
Antara kanser yang paling kerap berlaku kepada kaum lelaki adalah kanser prostat. Ia terutamanya berlaku dalam kalangan lelaki berumur 60 tahun atau lebih. Namun yang demikian, terdapat juga insiden kes yang berlaku dalam kalangan lelaki yang lebih muda berbanding usia tersebut.
Berita baiknya, dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi dan sains, rawatan untuk kanser ini telah berkembang dan bertambahbaik pada hari ini. Jadi, jika anda didapati menghidap kanser prostat, dunia masih lagi cerah bagi anda. Kehidupan normal seperti orang lain masih boleh dinikmati.
Tapi, apa yang paling penting adalah untuk mengesannya awal. Jika didiagnosis pada peringkat lanjut, tidak banyak yang boleh dilakukan.
Sila lihat 5 tanda ini yang mungkin menunjukkan anda mempunyai kanser prostat, khususnya bagi yang berumur lebih 60 tahun.
1. Kerap membuang air kecil
Banyak punca menyebabkan anda kerap membuang air kecil. Antara yang paling biasa adalah pengambilan air yang banyak. Banyak minum, banyaklah buang air. Diabetes juga boleh menyebabkannya.
Jika anda atau ayah anda terlalu kerap bangun malam untuk ke tandas, dapatkan pemeriksaan doktor.
2. Darah di dalam air kencing
Ini pastinya mendebarkan bagi sesiapa yang mengalaminya. Selain kanser prostat, batu karang dan masalah pembekuan darah juga boleh menyebabkan kencing berdarah. Tetapi, anda harus menyingkirkan dahulu sebab yang serius seperti kanser prostat sebelum membuat keputusan untuk tidak risau.
3. Sakit semasa membuang air kecil
Kelenjar prostat terletak di bawah pundi kencing, mengelilingi saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar zakar. Apabila ia membesar, salah satunya disebab oleh kanser prostat, saluran tersebut mungkin menjadi sempit menyebabkan rasa sakit semasa membuang air kecil.
4. Disfungsi ereksi yang baru berlaku
Jika ada sudah mengalami disfungsi ereksi sejak sekian lama, ia mungkin disebabkan masalah lain. Namun, jika ia berlaku dalam tempoh terdekat, ada kemungkinan bahawa kanser prostat menjadi puncanya.
Dapatkan pemeriksaan doktor segera.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.