backup og meta

Masa Depan Pesakit Bukan Lagi Bergantung Pada Penawar Kanser. Ini Apa Yang Perlu Dilakukan!

Masa Depan Pesakit Bukan Lagi Bergantung Pada Penawar Kanser. Ini Apa Yang Perlu Dilakukan!

Kanser merupakan satu daripada penyakit yang paling menakutkan di dunia hari ini. Kanser adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia dengan hampir 10 juta kematian pada tahun 2020 di seluruh dunia (1 dalam 6 kematian). Salah satu kajian penting dalam perubatan adalah menemui penawar kanser.

Antara kematian akibat kanser termasuklah:

Insiden kanser di Malaysia dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2040. Ini adalah menyeramkan bukan?

Dapatkan maklumat lanjut tentang Kanser di sini

Masa depan lebih baik – penawar kanser pada masa hadapan

Namun, kita boleh mengubah landasan masa depan untuk kanser dengan meningkatkan proses pengesanan, diagnosis awal, rawatan, serta sokongan buat pesakit.

 Dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana kerjasama antara semua pihak kerajaan, hospital swasta, penyedia teknologi, dan mereka yang telah berjaya mengatasi atau menemui penawar kanser dalam membina masa depan yang lebih baik bagi pesakit kanser.

Perkara ini telah dibincangkan dalam sebuah dialog yang bertajuk ‘Creating a World Without Fear of Cancer: A Critical Dialogue’ sewaktu Persidangan Hospital Management Asia berlangsung. Sesi ini telah dibawakan khas oleh Siemens Healthineers sempena persidangan tersebut.

Sesi ini telah membariskan para pakar dari pelbagai sektor industri kesihatan. Fabrice Pengarah Urusan Siemens Healthineers Asia Tenggara, telah disertai oleh Dr. Kelvin Yii, Penasihat Khas kepada Menteri Kesihatan; Serena Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Regency Specialist Hospital; Prof. Ricky Sharma, Ketua Global Hal Ehwal Klinikal di Varian; dan penaung pesakit Ranjit Kaur, mantan Presiden dan anggota lembaga semasa di Reach to Recovery International (RRI).

penawar-kanser

Penawar kanser – Masa depan kanser Malaysia: Apa kata kerajaan?

Kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan taraf hidup penghidap kanser. Mereka perlu menyokong penyelidikan kanser, menawarkan program saringan kanser yang lebih meluas, dan meningkatkan akses kepada rawatan atau penawar kanser yang berkualiti. Langkah ini akan membantu dalam mengatasi isu diagnosis yang terlalu lewat dan meningkatkan kadar kemenangan terhadap kanser.

Selain itu, kerajaan juga perlu menggalakkan kesedaran awam tentang pentingnya pemeriksaan berkala dan kesihatan am. Ini termasuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memberikan maklumat tentang tanda-tanda awal kanser kepada masyarakat.

Sentimen ini dicerminkan oleh Dr. Kelvin Yii, penasihat khas kepada Menteri Kesihatan dalam perbincangan tersebut. 

“Pelan Strategik Nasional bagi Kawalan Kanser berhasrat untuk menjadikan pencegahan, pengurusan, dan kawalan kanser lebih mudah diakses serta mampu milik menerusi usaha sama dengan para pemegang tara. Matlamatnya adalah untuk meringankan beban kanser, meningkatkan pemahaman mengenai kanser, menggalakkan pencegahan serta diagnosis awal demi kemaslahatan pesakit.”

Kerjasama kerajaan dan swasta penting untuk perbaiki perkhidmatan

Hospital swasta juga mempunyai peranan penting dalam usaha meningkatkan diagnostik kanser. Mereka boleh menyediakan kemudahan-kemudahan moden seperti mesin imbasan terkini dan pakar-pakar perubatan yang mahir dalam bidang kanser. Ini membolehkan pesakit mendapatkan diagnosis yang tepat pada masa yang lebih cepat.

Selain itu, kerjasama antara hospital swasta dengan badan-badan penyelidikan dan organisasi kanser adalah penting. Ini dapat meningkatkan akses pesakit kepada rawatan terkini dan terbaik.

Berhubung pelbagai cabaran yang wujud dari segi kenaikan kos teknologi tinggi, kekurangan kakitangan antarabangsa, serta kekangan dana untuk sektor kesihatan, Serena Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Regency Specialist Hospital memberi penekanan ke atas kepentingan usaha sama industri dalam memudahkan perkongsian ilmu serta penemuan baharu dalam bidang onkologi.  “Dengan mengintegrasikan cerapan yang diperoleh daripada aneka bidang, kita dapat melihat hasil yang pelbagai lagi efektif.”

Peranan penyedia teknologi dalam pengurusan dan penawar kanser

teknologi-ubat-kanser

Teknologi memainkan peranan yang semakin penting dalam diagnosis kanser. Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan analisis data besar-besaran (big data) dapat membantu mengesan kanser pada peringkat awal dengan lebih tepat. Penyedia teknologi perlu terus berinovasi dan bekerjasama dengan profesional perubatan untuk memastikan teknologi ini dapat digunakan secara meluas dalam sistem penjagaan kesihatan.

Pengesanan awal, yang dulu merupakan satu cabaran besar kini dipermudahkan melalui sistem pengurusan kanser serba pintar. Ini membantu meingkatkan lagi kebarangkalian pesakit menemui penawar kanser mereka.

Serena berkongsi, “Unjuran semasa bagi teknologi kita adalah amat meyakinkan. Kita berada di ambang sebuah era di mana teknologi bukan sahaja mampu mengesan tapi juga meramal.”

“Usaha sama strategik antara Regency Specialist Hospital dan Siemens mengukuhkan lagi komitmen kami untuk memudahkan pengurusan pesakit. Berpandukan kesejahteraan pesakit kami sebagai misi, usaha sama ini menggiatkan pengintegrasian solusi-solusi kesihatan terhubung, melahirkan sebuah proses pengurusan yang lebih lancar. Tambahan lagi, ia turut meluaskan khidmat terlindungan di samping pelaksanaan analitik ramalan dalam skala yang lebih besar, justeru memberi sumbangan yang signifikan kepada kesihatan pesakit kita.”

Pentingnya sokongan terhadap pesakit kanser

Ranjit Kaur yang menyuluh aspek emosi pesakit kanser berkata, “Menghidap kanser boleh menjadi satu pengalaman yang agak sunyi, justeru menekankan kepentingan sokongan orang sekeliling serta pendekatan holistik yang melibatkan rawatan perubatan serta kesihatan emosi. 

Berlatarkan sebuah dunia di mana teknologi memperbaiki pelbagai aspek kehidupan kita, kita juga haruslah mengutamakan aspek empati, keupayaan untuk memberikan rawatan dan perhatian pada waktu yang tepat, serta sistem sokongan komprehensif untuk pesakit, bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia. Pesakit menjalani sebuah pengalaman yang menggusarkan, tapi dengan memberi perhatian ke atas perihal ini, kita dapat membantu mereka mengharungi dan mengatasi penyakit kanser dengan lebih yakin.”

sokongan-pesakit-kanser

Kesimpulan

Kanser bukan lagi sesuatu yang harus ditakuti jika kita bersatu untuk meningkatkan proses pengesanan, diagnosis awal, rawatan atau penawar kanser, serta sokongan mental bagi pesakit dan keluarga mereka. 

Kerajaan, hospital swasta, penyedia teknologi, dan semua pihak lain berperan aktif dalam usaha ini. Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, kita boleh berharap pada masa depan yang lebih baik di mana kanser bukan lagi satu ancaman besar.

 Ini adalah masa depan yang kita semua perlu terus usahakan demi kesejahteraan masyarakat dan pengekalan hidup yang lebih baik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

29/09/2023

Ditulis oleh Siti Sofiah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

F&N, MYDIN Lancar Kempen 'Jom Sihat, Kekal Cergas' Untuk Mendorong Gaya Hidup Sihat

Pakar Bekerjasama Perangi Epidemik Senyap Anemia Dalam Kalangan Kanak-Kanak!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 29/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan