backup og meta

Ini 7 Mitos Makanan KONTROVERSI Untuk Pesakit Kanser Prostat, No. 3 Ramai Orang Percaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/01/2022

    Ini 7 Mitos Makanan KONTROVERSI Untuk Pesakit Kanser Prostat, No. 3 Ramai Orang Percaya!

    Penghidap kanser prostat pasti pernah mendengar mengenai makanan atau suplemen tertentu yang dikatakan boleh memperlahankan pertumbuhan kanser. Mungkin anda juga pernah dengar mengenai bahaya makanan tertentu untuk pesakit kanser prostat.

    Tetapi, informasi yang manakah yang betul? Sebagai pesakit, sudah tentulah kita ingin mencari makanan ataupun suplemen yang terbaik dan terbukti dapat merawat kanser prostat yang dialami.

    Makanan seperti kacang soya, teh hijau dan tomato misalnya sudah lama dicanangkan sebagai makanan yang amat berkhasiat untuk pesakit kanser prostat.

    Namun, hingga hari ini, masih belum ada lagi kajian yang dapat membuktikan tentang keberkesanan sebenar makanan ini.

    Oleh sebab itu, sukar untuk pakar menentukan sama ada makanan ini bagus ataupun bahaya untuk pengambilan pesakit kanser.

    Dalam artikel kali ini, kami ingin menjelaskan kepada anda mengenai makanan dan suplemen yang kontroversi dalam kalangan pesakit kanser.

    Benarkah makanan boleh membantu pesakit kanser prostat?

    Kajian menunjukkan, ada beberapa jenis makanan yang mungkin dapat memperlahankan penyebaran kanser prostat dan merendahkan kebarangkalian kanser kali kedua.

    Tetapi, semua makanan di bawah tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mengesahkan keberkesanannya.

    Kontroversi 1: Buah tomato dan pesakit kanser prostat

    bahaya makanan

    Buah tomato mengandungi sejenis bahan kimia yang dikenali dengan nama likopena. Lebih banyak likopena didapati di dalam buah tomato yang dimasak berbanding buah tomato mentah.

    Beberapa kajian mendapati, amalan makan tomato dapat melindungi kaum Adam daripada kanser prostat. Walau bagaimanapun, bukti yang ada masih belum mencukupi untuk menyokong kenyataan ini.

    Likopena bukan sahaja boleh didapati di dalam buah tomato. Ia juga dijumpai di dalam buah-buahan lain seperti buah tembikai, betik dan juga jambu batu.

    Kontroversi 2: Pesakit kanser prostat perlu minum teh hijau

    Teh hijau juga sudah banyak kali dikaitkan dengan kesihatan prostat lelaki. 

    Minuman super ini bukan sahaja dikaitkan dengan kanser, ia juga dikatakan boleh menghilangkan stres dan membuatkan pengamalnya boleh fokus dalam masa yang lama!

    Jika anda ingin minum teh hijau, pastikan anda pilih teh yang tidak mengandungi kafein. Untuk lelaki yang mempunyai masalah urinari, kafein akan membuatkan simptom yang dialami bertambah teruk.

    Selain itu, pastikan anda rendam teh tersebut di dalam air panas selama 5 minit untuk memastikan semua nutrisinya dibebaskan.

    Kontroversi 3: Kacang soya dan kesihatan prostat lelaki

    bahaya makanan

    Sehingga hari ini, kacang soya didapati tidak mempunyai sebarang kebaikan mahupun keburukan terhadap kesihatan prostat lelaki.

    Malah, ia juga didapati tidak dapat memperlahankan penyebaran penyakit kanser ataupun mengurangkan risiko kanser kali kedua. Kajian menunjukkan dapatan yang bercanggah.

    Namun, kacang soya merupakan sumber protein yang bagus dan baik untuk kesihatan. 3 sudu kacang soya bersamaan dengan 1/5 daripada keperluan sayur-sayuran harian.

    Kontroversi 4: Buah delima untuk pesakit kanser prostat

    Sama seperti kacang soya, kajian yang dilakukan ke atas buah delima juga memberikan keputusan yang bercanggah.

    Walau bagaimanapun, terdapat sebuah kajian berskala kecil yang mengikuti perkembangan lelaki yang mengambil jus buah delima setiap hari untuk masalah kanser prostat.

    Kajian tersebut mendapati kanser prostat mengambil masa yang lebih panjang untuk merebak dalam kalangan pesakit. 

    Namun, disebabkan kajian ini berskala kecil, lebih banyak informasi lain yang diperlukan sebelum buah delima boleh disahkan sebagai rawatan untuk kanser prostat.

    Jika anda ingin mencuba jus buah delima, pilih jenama yang tidak mempunyai sebarang gula tambahan.

    Kontroversi 5: Produk tenusu dan kalsium

    Produk tenusu mengandungi kalsium yang tinggi dan bagus untuk kesihatan tulang. Walau bagaimanapun, pengambilan kalsium yang terlalu banyak katanya boleh menyebabkan kanser prostat.

    Sebenarnya, kenyataan di atas adalah tidak benar sama sekali. Namun, ada beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak boleh meningkatkan penyebaran kanser.

    Tetapi, kajian lain pula mendapati tidak ada kaitan antara produk tenusu, kalsium dan juga kanser prostat.

    Kontroversi 6: Pesakit kanser prostat tidak boleh makan daging

    Hingga hari ini, kaitan antara penghidap kanser prostat dan pengambilan daging masih belum dapat dikenal pasti.

    Ada kajian yang mendapati, pengambilan daging yang terlalu banyak boleh menyebabkan kanser prostat menjadi lebih agresif.

    Selain itu, ada juga kajian yang mencadangkan diet kurang daging untuk penghidap kanser prostat bagi memperlahankan penyebaran kanser.

    Kontroversi 7: Makan suplemen untuk rawat penyakit kanser prostat

    bahaya makanan

    Suplemen hanyalah berguna untuk pesakit kanser prostat yang tidak boleh makan secara normal.

    Jika pesakit sedang melalui rawatan kanser, pengambilan suplemen mungkin tidak akan mendatangkan kesan yang besar terhadap kesihatan pesakit.

    Vitamin dan mineral di dalam suplemen juga boleh didapati daripada makanan lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu, makanan tenusu dan sebagainya.

    Kesimpulan

    Banyak makanan yang sering dikatakan boleh menyembuhkan penyakit kanser tertentu. Namun, tanpa rawatan yang sewajarnya, makanan ataupun suplemen ini mungkin tidak dapat membantu pesakit kanser prostat untuk sembuh sepenuhnya.

    Jika anda merupakan pesakit kanser prostat, pastikan anda mendapatkan konsultasi daripada doktor sebelum mengambil sebarang suplemen atau makanan tertentu untuk merawat kanser yang anda alami.

    Jika tidak, makanan atau suplemen tersebut boleh mendatangkan bahaya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan