Masalah kulit muka gatal boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang amaran. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kadangkala luka pada kawasan kulit wajah. Kebiasaannya, kulit gatal ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit berkaitan kulit, gigitan serangga atau kulit sensitif gatal.
Tetapi, punca-punca ini tidak terhad kepada faktor tersebut sahaja kerana ada banyak lagi penyebab gatal pada kawasan muka yang mungkin anda tidak tahu.
Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, lihat penjelasan kami di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Punca-punca kulit menjadi gatal
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat pelbagai punca atau sebab yang boleh membuatkan kulit mengalami kegatalan.
Namun, ada tiga punca yang biasa menyebabkan kulit wajah menjadi gatal. Tiga punca tersebut adalah seperti di bawah ini:
#1. Muka gatal disebabkan gigitan serangga
Gigitan serangga seperti nyamuk, kutu dan pepijat sememangnya boleh menyebabkan kulit muka anda menjadi gatal 1.
Walau bagaimanapun, masalah kegatalan disebabkan haiwan kecil ini selalunya dapat dikesan atau disedari disebabkan bekas gigitannya yang jelas 1.
Jika anda mempunyai masalah infestasi di kawasan tempat tinggal, kegatalan yang disebabkan oleh serangga ini boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan.
Anda perlu mengenal pasti jenis serangga yang menggigit anda berdasarkan tanda gigitan yang dialami.
Kebiasaannya, ahli dermatologi yang berpengalaman dapat membezakan tanda-tanda gigitan haiwan ini.
Jika kegatalan ini berlaku disebabkan pepijat, anda perlu memanggil pihak kawalan serangga untuk melakukan pembasmian.
Jika tidak, pepijat akan sentiasa menghantui hidup anda dan boleh merebak ke kawasan rumah yang lain.
#2. Kulit wajah gatal disebabkan kondisi kulit tertentu
Anda perlu tahu bahawa sesetengah penyakit kulit seperti dermatitis atopik, cacar air, ekzema, psoriasis dan ruam boleh menyebabkan kulit muka menjadi gatal 2. Ini juga antara contoh kulit sensitif gatal.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kelegaan, anda perlu tahu kondisi apakah yang sedang anda alami.
Oleh sebab itu, penting untuk anda mendapatkan diagnosis yang tepat daripada ahli dermatologi yang diiktiraf.
Selain itu, gatal pada kawasan kulit muka juga boleh menjadi salah satu simptom kanser kulit 3.
Salah satu cara untuk mengesan kanser kulit adalah dengan memerhati sama ada timbul tompokan baharu pada kawasan kulit anda 3.
Mungkin sukar untuk kita mengenal pasti tompokan baharu. Namun, kadangkala tompokan ini boleh menyebabkan kegatalan 3. Ini merupakan salah satu cara untuk anda mengenal pasti tompokan baharu pada kawasan kulit.
Alahan juga boleh menyebabkan kulit muka gatal 4. Sebagai contoh, alergi nikel boleh menyebabkan individu terasa gatal ketika bersentuhan dengan sebarang objek yang diperbuat daripada besi 5.
Kerongsang, zip baju, anting-anting dan rangka cermin mata adalah antara objek yang boleh menyebabkan kulit wajah gatal.
#3. Punca kegatalan pada wajah disebabkan kulit sensitif gatal
Punca lain yang biasa menyebabkan masalah kulit gatal adalah kulit sensitif gatal atau mereka yang mempunyai ciri-ciri kulit sensitif 6.
Kulit sensitif gatal atau ciri-ciri kulit sensitif sering kali menjadi salah satu penyebab utama rasa gatal pada wajah 6.
Ini disebabkan oleh kecenderungan kulit sensitif untuk bereaksi terhadap pelbagai faktor luaran dan dalaman, seperti bahan kimia dalam produk penjagaan kulit, perubahan cuaca, debu dan pencemaran 6.
Reaksi ini boleh menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, bengkak dan juga gatal.
Tambahan pula, individu dengan kulit sensitif gatal juga mungkin mengalami kesulitan dalam mencari produk penjagaan kulit yang sesuai sebagai cara merawat kulit sensitif.
Hal ini kerana, kebanyakan produk kosmetik mengandungi bahan-bahan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit mereka 7.
Oleh itu, sangat penting untuk memilih produk yang dirumus khas untuk kulit sensitif dan melakukan ujian patch pada kulit sebelum menggunakan produk baharu pada wajah.
Penggunaan produk yang lembut dan hypoallergenic dapat membantu mengurangkan risiko iritasi dan menjaga keseimbangan kulit.
Kesannya, ia membantu mengurangkan rasa gatal yang tidak selesa pada muka anda.
Produk penjagaan wajah, Simple sesuai untuk masalah kulit sensitif gatal
Bagi anda yang memiliki jenis kulit sensitif, jangan runsing tentang pemilihan produk yang sesuai dengan kulit anda.
Ini kerana, produk Simple boleh menjadi antara cara merawat kulit sensitif.
Produk keluaran Simple dihasilkan khusus untuk memenuhi keperluan kulit sensitif dengan formulasi yang lembut tetapi efektif.
Diperkaya dengan vitamin E, vitamin B5 dan niacinamide, produk Simple menyediakan nutrien penting yang menyokong kesihatan kulit tanpa menyebabkan iritasi.
Contohnya, vitamin E adalah antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas 8.
Manakala vitamin B5 membantu melembapkan kulit, selain niacinamide yang berperanan meningkatkan tekstur kulit serta mengurangkan kemerahan 9 10.
Keistimewaan produk Simple terletak pada komitmennya untuk tidak menggunakan bahan kimia yang keras, pewangi dan pewarna.
Ini kerana, bahan-bahan ini sering menjadi penyebab utama iritasi bagi kulit sensitif.
Semua produk Simple adalah semula jadi dan telah diuji kesesuaiannya untuk kulit sensitif gatal agar ia selamat digunakan dan mesra dengan kulit.
Dengan menggunakan produk Simple, individu dengan kulit sensitif tidak lagi bimbang tentang cara merawat kulit sensitif yang baik dan efektif.
Ini dapat menjaga ciri-ciri kulit sensitif agar tetap sihat tanpa perlu risau tentang kesan sampingan yang tidak diingini.
Klik di sini untuk dapatkan variasi produk dari Simple sekarang!
[embed-health-tool-bmr]