NP mungkin akan didalangi oleh punca serta faktor risiko tertentu termasuk perkara yang berikut:
#1. Kondisi kulit yang tertentu
Pertama dan paling utama, punca kenapa badan gatal-gatal waktu malam adalah diakibatkan oleh kondisi kulit yang tertentu termasuk ekzema, dermatitis, psoriasis atau lain-lain masalah kulit.
Ini kerana kondisi seperti ekzema atau dermatitis boleh memicu flare-up, situasi di mana simptom termasuk kegatalan dan keradangan kulit menjadi lebih teruk pada waktu yang tertentu sahaja.
Kebiasaannya, flare-up itu akan berlaku di waktu malam sekali gus menjejaskan waktu tidur anda.
Baca lagi artikel berkaitan:
Badan gatal-gatal akibat #2. Perubahan mekanisme
Tubuh badan manusia mempunyai sistem dan fungsi mekanisme secara semula jadi yang memicu setiap perubahan yang berlaku. Fokus pada waktu malam, mekanisme ini akan mula berubah.
Angkara cuaca yang agak sejuk di waktu malam, tubuh badan bakal meningkatkan aliran di dalam saluran darah dalam usaha menaikkan suhu. Kesannya, kulit anda akan mengalami kegatalan.

Badan gatal-gatal angkara #3. Rembesan hormon
Di malam hari yang merupakan waktu ‘rehat’ tubuh badan, ia akan merembeskan hormon tertentu termasuk sitokin iaitu sekumpulan protein yang amat penting demi membaiki sistem imun manusia.
Dalam masa yang sama, rembesan hormon kortikosteroid yang bertindak melawan keradangan juga akan berkurang. Akibatnya, kulit inidividu mungkin lebih mudah mengalami masalah gatal-gatal.
#4. Gigitan serangga atau haiwan kecil
Serangga seperti nyamuk dan semut atau haiwan kecil termasuk kutu atau hama biasa menjadikan tempat tidur anda sebagai habitat. Maka, risiko untuk ia menjelajah dan menggigit ketika individu berada di atas tilam dan katil juga adalah lebih tinggi di waktu malam!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen