Ambrette

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Ambrette?

Ambrette adalah dari jenis tumbuhan. Biji dari tumbuhan ini, biasanya disediakan sebagai teh, diguna bagi merawat keadaan berikut, antaranya:

  • Masalah perut dan usus disertai kekejangan
  • Hilang selera makan
  • Kanser perut
  • Sakit kepala
  • Kekejangan otot
  • Histeria
  • Gonorrhea
  • Masalah paru-paru

Sesetengah menggunakan ia sebagai perangsang. Ia turut digunakan bagi merawat gigitan ular. Dalam makanan, ambrette adalah salah satu bahan dalam vermouth, bitter, dan produk lain.

Bagaimana ia berfungsi?

Belum ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana supplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pengamal herba atau doktor anda untuk informasi lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Ambrette?

Bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak. Ini kerana, ketika mengandung atau menyusukan, anda perlu mengambil ubat hanya atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mengalami alergi dengan mana-mana bahan dari Ambrette atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mengalami penyakit, kecacatan, atau sebarang masalah kesihatan.
  • Anda mengalami alergi jenis lain, seperti pada makanan, pengawet makanan, atau haiwan.

Regulasi bagi supplemen herba adalah kurang ketat berbanding regulasi bagi ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah pengambilan supplemen herba mestilah mengatasi risikonya sebelum penggunaan. Bincang dengan pengamal herba atau doktor anda untuk informasi lanjut.

Adakah Ambrette selamat digunakan?

Ambrette berkemungkinan tidak selamat jika diambil menerusi mulut mengikut jumlah ditemui dalam makanan. Keselamatan pengambilan dalam jumlah lebih besar tidak diketahui.

Ambrette juga berkemungkinan tidak selamat jika sejumlah kecil minyak larutnya disapu pada kulit. Bagi sesetengah orang, ambrette boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Ibu hamil dan menyusukan bayi:

Belum ada informasi yang meyakinkan tentang tahap keselamatan pengambilan ambrette sekiranya anda mengandung. Ambil langkah selamat dnegan mengelakkan penggunaan.

Ianya mungkin tidak selamat sekiranya ibu yang menjaga anak mengambil ambrette melalui mulut atau disapu pada kulit.

Ambrette kelihatan kekal dalam susu ibu, namun kepentingan ini masih belum diketahui.

Pembedahan:

Ambrette boleh memberi kesan pada gula dalam darah dan mengganggu kawalan gula dalam darah ketika dan selepas pembedahan. Hentikan penggunaan ambrette sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Ambrette?

Beberapa kesan sampingan boleh berlaku ketika penggunaan ubatan ini, antaranya:

  • Reaksi kulit alergik (dinamakan contact dermatitis)
  • Sensitif pada cahaya
  • Pewarnaan bahagian kulit (dinamakan hiperpigmentasi)

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Ambrette?

Supplemen herba ini mungkin berinteraksi dengan ubatan semasa atau keadaan kesihatan anda. Bincangkan bersama pengamal herba atau doktor anda sebelum penggunaan.

These heath conditions may interact with your herbal, including:

Beberapa keadaan kesihatan yang mungkin berinteraksi dnegan herba termasuklah:

  • Ambrette boleh mengurangkan kadar gula dalam darah. Perhatian perlu diberikan ketika penggunaan ubatan yang boleh mengurangkan kadar gula dalam darah. Pesakit yang mengambil ubatan kencing manis melalui mulut atau insulin perlu diperhatikan secara berterusan oleh pengamal perubatan yang disahkan, termasuklah ahli farmasi. Pengubahsuaian ubatan mungkin diperlukan.
  • Ambrette mungkin menyebabkan pewarnaan pada kulit (hiperpigmentasi) dan meningkatkan sensitiviti pada cahaya matahari. Penggunaan ambrette bersama fotopemeka mungkin meningkatkan kadar sensitiviti ini.

Ambrette mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Ambrette yang biasa digunakan?

Untuk semblit:

Dos untuk supplemen herba mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung dengan usia anda, keadaan kesihatan, dan beberapa faktor lain. Supplemen herba tidak selalunya selamat. Bincang dengan pengamal herba atau doktor anda tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Ambrette?

Ambrette boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Minyak bijian

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cik Abang Selalu Letih & Badan Menyusut? Itu Tanda Hormon Tak Seimbang!

    Ketidakseimbangan hormon boleh menjadi punca pelbagai masalah berkaitan kesihatan, tidak kira sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    Payudara Kemerahan & Sakit? Mungkin Sebab Jangkitan Bakteria! AWAS, Boleh Ancam Nyawa!

    Pernah dengar penyakit selulitis pada bahagian payudara? Umumnya, keadaan tersebut terjadi berpunca daripada jangkitan bakteria.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Kulit, Pusat Kesihatan 14/12/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Rawat Sakit Kepala Semasa Hamil? Kenal Pasti Puncanya Sebab Ia Berbeza Ikut Trimester

    Sepanjang tempoh mengandung, kepala kerap berdenyut? Adakah sakit kepala ketika hamil satu keadaan yang normal? Ikuti penjelasannya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 01/12/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pil perancang keluarga

    AWAS Wanita! Anda Berisiko Alami Masalah Darah Beku Jika Ambil Pil Perancang Jenis Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    cara menghilangkan sakit kepala

    Info Lengkap Mengenai Sakit Kepala: Kenali Jenis, Punca & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 4 minit bacaan
    pening kepala

    Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi? Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
    mi segera

    Layan Betul Makan Mi Segera Sambil Tonton Drama Korea, Tapi AWAS, Bahaya Untuk Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan