Mereka mendapati lelaki yang mengalami ejakulasi 4.6 hingga 7 kali seminggu mempunyai pengurangan risiko sebanyak 36% untuk menghidap prostat kanser sebelum mencapai usia 70 tahun.
Siapa sangka kerap ejakulasi pun boleh membawa faedah yang tersendiri!
Tetapi, bagaimana pula jika kerap onani?

Walaupun lelaki yang kerap ejakulasi didapati kurang berisiko untuk mengalami kanser prostat, ada pula satu kajian yang menunjukkan kerap onani atau masturbasi mungkin mendatangkan bahaya kepada kaum Adam!
Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2008 tersebut, lelaki yang kerap onani lebih berisiko untuk mengalami kanser prostat berbanding lelaki yang kurang melakukan masturbasi.
Malah, mereka yang melakukan onani sebanyak 7 kali seminggu didapati mempunyai peningkatan sebanyak 79% untuk menghidap kanser! Eh, bahaya ni!
Namun, menurut kajian tersebut, mungkin jumlah onani sebenarnya tidak memainkan sebarang peranan. Tetapi, ada faktor lain sebenarnya yang menjadi penyebab.
Sebagai contoh, lelaki yang kerap onani dan masturbasi mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi. Kadar testosteron yang tinggi sebenarnya boleh menjadi penyebab kanser prostat!
Pasti ramai lelaki yang pernah dengar mengenai bahaya masturbasi. Salah satu bahaya yang menanti lelaki yang kerap onani ialah masalah mati pucuk. Tetapi, benarkah kenyataan ini?
Untuk pengetahuan anda, onani tidak berbahaya dari segi fizikal mahupun mental.
Tetapi, mereka yang kerap onani sehingga mengganggu kehidupan seharian perlu mendapatkan khidmat pakar.
Adakah anda berisiko untuk mengalami kanser prostat?

Walaupun lelaki yang kerap onani dan masturbasi mungkin mengalami peningkatan risiko penyakit kanser prostat, namun ada beberapa faktor yang pakar tahu mempunyai peranan yang tersendiri.
Sebagai contoh, lelaki yang lebih berusia didapati lebih berisiko untuk mengalami kanser prostat berbanding lelaki yang muda.
Selain itu, ada juga beberapa faktor lain seperti:
- Sejarah keluarga. Lelaki yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser prostat lebih berisiko untuk mengalami kanser ini pada masa hadapan.
- Faktor genetik. Gen BRCA yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara juga boleh mempengaruhi risiko kanser prostat.
- Pendedahan terhadap bahan kimia. Sebagai contoh, lelaki yang terlibat dengan peperangan dan pernah terdedah kepada Agen Oren, sejenis senjata kimia yang digunakan sewaktu Perang Vietnam lebih berisiko menghidap kanser.
- Pemakanan. Elakkan makan terlalu banyak makanan yang berlemak. Tambah sayur-sayuran dan buah-buahan segar ke dalam diet anda setiap hari untuk mengelakkan kanser prostat.
- Tahap aktiviti. Lelaki yang tidak aktif lebih berisiko untuk mengalami kanser prostat berbanding lelaki yang gemar bersenam.
Kesimpulan
Mungkin benar, lelaki yang banyak ejakulasi kurang berisiko untuk mengalami penyakit kanser prostat. Walau bagaimanapun, kenyataan ini mungkin berbeza untuk lelaki yang kerap onani.
Namun, masih banyak lagi kajian yang perlu dilakukan untuk mengesahkan kedua-dua dapatan kajian terbabit.
Apa yang pasti, kanser prostat berkait rapat dengan umur dan genetik seseorang. Gaya hidup yang tidak sihat seperti berat badan berlebihan dan gemar mengambil makanan tidak berkhasiat juga dapat meningkatkan risiko kanser prostat.
Oleh sebab itu, pastikan anda kerap bersenam dan makan secara sihat untuk mencegah kanser prostat. Bukan itu sahaja, tinggalkan juga tabiat buruk seperti merokok untuk prostat yang lebih sihat ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen