Masih Belum Hamil? Jangan Risau, Ada Kajian Kata Risiko Kanser Ovari Rendah Jika Hamil Lewat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 16/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Rasa-rasanya bila waktu yang paling sesuai untuk anda menimang cahaya mata? Wanita mempunyai keupayaan untuk mengandung di antara usia 12 dan 51 tahun.

Namun, bergantung kepada amalan dan kepercayaan masyarakat setempat, mereka yang hamil ketika berusia 18 tahun ke bawah mudah untuk mendapat kritikan sosial.

Secara amnya, tahap kesuburan wanita akan mengalami penurunan apabila usia mereka meningkat.

Ini bermakna semakin muda mereka cuba untuk hamil, semakin tinggi peluang mereka untuk menimang cahaya mata.

Walau bagaimanapun, keputusan dan persediaan untuk hamil tidak sewajarnya dibuat berdasarkan kepada satu faktor semata-mata.

Pelbagai jenis faktor seperti kewangan, tahap kesediaan, masalah kesihatan dan sebagainya perlu diambil kira.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kelebihan menangguhkan kehamilan bagi menurunkan risiko kanser ovari.

Walau bagaimanapun, ingin kami tekankan bahawa ini hanyalah satu bentuk perbincangan ilmiah dan bukan saranan kepada ibu yang sedang merancang hamil.

Jika anda mempunyai persoalan berkaitan dengan waktu terbaik untuk hamil, sila rujuk doktor anda.

Bagaimana usia boleh mempengaruhi persediaan untuk hamil?

persediaan untuk hamil

Secara teorinya, wanita dilahirkan dengan sejumlah 2 juta (anggaran) telur yang akan berkurangan secara berkala setiap tahun.

Ketika anda berusia 37 tahun, anda mungkin hanya mempunyai baki sebanyak 25,000 telur sahaja.

Jumlah tersebut akan terus berkurang sehingga anda mencapai usia menopaus, sekitar 50 tahun.

Mungkin anda berpendapat bahawa 25,000 itu agak banyak dan peluang untuk anda hamil seharusnya tinggi.

Namun, apa yang perlu difahami adalah kualiti telur turut mengalami kemerosotan apabila usia anda meningkat.

Ini bermakna, proses persenyawaan sukar untuk berlaku secara semula jadi menyebabkan ramai dalam kalangan mereka yang mencuba kaedah persenyawaan in vitro.

Menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2012 di laman Jurnal PLOS ONE, kebarangkalian untuk anda berjaya hamil setelah tiga bulan mencuba adalah seperti berikut:

  1. 18 peratus bagi mereka yang berusia 25 tahun.
  2. 16 peratus bagi mereka yang berusia 30 tahun.
  3. 12 peratus bagi mereka yang berusia 35 tahun.
  4. 7 peratus bagi mereka yang berusia 40 tahun.

Terdapat juga faktor lain yang boleh menyukarkan lagi peluang untuk anda hamil seperti:

  1. Tabiat merokok.
  2. Rawatan kanser seperti terapi radio dan terapi kemo.
  3. Jangkitan pelvik.

Risiko kanser ovari rendah jika anda lengahkan kehamilan?

menimang cahaya mata

Bukan semua individu mempunyai kebolehan atau keupayaan untuk menjaga bayi sewaktu usia muda.

Terdapat wanita yang ingin mencapai cita-cita mereka sebelum berkeluarga, ada yang ingin mengumpul wang dan ada juga yang merancang, namun gagal setiap kali mereka mencuba.

Walaupun terdapat kajian yang menunjukkan kehamilan pada usia lewat (sekitar 35 tahun dan ke atas) boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti diabetes, namun ia juga mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Sebagai contoh, kajian pada tahun 2012 menunjukkan mereka yang melahirkan anak terakhir atau anak tunggal pada usia 40 tahun mempunyai risiko kanser rahim yang sangat rendah.

Begitu juga dengan risiko kanser lain seperti kanser ovari.

Terdapat satu kajian yang melibatkan analisis data 1,700 wanita Los Angeles yang menghidap kanser ovari serta 2,380 wanita Los Ansgeles yang tidak menghidap kanser tersebut.

Dapatan menunjukkan peningkatan 5 tahun pada usia wanita ketika sedang melahirkan anak pertama boleh memberikan penurunan risiko setinggi 16 peratus.

Sebagai contoh, wanita yang melahirkan anak pertama ketika mereka berusia 35 tahun dan ke atas boleh menikmati penurunan risiko kanser ovari setinggi 46 peratus.

Perbandingan dibuat dengan subjek wanita yang melahirkan anak ketika mereka berada pada awal usia 20-an.

Dapatan tersebut kekal teguh walaupun pengkaji sudah memfaktorkan pemalar seperti risiko subjek untuk mendapat kanser ovari.

Ini merupakan satu penemuan yang agak menarik memandangkan ia bercanggah dengan saranan untuk seseorang itu cuba hamil pada usia 20-an.

Namun, kadar penurunan tahap kesuburan tetap dialami oleh individu yang melengahkan waktu kehamilan.

Jadi, pada usia berapa tahun anda patut membuat persediaan untuk hamil?

persediaan untuk hamil

Kehamilan sewaktu usia muda mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Oleh sebab faktor rancangan keluarga tidak boleh dibuat berdasarkan satu pemalar sahaja, rujukan kepada doktor sangat digalakkan.

Perbincangan boleh menyentuh aspek risiko, kebaikan dan masalah kesihatan (sekiranya ada) bagi mempersiapkan diri anda untuk hamil.

Apabila anda mencecah usia 35 tahun, pelbagai jenis komplikasi kehamilan boleh dialami seperti:

  1. Diabetes gestasi
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Preeklampsia
  4. Keguguran
  5. Kelahiran pramatang
  6. Keperluan untuk pembedahan caesarean
  7. Pendarahan serius
  8. Bayi kurang berat badanĀ 
  9. Kecacatan genetik seperti sindrom Down

Perbincangan berkenaan dengan persediaan untuk hamil tidak sepatutnya memberikan tekanan kepada bakal ibu.

Perancangan tersebut perlu dibuat bersesuaian dengan kemampuan untuk menjaga anak serta faktor lain yang mungkin boleh merencatkan keupayaan seseorang untuk bergelar ibu.

Konklusi

Perancangan untuk hamil penting bagi memastikan ibu bapa betul-betul bersedia untuk menimang cahaya mata.

Jika anda mempunyai masalah seperti berikut, sila berjumpa dengan doktor pakar kesuburan:

  1. Sudah berusia 35 tahun dan ke bawah, namun belum berjaya untuk hamil walaupun sudah setahun mencuba.
  2. Berusia 36 tahun dan ke atas, namun belum berjaya untuk hamil walaupun sudah 6 bulan mencuba.
  3. Anda berusia 40 tahun dan hendak mendapatkan cahaya mata.

Sekiranya anda mempunyai persoalan, ajukan kepada doktor perubatan yang bertauliah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Yang Dijangkiti HPV, Baca Ini Untuk Tahu Apa Kesannya Terhadap Kandungan!

Ibu yang sedang hamil dan dijangkiti HPV, ketahuilah bahawa terdapat risiko mengandung yang boleh terjadi kepada kandungan. Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 16/11/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Mengalami Keputihan Berwarna Coklat Sebelum Haid, Ini Petanda Kanser Serviks?

Pernah mengalami keputihan berwarna coklat apabila apabila hampir dengan hari haid? Jika ya, anda mungkin tertanya-tanya sama ada ia normal atau sebaliknya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Cepat Hamil, Lakukan Hubungan Intim Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Berkesan Ke?

Adakah wanita boleh hamil selepas haid tamat 1 hari dan seks dilakukan pada waktu ini? Jom kita klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

fibroid ketika hamil

Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
kerap kencing

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat

Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
alahan sperma hamil

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan