Sebenarnya, memang ada pelbagai cara mencegah kanser payudara. Pun begitu, cara mana yang paling berkesan dan kurang berisiko buat anda? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.
Perubahan gaya hidup untuk cara mencegah kanser payudara
Cara mencegah kanser payudara yang terbaik adalah dengan melakukan perubahan dari segi gaya hidup, seperti:
1. Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal
Senaman merupakan cara mencegah barah payudara yang paling berkesan. Individu yang sihat perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.
Senaman dapat membantu anda untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Individu yang mempunyai berat badan yang normal kurang berisiko untuk menghidap kanser.
Lebih baik jika anda dapat tambah senaman untuk tingkatkan kekuatan badan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Cara mencegah kanser payudara #2. Kurangkan minuman alkohol
Minuman beralkohol boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap kanser payudara.
Wanita yang minum 3 minuman beralkohol seminggu mempunyai 15% risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser ini.
Jika anda tergolong dalam kumpulan yang berisiko, anda dinasihatkan untuk berhenti minum secepat mungkin.
Individu yang tidak pernah ambil minuman beralkohol juga disarankan untuk tidak mengamalkan tabiat yang tidak sihat ini. Jika anda tidak bermula, anda tidak perlu berhenti.
Cara mencegah kanser payudara #3. Hentikan amalan merokok
Amalan merokok merupakan salah satu tabiat yang menjadi punca kepada pelbagai jenis kanser. Racun yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh melemahkan sistem imun manusia.
Ini akan menyebabkan sel kanser merebak secara agresif dan sukar untuk dipulihkan.
Wanita yang sudah mengalami menopaus lebih berisiko untuk menghidap kanser payudara jika mereka masih amalkan tabiat merokok.
Langkah yang terbaik yang boleh anda ambil untuk kesihatan diri adalah dengan berhenti merokok.
Tidak kira pada umur berapa sekalipun anda berhenti merokok, risiko kanser payudara dan kanser lain dapat dikurangkan.
4. Amalkan makanan rendah lemak
Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan lebih cenderung untuk menghidap kanser payudara, lebih-lebih lagi jika wanita tersebut obes selepas menopaus.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh American Society of Clinical Oncology (ASCO), wanita yang mengamalkan diet rendah lemak selepas menopaus mempunyai 21% risiko yang lebih rendah untuk menghidap kanser payudara.
Mengamalkan makanan rendah lemak bukan sahaja boleh kurangkan risiko atau ubat kanser payudara, malah risiko untuk menghidap penyakit jantung dan strok juga akan berkurang.
Jika anda ingin mengamalkan diet rendah lemak, cuba lakukan diet Mediterranean.
Diet ini memfokuskan pemakanan ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Lemak yang digunakan juga terdiri daripada lemak yang sihat seperti minyak zaitun.
5. Hamil di usia muda
Menurut kajian, wanita yang tidak mempunyai anak ataupun mengandung ketika umur telah melebihi 30 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara.
Menurut kajian, payudara wanita belum benar-benar matang sehinggalah wanita tersebut mengalami kehamilan yang pertama.
Selepas kehamilan, sel payudara wanita akan jadi lebih matang dan tidak akan memberikan sebarang reaksi terhadap produk yang mengandungi estrogen.
Wanita yang terdedah dengan hormon estrogen pada jangka masa yang lebih lama didapati lebih berisiko untuk menghidap kanser payudara.
Selain itu, wanita yang pernah mengandung dan melahirkan anak juga mengalami kitaran haid yang kurang berbanding wanita yang tidak pernah mengandung.
Cara mencegah kanser payudara #6. Menyusukan anak
Ibu yang menyusukan anak kurang berisiko untuk menghidap kanser payudara. Lebih lama ibu tersebut menyusukan anak, maka ia boleh menjadi antara cara mencegah barah payudara.
Tambahan itu lagi, aktiviti menyusu juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak, dan mempunyai manfaat kesihatan yang baik untuk si ibu serta si kecil.
Strategi penjagaan kesihatan sebagai cara mencegah kanser payudara
Cara mencegah kanser payudara yang anda patut tahu
- Ketahui sejarah kanser dalam keluarga.
- Elakkan mengambil terapi penggantian hormon.
- Lakukan pemeriksaan payudara sebulan sekali.
- Lakukan ujian mamogram.
Konklusinya, ada banyak cara mengatasi masalah kanser payudara yang anda boleh cuba lakukan. Jika sudah di tahap teruk, dapatkan nasihat doktor tentang cara merawat kanser payudara ya?