backup og meta

Tak Selesa Sebab Hidung Selalu Tersumbat? Cubalah 7 Ubat Resdung Terbaik Ini!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Kerap mengalami hidung tersumbat dan selesema berpanjangan? Itu adalah antara gejala radang sinus atau resdung. Dalam artikel ini kami akan kongsikan ubat resdung terbaik yang boleh anda cuba.

Tak Selesa Sebab Hidung Selalu Tersumbat? Cubalah 7 Ubat Resdung Terbaik Ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

Masalah radang sinus

1. Neilmed Sinus Care

2. VirX Nasal Spray

3. Sterimar Nose Hygiene & Comfort

4. Airuidu Nose Spray

5. BETADINE Cold Defence Nasal Spray Adult

6. Sato Nasal Spray Pump

7. Aqua Maris Strong Nasal Spray

Sebelum mengetahui antara ubat resdung terbaik di pasaran yang boleh membantu anda mengatasi masalah ketidakselesaan hidung ini, jom kita fahami secara ringkas mengenai resdung atau radang sinus.

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi membran. Lapisan membran ini mengeluarkan sedikit carian untuk memerangkap kotoran dan memberikan kelembapan pada rongga hidung.

Radang sinus atau lebih dikenali sebagai resdung pula merupakan keadaan di mana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran dalam rongga sinus. Keadaan ini boleh dialami oleh mana-mana individu termasuklah kanak-kanak.

Jom kita ketahui antara jenis ubat resdung terbaik yang boleh anda jadikan pilihan.

Ubat resdung terbaik

Ramai yang mungkin mengamalkan ubat resdung herba atau ubat resdung tradisional seperti menggunakan bahan semula jadi. Namun, ia tak semestinya 100% berkesan.

Semburan hidung atau nasal spray adalah ubat jenis cecair yang disemburkan ke dalam hidung. Ia digunakan untuk membantu merawat masalah hidung tersumbat.

Berikut beberapa senarai ubat resdung terbaik yang boleh anda jadikan pilihan:

#1. Neilmed Sinus Care 

Merupakan antara ubat terbaik untuk melawan radang sinus yang boleh dijadikan pilihan. Amat mudah digunakan dan dapat memberikan kesan serta-merta.

Mengandungi larutan garam untuk membersihkan sepenuhnya saluran hidung serta dapat memastikan rongga hidung anda kekal lembap bagi menghindari sebarang kerengsaan.

Ia tidak berbahaya dan boleh digunakan setiap hari, malah sesuai digunakan oleh wanita mengandung.

#2. VirX Nasal Spray, antara ubat resdung terbaik

Merupakan ubat semburan yang dapat melindungi diri daripada jangkitan bawaan udara. VirX adalah antara ubat resdung terbaik topikal diperbuat daripada sebatian sedia ada yang digunakan secara meluas dalam makanan.

Ia mengandungi nitrik oksida yang berfungsi untuk menyekat dan membunuh 99.9% virus pada saluran pernafasan atas dalam tempoh masa 2 minit.

Nitrik oksida telah terbukti berkesan sebagai molekul antivirus, antibakteria dan antikulat yang juga meningkatkan penyembuhan luka.

Kelebihan ubat semburan ini adalah selain mampu menangani masalah resdung, ia juga mempunyai keupayaan melawan pelbagai jenis virus  pernafasan lain termasuk coronavirus, H1N1, Human Rhinovirus (HRV)-14 dan virus sinsitium pernafasan (Respiratory Syncytial Virus – RSV).

#3. Sterimar Nose Hygiene & Comfort

Antara ubat resdung terbaik ini adalah 100 peratus semula jadi dan berasaskan air laut asli. Ia boleh digunakan untuk membersihkan hidung dan menghilangkan kekotoran daripada saluran hidung.

Sterimar juga dapat membantu melegakan kerengsaan dan memastikan lapisan membran hidung kekal lembap.

Bebas daripada bahan steroid dan pengawet, menjadikan ia sesuai untuk digunakan setiap hari oleh seisi keluarga berusia 3 tahun dan ke atas.

#4. Airuidu Nose Spray

Bersaiz kecil dan ringan – di mana ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja – semburan hidung Airuidu ini mengandungi 0.9% isotonic normal saline solution.

Selain dapat memberikan kelegaan bagi mengatasi hidung berair, tersumbat dan gatal, ia juga berperanan untuk melegakan ketidakselesaan dan kerengsaan hidung berpunca daripada keradangan.

#5. Ubat resdung terbaik BETADINE Cold Defence Nasal Spray Adult

Mengandungi Carragelose, bahan semula jadi yang diperolehi daripada sejenis rumpai laut merah, ia terbukti membantu menghapuskan pelbagai jenis virus selesema dan flu seperti H1N1 dan rhinovirus – punca biasa jangkitan pernafasan.

Ia terbukti secara klinikal untuk memendekkan tempoh gejala resdung dan selesema selama 2 hari.

Ubat keluaran BETADINE ini juga membentuk lapisan pelindung pada permukaan lapisan hidung yang berfungsi memerangkap dan menyingkirkan virus. 

#6. Sato Nasal Spray Pump

Merupakan produk keluaran negara matahari terbit, Jepun yang dapat melegakan hidung tersumbat atau berair akibat selesema, demam hay (alahan debunga) atau berkaitan sinusitis.

Semburan hidung bebas steroid yang mengandungi bahan seperti vasokonstriktor, antihistamin, dan bacteriocide ini berfungsi dengan mengecutkan saluran darah bagi mengurangkan bengkak dan tersumbat dalam hidung, membolehkan udara mengalir lancar.

Produk ubat resdung terbaik yang disenaraikan di atas hanya sekadar cadangan melalui pembacaan penulis. Jika anda mempunyai sebarang keraguan mengenai ubat semburan yang sesuai, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

#7. Aqua Maris Strong Nasal Spray

Sembuhkan hidung tersumbat secara semula jadi dengan Aqua Maris® Strong, semburan hidung hipertonik tanpa pengawet yang terbukti berkesan mengurangkan bengkak mukosa dan melancarkan pernafasan melalui proses osmosis.

Sangat disyorkan untuk melegakan kesukaran bernafas akibat alahan, selesema, dan flu, produk mesra keluarga ini selamat digunakan oleh orang dewasa, kanak-kanak seawal usia 3 tahun, malah buat ibu hamil.

Kesimpulan

Kesemua produk-produk ini boleh digunakan sebagai kaedah mengurangkan masalah resdung yang anda alami.

Sila rujuk doktor jika anda tidak pasti tentang cara penggunaannya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sinus Infections (Sinusitis). https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/sinus-infections-sinusitis, Accessed on April 10, 2023
  2. Sinus Infection (Sinusitis). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17701-sinusitis, Accessed on April 10, 2023
  3. Radang Sinus (Resdung). http://www.myhealth.gov.my/radang-sinus-resdung-2/, Accessed on April 10, 2023 
  4. Nasal Sprays: How to Use Them Correctly. https://familydoctor.org/nasal-sprays-how-to-use-them-correctly/, Accessed on April 10, 2023
  5. VirX Nasal Spray. https://virx.hk/en, Accessed on April 10, 2023
  6. How to use nasal spray. https://www.asthmaandlung.org.uk/living-with/inhaler-videos/nasal-spray, Accessed on April 10, 2023
  7. Over-The-Counter Allergy Nasal Steroid Sprays. https://www.aaaai.org/tools-for-the-public/conditions-library/allergies/triamcinolone-nasal-spray, Accessed on April 10, 2023  

 

Versi Terbaru

10/06/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Vaksin Influenza, Rupanya Ada Banyak Sebab Kenapa Anda & Keluarga Perlu Mengambilnya!

Kerap Alami Selesema? Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Selesema


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan