terbakar pada leher. Ia bukanlah satu pengalaman yang harus diambil mudah.

    Artikel ini akan menerangkan beberapa cara melegakan sakit tekak yang boleh anda amalkan jika alami sakit tekak. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.

    Cara melegakan sakit tekak

    #1 Kumur air garam, kaedah mudah yang berkesan

    Kumur dengan air garam tersenarai sebagai salah satu cara merawat sakit tekak yang berkesan. Garam boleh menarik keluar lendiran pada tisu yang sedang mengalami radang dan kebengkakan akibat proses patologi sakit tekak.

    Keadaan ini mampu memberikan kelegaan kepada mereka yang mengalaminya. 

    Klinik Mayo menyarankan mereka yang mengalami sakit tekak untuk mencampurkan 4 hingga 8 auns air dengan ¼ atau ½ garam.

    Kumuran perlu dibuat untuk beberapa saat dan ia perlu dibuang (bukan ditelan). Ulang kaedah ini beberapa kali sehari untuk kesan yang optimum.

    #2 Hisap lozeng sakit tekak

    cara melegakan sakit tekak

    Jika anda tidak mahu mengambil ubat sebagai cara melegakan sakit tekak, anda boleh membeli lozeng sakit tekak di kedai-kedai runcit atau farmasi.

    Gula-gula ini mengandungi menthol, bahan yang boleh membuatkan tekak anda berasa kebas.

    Perkara ini boleh memberikan kelegaan daripada sakit tekak atau rasa terbakar di dalam tekak.

    Sekiranya anda takut untuk mengambil lozeng, anda boleh mengambil gula-gula biasa yang perlu dihisap (bukan dikunyah).

    Pengambilan gula-gula boleh meningkatkan penghasilan air liur dan ia boleh menjadi pelincir kepada tekak anda. Keadaan ini boleh memastikan tekak anda tidak terlalu kering.

    Kesan gula-gula mungkin tidak sama dengan lozeng sakit tekak, namun ia boleh digunakan bagi mereka yang tidak mahu mengambil bahan tersebut.

    Elakkan daripada memberikan lozeng atau gula-gula kepada kanak-kanak. Mereka boleh tercekik.

    #3 Gunakan madu untuk hilangkan sakit tekak

    Madu boleh disenaraikan sebagai salah satu cara melegakan sakit tekak yang berkesan.

    Ia boleh dicampurkan bersama dengan air teh bagi mengekalkan tahap hidrasi anda pada paras optimum.

    Sesetengah teh seperti teh hijau turut mempunyai sifat antibakteria, memberikan kelegaan daripada kesakitan, kaya dengan antioksidan dan boleh menurunkan tahap radang di dalam tekak.

    Kajian menunjukkan, madu bukan sahaja boleh menghilangkan sakit tekak, ia juga boleh bertindak sebagai agen yang mengawal simptom batuk.

    Sekurang-kurangnya, tekak anda tidaklah terasa pedih berikutan batuk semasa alami masalah sakit tekak.

    #4 Minum air secukupnya untuk basahkan tekak

    Bukan sahaja minum air secukupnya penting untuk kesihatan umum, ia juga boleh membantu melegakan sakit tekak.

    Ramai yang tidak tahu pengambilan air mengikut saranan adalah cara merawat sakit tekak yang mudah dan efektif.

    Tanpa air yang cukup, badan tidak boleh menghasilkan jumlah air liur dan mukus yang cukup di dalam tekak.

    Apabila badan anda kehilangan pelincir semula jadi tersebut, ia akan menyebabkan simptom sakit tekak anda lebih menyakitkan.

    Jika anda hendak minum sup atau teh sebagai alternatif kepada air, pastikan ia suam.

    Jangan minum air panas berikutan ia boleh membakar tekak anda yang sudahpun sensitif.

    #5 Mandi dengan mandian wap untuk legakan sakit tekak

    cara melegakan sakit tekak

    Jika rumah anda tidak dilengkapi dengan alat pelembap udara, anda masih boleh melegakan sakit tekak dengan menggunakan lembapan udara melalui mandian wap.

    Air mandi suam boleh menghasilkan wap dan jika disedut masuk boleh membantu mengurangkan kebengkakan dan melegakan simptom sakit tekak.

    Ia merupakan cara merawat sakit tekak yang sangat mudah dan elegan.

    Sekiranya anda tidak mahu mandi, boleh juga buka air panas di sinki dan biarkan sedut masuk wap panas yang terhasil.

    Takkan setiap kali rasa sakit tekak kita nak mandi, kan?

    #6 Tinggikan kepala dengan bantal bagi melegakan masalah sakit tekak

    Mungkin anda tertanya-tanya, apakah kaitan di antara tinggikan posisi kepala dengan melegakan sakit tekak?

    Ia berlaku secara tidak langsung. Lazimnya, mereka yang mengalami sakit tekak turut mendapat masalah hidung tersumbat.

    Keadaan ini boleh menyebabkan anda tidur dengan mulut terbuka untuk bernafas. Bukaan tersebut boleh mengeringkan tekak anda menyebabkan sakit tekak semakin teruk.

    Oleh itu, jika anda mengalami masalah hidung tersumbat, cuba tinggikan kepala anda bagi melegakan masalah hidung tersumbat, seterusnya sakit tekak anda.

    Konklusi

    Jika anda mengalami masalah sakit tekak, terdapat pelbagai cara melegakan sakit tekak yang boleh dipraktikkan untuk melegakan gejala tersebut.

    Sakit tekak, walaupun sering diambil mudah boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk jika tidak dirawat dengan segera.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan cara melegakan sakit tekak, ajukannya kepada doktor perubatan bertauliah sekarang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 09/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan