backup og meta

Buat 3 Petua Ini Kalau Tak Nak Telur Ikan Mayong Pecah Ketika Dimasak, Mesti Cuba!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/05/2023

    Buat 3 Petua Ini Kalau Tak Nak Telur Ikan Mayong Pecah Ketika Dimasak, Mesti Cuba!

    Bagi orang-orang lama, hidangan telur ikan mayong boleh dikatakan sebagai antara masakan yang paling digemari. Ini kerana, ia agak jarang dijual di kedai-kedai makan mahupun restoran.

    Telur ikan itu sendiri yang bersaiz besar membuatkan ia sering menjadi buruan ramai.

    Namun, ada kalanya telur yang dimasak sendiri di rumah akan mudah pecah. Jika telur sudah pecah, lauk akan menjadi kurang cantik.

    Jadi, apa tip yang boleh anda buat untuk elakkan telur ikan ini kekal cantik apabila dimasak? Ikuti petua di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Masakan telur ikan mayong

    telur ikan mayong

    Di negeri-negeri selatan khususnya Johor, ikan mayong atau telurnya biasa dimasak asam pedas.

    Manakala di bahagian utara seperti Kedah atau Perlis, ikan ini lebih gemar dimasak gulai mahupun kari.

    Apa pun kaedah memasaknya, ia sebenarnya bergantung kepada citarasa anda sendiri.

    Walaupun sekadar hidangan kari atau asam pedas, perkara yang paling rumit sewaktu memasak hidangan ini ialah pada cara menyediakan telur ikan tersebut.

    Bagi mereka yang pertama kali atau tidak biasa menyediakan hidangan ini, telur ikan mayong pasti akan pecah dan menjadikan lauk yang dimasak kurang cantik.

    Oleh itu, bagi mengelakkan ia berulang, anda boleh cuba tiga tip di bawah ini untuk elakkkan telur ikan menjadi pecah.

    Tip 1: Rendam dahulu dalam air

    telur ikan mayong

    Bahan-bahan:

    • Telur ikan mayong
    • Air

    Cara-caranya:

  • Rendamkan telur ikan yang hendak dimasak di dalam bekas berisi air dengan suhu bilik.
  • Masak kuah gulai, kari atau lauk anda terlebih dahulu sehingga mendidih.
  • Kemudian, tapis telur daripada air rendaman dan masukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih. Pastikan api lauk tidak terlalu kuat.
  • Kacau perlahan-lahan sehingga kuah kembali mendidih dan telur ikan agak masak.
  • Tutup api segera dan tutup periuk lauk anda. Biarkan telur masak sendiri dalam kuah yang masih panas. Cara ini boleh mengelakkan telur menjadi pecah dan terlebih masak. 
  • Tip 2: Rendam dengan air kapur

    Bahan-bahan:

    • Telur ikan mayong
    • Air kapur
    • Air 

    Cara-caranya:

    1. Basuh atau bilas telur ikan sehingga bersih secara perlahan-lahan.
    2. Kemudian, sediakan air kapur dalam besen atau bekas.
    3. Rendamkan telur ikan yang telah dibasuh ke dalam air kapur selama 10 minit.
    4. Setelah 10 minit berlalu, toskan telur ikan daripada air kapur dan bilas sehingga bersih.
    5. Panaskan air dalam periuk dan rebus telur ikan seketika.
    6. Sedia untuk dimasak dengan lauk kegemaran anda.

    Tip 3: Kukus telur ikan

    telur ikan mayong

    Bahan-bahan:

    • Telur ikan mayong
    • Air dalam periuk kukusan

    Cara-caranya:

    1. Basuh bersih telur ikan secara perlahan-lahan.
    2. Kemudian, panaskan periuk kukusan yang telah berisi air.
    3. Masukkan telur ikan ke dalam periuk.
    4. Jika mahukan telur ikan yang benar-benar masak sepenuhnya, kukus ia lebih lama.
    5. Setelah siap dikukus, anda boleh masukkan ke dalam kuah atau lauk anda.

    Ekstra, resipi telur ikan masak lemak!

    Biasanya, telur ikan ini akan dimasak kari atau asam pedas. Apa kata, anda cuba memasaknya dengan masak lemak pula.

    Ikut resipi di bawah ini:

    Bahan-bahan: 

    • Telur ikan
    • Santan segar
    • 10 – 15 biji cili padi (dikisar)
    • 2 inci kunyit hidup (dikisar)
    • Asam keping
    • 2 batang serai (dititik)
    • Daun kunyit (dihiris halus)
    • Sedikit garam

    Cara-caranya:

    1. Masukkan santan, cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar ke dalam periuk. 
    2. Panaskan periuk. Pastikan api tidak terlalu besar. Anda juga perlu sentiasa mengacau kuah santan tersebut sehingga mendidih bagi mengelakkan santan pecah. 
    3. Dalam masa yang sama, masukkan asam keping, serai yang telah dititik dan juga garam ke dalam periuk.
    4. Apabila kuah sudah mendidih, barulah telur ikan boleh dimasukkan. Kacau sebentar perlahan-lahan bagi memastikan ia masak sekata. 
    5. Masukkan hirisan daun kunyit bagi menaikkan lagi rasa dan aroma masak lemak anda.
    6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

    Kesimpulan

    Telur ikan tidak akan pecah jika anda tahu teknik penyediaannya yang betul.

    Anda boleh cuba tiga teknik di atas sewaktu anda hendak memasak telur ikan ini.

    Percayalah, telur ikan tidak akan pecah dan lauk yang dihidangkan pasti akan lebih menarik. Selamat mencuba ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan