backup og meta

Ibu Hamil TAK BOLEH Makan Kulit Kayu Manis! Ini 16 Pantang Larang Herba Buat Mak Buyung

Ibu Hamil TAK BOLEH Makan Kulit Kayu Manis! Ini 16 Pantang Larang Herba Buat Mak Buyung

Dalam kalangan masyarakat kita, penggunaan ubatan tradisional atau herba adalah sangat popular. Bagaimana pula dengan herbal untuk ibu hamil?

Persoalan ini timbul ekoran kekeliruan jika herba untuk ibu mengandung perlu atau tidak. Hakikatnya, ia mungkin memanfaatkan atau memudaratkan!

Menerusi artikel ini, kami akan kupaskan mengenai penggunaan herba dalam kalangan wanita hamil. Jom teruskan membaca dengan lebih lanjut.

Herba & ibu hamil

Meskipun pada zaman teknologi perubatan yang kian canggih kini, masih ada individu yang bergantung pada ubatan tradisional atau herba.

Golongan ibu hamil juga tidak terkecuali kerana mereka sudah pasti mahu mendapatkan kebaikan dan mengekalkan kesihatan diri ketika ini.

Kebanyakan pakar herba beranggapan bahawa herbal adalah pilihan yang lebih mudah, murah serta sihat untuk diambil ketika sedang mengandung.

Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa pakar perubatan profesional mungkin tidak mencadangkan herbal untuk ibu hamil atas alasan tertentu.herbal untuk ibu hamil

Sebagai contoh, Food & Drug Administration (FDA) menyatakan bahawa ada herba yang mungkin bagus namun ada juga yang tidak bagus buat ibu hamil.

Jadi, pilihan adalah terletak di tangan anda sendiri untuk memilih, mengambil dan mengelak sebarang jenis herba untuk ibu mengandung sebelum membuat keputusan.

Herbal untuk ibu hamil yang bagus

Ketika sedang hamil, adalah sangat penting untuk kalian mengambil suplemen seperti asid folik dan sebagainya untuk memastikan tubuh badan kekal sihat.

Selain memastikan si ibu hamil dapat kekal sihat, suplemen-suplemen ini juga mampu memberi manfaat kepada janin untuk membesar di dalam kandungan.

Bagaimana pula dengan herbal untuk ibu hamil? Adakah wujud sebarang jenis herba yang bagus untuk diambil oleh ibu mengandung?

Ya, mungkin ada dan berikut adalah beberapa jenis contohnya:

  • Akar halia – Ia mampu membantu melegakan keloyaan dan kepeningan yang biasa berlaku ketika mengandung
  • Bunga chamomile – Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang mampu mengatasi masalah sukar tidur dan sakit sendi
  • Bunga dandelion – Ia kaya dengan Vitamin A yang mampu melegakan masalah edema sederhana ibu mengandung
  • Daun jelatang – Ia kaya dengan vitamin A, C, K, kalsium, potasium dan zat besi yang bagus sebagai tonik kehamilan
  • Daun pudina – Ia mampu membantu melegakan mual-mual dan muntah-muntah akibat morning sickness
  • Daun rasberi – Ia kaya dengan zat besi yang mampu meningkatkan penghasilan susu badan selepas melahirkan
  • Jerami oat – Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang mampu melegakan kegelisahan, kepenatan dan keradangan
  • Kulit elm licin – Ia mampu melegakan kondisi pedih ulu hati serta keradangan pada faraj ketika kehamilan

herbal untuk ibu hamil

Herba tidak bagus untuk ibu mengandung

Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, wujud 2 kategori herbal untuk ibu hamil yakni: yang bagus dan tidak bagus untuk ibu mengandung ambil.

Herba yang tidak bagus diambil ini mungkin disebabkan oleh kesan sampingannya yang boleh menjejaskan tubuh badan ibu hamil serta janin dalam kandungan.

Jadi, jangan pandai-pandai ambil sebarangan herba untuk ibu mengandung ya? Persoalannya, apa jenis herba tidak bagus untuk diambil oleh ibu mengandung?

  • Akar kuning – Ia lebih dikenali sebagai goldenseal, dan boleh memberi kesan buruk pada plasenta dan janin
  • Ammi visnaga -Ia mungkin akan menyebabkan rangsangan yang berlebihan dan berbahaya pada rahim ibu hamil
  • Biji halba – Ia adalah herba yang biasa dijadikan suplemen namun mungkin boleh menyebabkan kontraksi
  • Bunga jagung – Ia mungkin menyebabkan ibu mengandung alami kesan diuretik akibat efek kompleks sianida
  • Bunga matahari – Ia mungkin mempengaruhi pergerakan otot rahim selain mengakibatkan gangguan kehamilan
  • Daun ganja – Ia adalah herba terlarang yang boleh menyebabkan masalah kehamilan dan kelahiran seperti bayi pramatang
  • Kulit kayu manis – Ia adalah herba rempah yang mungkin boleh menyebabkan toksik dalam badan ibu hamil
  • Saw palmento – Ia mungkin meningkatkan aktiviti hormon dalam tubuh badan yang tidak bagus untuk ibu mengandung

herbal untuk ibu hamil

Apa yang ibu hamil perlu buat?

Konklusinya, terdapat dua jenis kategori herbal untuk ibu hamil iaitu yang bagus untuk diambil serta tidak bagus ekoran kesan sampingan yang mungkin wujud.

Sebenarnya, pengambilan herba tradisional ini tidak dilarang namun tidak disarankan oleh doktor untuk diambil kerana kurangnya kajian secara terperinci.

Jika anda ingin mengambil apa-apa jenis herba untuk ibu mengandung, sila dapatkan pandangan daripada doktor sebelum membuat sebarang keputusan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Herbs to avoid during pregnancy. https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=35536. Accessed 27 May 2022.
  2. Herbs to avoid during pregnancy. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fphar.2019.01483/full. Accessed 27 May 2022.
  3. Herbs to avoid during pregnancy.https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/is-it-safe/herbs-and-pregnancy-1003/Accessed 27 May 2022.
  4. Herbs to avoid during pregnancy.https://www.utep.edu/herbal-safety/populations/herbs-to-avoid-during-pregnancy.html. Accessed 27 May 2022.
  5. Herbs to avoid during pregnancy. https://www.mother.ly/life/herbs-avoid-during-pregnancy. Accessed 27 May 2022.

Versi Terbaru

27/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

6 Nutrien WAJIB Ada Dalam Susu Ibu Hamil, Barulah Janin Membesar Dengan Baik

Jenis-Jenis Vitamin & Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Hamil


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan