brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

Terkini sedang hangat diperkatakan mengenai manfaat niacinamide dalam produk kulit. Dengan lambakan produk kecantikan di pasaran, anda mungkin nak tahu apa manfaat niacinamide untuk wajah?

Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

Jika anda tertanya-tanya, teruskan membaca ya kerana artikel ini bakal mengupas perihal topik ini secara lebih mendalam!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Niacinamide itu apa?

Niacinamide, juga disebut nicotinamide, adalah satu bentuk vitamin B3 yang merupakan nutrien penting.

Kekurangan B3 boleh menyebabkan gangguan pada kondisi kulit, ginjal dan otak. Pengambilan niacinamide juga dapat membantu mencegah kekurangan B3.

Terdapat banyak lagi manfaat niacinamide yang lain, terutamanya terhadap kesihatan kulit secara umum.

Walaupun perkara ini memerlukan lebih banyak penyelidikan, namun manfaat niacinamide dikatakan membantu dalam merawat keadaan kulit tertentu, termasuk jerawat dan alergi.

Apa fungsi niacinamide untuk wajah?

Secara keseluruhannya, niacinamide dapat membantu membina protein kulit dan mengunci kelembapan bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan kondisi kulit.

Antara manfaat niacinamide yang lain termasuk:

  1. Memelihara imuniti kulit. Niacinamide membantu membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit anda tegang dan sihat
  2. Mengurangkan kemerahan dan kegatalan. Niacinamide mengurangkan keradangan, yang dapat membantu meredakan kemerahan daripada reaksi alergi, jerawat dan masalah keradangan kulit lain
  3. Meminimumkan penampilan liang pori. Ia dapat membantu pudarkan penampilan liang pori
  4. Mengawal minyak. Niacinamide juga dapat membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan mencegah daripada pengeluaran yang berlebihan
  5. Lindungi daripada kerosakan cahaya matahari. Niacinamide dapat membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet.
  6. Merawat hiperpigmentasi. Beberapa kajian mendapati niacinamide dapat membantu dalam memudarkan bintik-bintik gelap. Manfaat ini dapat dilihat selepas 4 minggu, tetapi tidak melebihi 2 bulan.
  7. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Penyelidikan juga mendapati bahawa ia sangat membantu dalam mengurangkan beberapa tanda kerosakan akibat sinar matahari yang disebabkan oleh penuaan. Ini merangkumi garis halus dan kedutan.
  8. Melindungi daripada radikal bebas. Niacinamide membantu membina sel kulit sambil melindungi dari tekanan persekitaran, seperti cahaya matahari, pencemaran, radikal bebas dan racun
  9. Merawat jerawat. Niacinamide bermanfaat untuk jerawat yang teruk, terutamanya bentuk keradangan seperti papula dan pustula

Yang mana lebih bagus, ambil dalam bentuk topikal atau suplemen?

manfaat niacinamide
Manfaat niacinamide ada banyak untuk kulit anda. 

Diet pemakanan yang seimbang adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan nutrien mikro seperti vitamin B3.

Mengenai kesihatan penjagaan kulit secara umum, anda mungkin dapat memperoleh beberapa manfaat niacinamide daripada makanan yang anda ambil.

Nutrien vitamin B3 boleh terdapat dalam makanan berikut:

Walau bagaimanapun, tidak ada cara bagi menjamin bahawa nutrien dalam makanan anda memberikan impak positif terhadap kesihatan kulit secara keseluruhan.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk memastikan bahawa niacinamide dapat mensasarkan masalah kulit anda adalah dengan menggunakannya secara topikal iaitu krim atau serum.

Adakah terdapat sebarang risiko kesan sampingan?

Niacinamide topikal secara umumnya dianggap lebih selamat untuk digunakan. Orang yang mempunyai alahan mungkin lebih cenderung untuk mengalami reaksi alergi.

Ini kerana niacinamide boleh menyebabkan tubuh anda melepaskan zat kimia dikenali sebagai histamin.

Anda boleh mengelakkan daripada mendapat alergi dengan melakukan patch test seperti berikut:

  • Sapukan sejumlah kecil produk pada lengan bawah anda
  • Tunggu selama 24 jam
  • Sekiranya anda mula mengalami kemerahan, gatal, atau bengkak, basuh kawasan tersebut dan hentikan penggunaannya
  • Sekiranya anda tidak mengalami kesan sampingan, itu bermaksud ia selamat digunakan di tempat lain

Manfaat niacinamide, untuk kulit lebih anjal dan muda

Seperti produk penjagaan kulit baru, anda mungkin tidak akan dapat melihat hasil manfaat niacinamide selama beberapa minggu pertama.

Jadi, berapa lama hasil niacinamide terlihat?

Anda mungkin akan dapat lihat banyak perubahan pada kulit selepas 8 minggu.

Ketika ini, kulit anda kaan menjadi lebih halus, anjal, dan terhidrat.

Sekiranya anda tidak melihat sebarang perubahan dalam masa beberapa bulan, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapat khidmat nasihat daripada pakar dermatologi.

Facerinna: Pilihan penjagaan kulit dengan niacinamide

Jika anda ingin memasukkan niacinamide dalam rutin penjagaan kulit, Facerinna menawarkan pilihan produk penjagaan kulit untuk memenuhi keperluan kulit yang berbeza.

Niacinamide, sejenis vitamin B3, boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengawal penampilan minyak berlebihan dan memperbaiki penampilan tona kulit tidak sekata, bergantung pada formulasi produk.

Rangkaian produk Facerinna untuk penjagaan kulit anda.

Sebelum memilih produk, semak senarai ramuan untuk memastikan kandungan niacinamide sesuai dengan keperluan kulit anda. Jika kulit anda sensitif, lakukan ujian tampalan (patch test) terlebih dahulu dan hentikan penggunaan sekiranya berlaku iritasi.

Nak cuba produk Facerinna?

Dapatkan produk pilihan anda melalui Shopee atau TikTok Shop sekarang!

Perlukan nasihat tentang masalah kulit anda? Dapatkan konsultasi bersama doktor di sini.

medical
Dr. Joseph Tan
Disemak secara perubatan oleh
Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 4 hari lalu