Mahu bernafas pun agak susah, macam mana pula kalau ingin bekerja atau berehat ketika selesema? Mungkin anda perlu tahu apa jenis ubat selsema hidung tersumbat terbaik yang sesuai.
Ingin mencari ubat selsema mengantuk ataupun ubat selsema tak mengantuk bagi hilangkan selsema dan hidung tersumbat anda?
Ayuh lihat pilihan yang ada di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan ENT, anda boleh klik di sini.
Ubat selsema hidung tersumbat buat anda mengantuk?
Kebanyakan mereka yang mengalami masalah selesema kurang gemar untuk mengambil ubatan atau rawatan klinikal. Benar, ia sudah menjadi satu norma yang tidak harus diikuti.
Alasannya, individu mungkin tidak suka dengan rasa atau tekstur ubat daripada doktor selain merasakan bahawa sakit itu boleh datang dan pergi dengan sendiri tanpa melakukan sebarang tindakan.
Dalam kes masalah selesema pula, ramai orang mengelak makan ubat kerana khuatir ia menyebabkan mengantuk!
Untuk pengetahuan anda semua, kebanyakan ubat untuk merawat kondisi biasa termasuk selesema terkandung bahan Dihydrocodeine yang memberi efek mengantuk dan terasa mahu rehat dan tidur.
Usah risau kerana ia adalah normal dan mungkin perlu untuk membantu merawat selesema dengan lebih cepat. Namun, ia akan menjadi masalah ketika anda perlu memandu atau membuat aktiviti lain terutama di siang hari.
Kenapa ada banyak ubat selesema di pasaran?
Seperti mana ramai sedia maklum, ubat selsema hidung tersumbat itu tidak hanya ada satu di pasaran. Sebaliknya, ia hadir dalam banyak jenis, nama dan bentuk yang kita semua perlu tahu.
Selain daripada bentuk tablet atau pil yang biasa, terdapat juga ubat selesema di dalam bentuk sirap dengan rasa yang manis sekali gus begitu sesuai untuk diambil oleh golongan kanak-kanak.
Kebiasaannya, ubat selesema akan mengandungi bahan aktif termasuk paracetamol, phenylephrine hydrochloride, cetylpyridinium chloride, guaifenesin, levomenthol dan lain-lain.
Persoalannya, kenapa produk ini amat banyak di pasaran? Sebenarnya, ia disebabkan oleh kewujudan banyak jenama daripada pelbagai syarikat yang mengeluarkan ubat selesema masing-masing!
Apa yang anda perlu tahu, jenama mana yang akan membuat anda rasa mengantuk? Ikuti pandangan ahli farmasi!
Ubat selsema hidung tersumbat tanpa kesan mengantuk
Dalam usaha untuk hilangkan selsema danhidung tersumbat dan dalam masa sama juga tidak membuat anda mengantuk, beberapa jenis ubat yang berikut sangat sesuai buat anda:
- Adezio.
- Carinox.
- Clarinase.
- Ezede-D.
- Loratadine.
- Simtec.
- Telfast.
Senarai ubat-ubat selesema di atas ini sangat bagus untuk diambil pada waktu siang atau ketika anda sedang bekerja kerana ia kurang atau mungkin langsung tiada Dihydrocodeine, punca individu mengantuk.
Dalam pada itu, anda tidak perlu risau dengan tahap keberkesanannya meski ia tidak membuat anda mengantuk. Ubat yang asli serta sah, sudah tentu akan membantu anda merawat masalah selesema.
Ubat selsema hidung tersumbat dengan kesan mengantuk
Walaupun ramai yang mungkin tidak mahu untuk rasa seperti mahu tidur selepas makan ubat, terdapat juga beberapa jenama ubatan untuk selesema di pasaran dengan kesan mengantuk:
- Chloramine.
- Corifed.
- Peace syrup.
- Polarax syrup.
Sebenarnya, ubat-ubatan yang tinggi dengan kadar Dihydrocodeine ini mungkin akan membantu. Ini kerana ia membolehkan anda mendapatkan rehat yang secukupnya ketika sakit terutama pada waktu malam.
Dalam erti kata lebih mudah, pilihan terletak di tangan masing-masing. Apa yang penting, sila dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor terdekat sebelum putuskan ubatan mana terbaik buat kalian.
Cara tradisional juga mungkin boleh membantu!
Di samping anda berikhtiar dengan ubat selsema hidung tersumbat atau rawatan klinikal, adalah tidak salah juga untuk mencuba beberapa tip atau petua dari nenek moyang kita bagi membantu merawat masalah ini.
Meskipun ia tidak dijamin atau diiktiraf oleh pakar, anda boleh cuba petua ini setiap kali terkena kondisi selesema:
- Kumur hidung dan mulut dengan air garam
- Minum air campuran lemon
- Minum air rebusan halia
- Makan makanan yang tinggi probiotik
- Hidu aroma daripada bawang putih
- Sapu balsam atau salap sejuk