backup og meta

Disengat Kala Jengking Berbisa, Ini Tindakan Yang Sepatutnya Anda Lakukan!

Disengat Kala Jengking Berbisa, Ini Tindakan Yang Sepatutnya Anda Lakukan!

Kadangkala, tanpa kita sangka, ada haiwan yang berbahaya lagi berbisa seperti kala jengking masuk ke rumah kita. Jika haiwan kecil ini berhabitat di dalam rumah anda, apa yang boleh dilakukan untuk menghalaunya?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Jangan main-main dengan kala jengking!

Untuk pengetahuan anda semua, kala jengking adalah sejenis haiwan daripada keluarga Araknid sama seperti hama, kutu dan labah-labah dengan identiti khas mempunyai 8 pasang kaki.

Uniknya, haiwan ini turut memiliki 8 pasang kaki namun 2 kaki hadapannya berbentuk penyepit yang menyerupai ketam. Ekornya pula boleh melentur, menyengat dan mengeluarkan bisa.

Bisa inilah yang boleh mendatangkan bahaya kepada haiwan lain termasuk manusia. Jika individu terkena sengatan haiwan ini, ia bakal menyebabkan pelbagai komplikasi buruk seperti kulit merah, gatal dan sakit serta yang paling menakutkan, maut.

Meskipun cuma sekitar 30 daripada 1,500 spesies haiwan ini yang mempunyai racun pada tahap tertinggi, namun ia masih tidak boleh dipandang ringan dan anda harus mencari jalan untuk ia kekal jauh daripada rumah atau diri sendiri.

kala jengking

Jika haiwan ini hadir atau tinggal di dalam rumah anda, bagaimana pula cara untuk mengusirnya?

Bagaimana cara mengusirnya dari dalam rumah?

Sebenarnya, haiwan ini turut akan cuba menjauhi serta menghindari daripada bersemuka dengan manusia namun adalah tidak mustahil untuk ia berada di sekitar perkarangan kediaman anda.

Terutamanya kalau anda tinggal di kawasan kampung yang penuh hutan atau semak, risiko untuk kalian bertembung dengan kala jengking adalah tinggi lantas membahayakan diri dan keluarga.

Jadi, ada beberapa cara individu boleh cuba bagi mengusir haiwan ini seperti berikut:

#1. Sila potong rumput di laman rumah dengan kerap

Pertama, haiwan ini amat gemar berhabitat di kawasan rumput yang luas dan tinggi ekoran boleh bersembunyi daripada pemangsa lain seperti cerpelai, kelawar, ular, biawak serta manusia.

Jadi, sila potong rumput di laman rumah agar ia kekal rendah atau simenkan sahaja kawasan itu.

Cegah kala jengking masuk rumah #2. Buang semua batu & kayu

Dalam pada itu, mereka turut gemar mendiamkan diri di bawah batu atau kayu di sekitar kawasan rumah anda. Dalam usaha mengelakkan diri daripadanya, anda perlu menyingkirkan semua batu dan kayu yang ada di perkarangan laman rumah.

kala jengking

Elak kala jengking masuk rumah #3. Periksa alat kebun @ ladang

Sama seperti labah-labah, mereka juga biasa menjadikan alat ke kebun atau ladang seperti kasut, sarung tangan, topi jerami, mesin rumput dan lain-lain sebagai tempat persembunyian. Sebelum menggunakannya, tolong kibas-kibas terlebih dahulu.

#4. Individu juga boleh bela haiwan pemangsa yang lain?

Di kawasan rumah terutama mereka yang ada kebun atau ladang sendiri, majoriti individu biasa membela haiwan pemangsa lain seperti burung hantu untuk menghapuskan haiwan perosak.

Menariknya, ia secara tidak langsung akan mengurangkan potensi untuk haiwan ini berhabitat di kawasan rumah ekoran adanya rantaian makanan semula jadi sekali gus membuat anda lebih selamat.

Baca lagi artikel berkaitan:

#5. Berwaspada ketika berjalan di kawasan berisiko tinggi!

Akhir sekali, anda juga perlu lebih berhati-hati ketika berjalan di kawasan berisiko tinggi seperti di hutan, semak, kebun, ladang terutama jika ia banyak rumput, batu, kayu dan peralatan lama.

Sebaiknya, sila pakai kasut serta pakaian yang sesuai ketika berada di kawasan sebegini agar risiko untuk haiwan ini naik ke kaki dan tubuh badan lalu menyengat anda akan dapat dikurangkan.

Apa perlu buat kalau anda disengat haiwan ini?

kala jengking

Meskipun anda sudah berwaspada menjauhkan diri daripada mereka, malang itu tidak berbau dan risiko untuk disengat masih ada. Jika perkara ini berlaku, tenang dan lakukan langkah berikut:

  1. Segera buang haiwan ini dengan cermat daripada kulit anda.
  2. Cuci kawasan sengatan dengan menggunakan air bersih dan sabun.
  3. Bubuh air batu ke kawasan sengatan untuk menghilangkan rasa sakit.
  4. Pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan antidot bagi merawat bisa (jika perlu).

JANGAN pula anda terpedaya dengan mitos popular di televisyen di mana individu perlu mengikat dan menghisap bisa dari haiwan ini keluar dengan menggunakan mulut. Ia membahayakan!

Sebaiknya, sila ikut langkah di atas dan segera berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Scorpions, https://www.mountsinai.org/health-library/poison/scorpions, Accessed Aug 30 2022.
  2. Facts About Scorpion Bites, Scorpion Control, https://www.pestworld.org/pest-guide/occasional-invaders/scorpions/, Accessed Aug 30 2022.
  3. Best Practices Guide to Scorpion Removal and Prevention, https://www.cvmosquito.org/sites/g/files/vyhlif4551/f/pages/best_practices_scorpion_removal.pdf, Accessed Aug 30 2022.
  4. Scorpion Stings, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17860-scorpion-stings, Accessed Aug 30 2022.
  5. How to treat scorpion stings, https://scoutlife.org/outdoors/wilderness-first-aid-qa/37883/how-to-prevent-and-treat-scorpion-stings/, Accessed Aug 30 2022.

Versi Terbaru

16/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Terbau Tahi Tikus Di Rumah? Ini 6 Tanda Kediaman Anda Sudah Jadi Sarang 'CIK TI'!

'Cik Ti' Bersarang Dalam Rumah? Buat 7 Cara Halau Tikus Ini, Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan