backup og meta

Ada Masalah Hidung Tersumbat? Kenal Pasti Punca & Cara Mengatasinya

Ada Masalah Hidung Tersumbat? Kenal Pasti Punca & Cara Mengatasinya

Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah hidung tersumbat. Jangan risau! Ada beberapa jenis ubat farmasi dan petua hilangkan hidung tersumbat dewasa bagi membantu mengatasi masalah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/ Tekak, sila dapatkannya di sini.

Kekerapan berlakunya masalah hidung tersumbat

Hidung tersumbat ialah rasa sesak dan ketidakselesaan di dalam hidung. Masalah ini boleh berlaku untuk seketika atau berpanjangan, bergantung kepada puncanya 1

Jangkitan seperti selesema, flu, sinusitis atau alahan merupakan antara punca hidung tersumbat berlaku. Perengsa seperti asap rokok atau asap kenderaan turut menjadi penyebab kepada masalah ini. Hidung tersumbat yang diakibatkan oleh perengsa boleh menyebabkan rinitis alahan atau rinitis bukan alahan 2.

Kesesakan hidung ialah tanda pertama yang menunjukkan badan sedang melawan jangkitan virus atau bakteria. Apabila masalah hidung tersumbat terjadi, anda boleh mengalami gejala-gejala lain seperti 3

  • Kesukaran bernafas melalui hidung
  • Hingus mengalir daripada hidung atau hidung berair
  • Bernafas melalui mulut 
  • Bayi yang mengalami gejala ini akan kurang menyusu

Maksud alergi dan kaitannya dengan hidung tersumbat

Hidung yang tersumbat boleh terjadi akibat rinitis alahan atau rinitis bukan alahan. 

#1. Rinitis alahan

Maksud alergi ialah apabila badan bertindak balas terhadap alergen – bahan yang boleh menyebabkan alahan. Contoh-contoh alergen ialah 4

  • Debunga: Debunga yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan mungkin masuk ke dalam hidung dan memulakan tindak balas alahan
  • Hama: Peralatan rumah yang mungkin mengandungi hama termasuk permaidani dan perabot
  • Kulat: Kulat mengeluarkan spora yang boleh mengakibatkan alahan
  • Bulu haiwan: Haiwan berbulu seperti kucing dan anjing boleh menjadi punca alahan bagi sesetengah individu
simptom rinofima
Petua merawat hidung tersumbat sebelah.

#2. Rinitis bukan alahan

Kondisi ini berlaku apabila cecair terkumpul di dalam hidung dan menyebabkan keradangan seterusnya menjadi punca hidung berair.

Keradangan juga boleh berlaku jika anda dijangkiti virus atau terdedah kepada 3,5

  • Persekitaran: Tekanan, asap, bau cat atau makanan pedas 
  • Ubat-ubatan: Ubat darah tinggi atau ubat tahan sakit
  • Hormon: Perubahan hormon semasa akil baligh atau kehamilan
  • Jangkitan: Jangkitan sinus (sinusitis) atau selesema
  • Adenoid membengkak: Adenoid ialah kelenjar yang terletak betul-betul di belakang saluran hidung dan berfungsi untuk memerangkap kuman

Kualiti hidup terjejas 

hidung tersumbat
Kesan alahan hidung.

Masalah rinitis bukan sesuatu yang serius. Meskipun begitu, rinitis akan menjejaskan kualiti hidup anda.

Hidung yang tersumbat boleh mengganggu tidur dan menyebabkan keletihan di siang hari 6

Kanak-kanak pula boleh mengalami pernafasan tidak teratur, dengkuran dan apnea tidur obstruktif.

Secara tidak langsung, masalah ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran atau produktiviti di tempat kerja.

Petua dan rawatan

Terdapat beberapa petua dan rawatan bagi menghilangkan masalah hidung tersumbat sebelah 1, 3, 7 . Pastikan saluran hidung dan sinus kekal lembap. 

Ramai yang tersalah anggap bahawa udara kering membantu mengatasi masalah hidung berair. Namun yang demikian, udara kering sebenarnya memburukkan lagi keadaan ini.

Untuk memastikan saluran hidung sentiasa lembap, lakukan perkara-perkara berikut:

  • Gunakan humidifier untuk menambahkan kelembapan udara. Udara yang lembap dapat memecahkan lendir dan memberikan kelegaan 
  • Mandi dengan air suam atau melakukan penyedutan wap (steam inhalation)
  • Minum air secukupnya. Air membantu menipiskan lendir dan meredakan rinitis
  • Semburan air garam (saline) dapat melembapkan saluran hidung dan membersihkan lendir
  • Letakkan tuala yang telah direndam dalam air suam pada muka. Langkah ini dapat melegakan ketidakselesaan dan membuka saluran hidung
  • Ketika tidur, pastikan bahagian kepala ditinggikan. Ini boleh melegakan masalah hidung tersumbat
  • Elakkan mandi di dalam kolam yang mengandungi air berklorin kerana boleh merengsakan saluran hidung

Ubat-ubatan 

Terdapat beberapa jenis ubat tanpa preskripsi atau over-the-counter (OTC) yang dapat membantu meringankan gejala, seperti:

hidung tersumbat
Rawatan hidung berair dan tersumbat.

Petua hilangkan hidung tersumbat dewasa #1. Antihistamina

Anda sudah mengetahui maksud alergi yang menjadi punca tersumbat hidung. Jika ketidakselesaan hidung ini disebabkan oleh alahan, antihistamina ialah penawarnya.

Sesetengah antihistamina boleh membuatkan anda mengantuk. Oleh yang demikian, pastikan anda mengambilnya dengan berhati-hati. Jangan memandu setelah mengambil ubat ini.

#2. Salap, antara petua hilangkan hidung tersumbat dewasa

Salap yang mengandungi kapur barus boleh melancarkan pernafasan. Sapu pada bahagian dada atau atas bibir. Terdapat juga jenis yang boleh dicampur dengan air suam dan disedut wapnya.

#3. Alat semburan hidung bagi mencegah rinitis

Alat semburan hidung dapat membantu mengurangkan bengkak dan sumbatan di dalam hidung 8. Alat ini juga boleh mengekalkan kelembapan di dalam hidung dan mencegah jangkitan virus serta alahan. 

Terdapat alat semburan hidung yang mampu mencegah dan mengurangkan tindak balas alahan, terutamanya yang disebabkan oleh debunga bawaan udara, hama atau bulu haiwan.

Selain itu, di dalam pasaran, terdapat alat semburan hidung yang tidak mengandungi bahan aktif atau pengawet. Alat ini juga dapat membantu mengekalkan kelembapan saluran hidung. 

Alat semburan hidung yang memberi perlindungan sekurang-kurangnya 3 jam pastinya bermanfaat untuk melegakan gejala dan melindungi pengguna bagi tempoh yang lebih lama. Pastikan anda hanya membeli alat dengan ciri tersebut.

Kini anda sudah mengetahui maksud alergi, punca hidung berair dan rawatan yang bersesuaian.

Jika petua di atas tidak berkesan, anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi dan pemeriksaan lanjut daripada doktor yang bertauliah. Terus ke klinik atau hospital yang berhampiran sekiranya keadaan anda bertambah teruk sehingga menjejaskan aktiviti harian!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Nasal congestion. https://www.mayoclinic.org/symptoms/nasal-congestion/basics/causes/sym-20050644. Accessed August 22, 2022.

Nasal Congestion. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17980-nasal-congestion. Accessed August 22, 2022.

Quality of life in adults and children with allergic rhinitis. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/11449206/. Accessed August 22, 2022.

Stuffy or runny nose – adult. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/stuffy-or-runny-nose-adult. Accessed August 22, 2022.

How To Clear A Stuffy Nose. https://www.osfhealthcare.org/blog/how-to-clear-a-stuffy-nose/. Accessed August 22, 2022.

Versi Terbaru

03/01/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kerap Selesema Dan Hidung Berair Pada Waktu Panas? Ini Puncanya!

Selalu Bersin & Hidung Berair, Cuba 4 Petua Pantas Ini Untuk Legakannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/01/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan