Anda pernah lihat semut Charlie berjalan di sekitar kawasan kediaman? Jika ada, tolong elak dan cegah daripada berada dekat dengan spesies semut yang paling berbahaya ini kerana ia membawa bisa yang boleh memudaratkan tubuh badan manusia!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Anda pernah lihat semut Charlie berjalan di sekitar kawasan kediaman? Jika ada, tolong elak dan cegah daripada berada dekat dengan spesies semut yang paling berbahaya ini kerana ia membawa bisa yang boleh memudaratkan tubuh badan manusia!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.
Juga popular dengan nama semut semai, semut kayap atau rove beetle, ia adalah spesies serangga dari keluarga kumbang yang unik kerana mempunyai rupa bentuk seperti semut tetapi agak besar selain memiliki warna hitam berbelang merah dan berbahaya.
Baca lagi artikel berkaitan:
Empunya nama saintifik Staphylinidae ini turut wujud di Malaysia dan biasa mendiami kawasan semak-samun terutama di hutan, padang serta sawah. Ia juga amat tertarik dengan cahaya lampu.
Sebenarnya, serangga ini memiliki sayap dan mempunyai kemampuan untuk terbang tetapi agak jarang kita semua dapat lihat kerana ia lebih gemar berada di atas tanah.
Walaupun tidak banyak kes ia mengganggu dan menggigit manusia, namun risiko untuk ia terjadi masih tinggi terutama apabila serangga ini terasa terancam dengan keberadaan anda di habitat mereka.
Apa yang lebih menakutkan adalah gigitan semut ini ada bisa yang akan memudaratkan manusia!
Untuk pengetahuan anda semua, semut Charlie tergolong di dalam kategori serangga berbisa. Ia dipercayai mengandungi bisa yang 10 kali ganda lebih tinggi berbanding seekor ular tedung.
Di dalam tubuh badan mereka, terdapat sejenis toksin iaitu Pederin – bisa yang paling bahaya di dunia. Apabila ia terdedah kepada manusia, akan muncul banyak gejala terutama pada kulit.
Mungkin ramai yang akan sangka bahawa bisa serangga ini akan terdedah kepada manusia melalui gigitan sedangkan ini tidak benar kerana ia hanya boleh tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit.
Jika bisa ini berpindah daripada badan semut ke badan manusia, berikut adalah gejala yang biasa berlaku:
Sekiranya bisa serangga ini terkena pada organ mata pula, ia akan menyebabkan kondisi konjunktivitis yang lama-kelamaan boleh mengakibatkan kebutaan jika tidak dibawa dan dirawat oleh doktor.
Diingatkan sekali lagi, semut Charlie bukan mengeluarkan bisanya melalui gigitan tetapi sentuhan. Ini bermakna anda tidak boleh menyentuh atau memegang secara langsung dengan anggota badan.
Namun malang itu tidak berbau dan jika ia berlaku, ikuti langkah berikut agar tidak timbul bahaya:
Meskipun masih belum wujud ubatan atau rawatan khusus untuk menangani bisa semut ini, tetapi anda masih boleh mencuba langkah-langkah di atas tadi mengikut urutan serta panduan yang betul.
Dalam pada itu, anda juga mungkin boleh mempraktikkan tip-tip tradisional seperti meletakkan gel lidah buaya, minyak gamat atau minyak angin bagi meringankan gejala yang bersifat ringan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sesungguhnya, mencegah adalah jauh lebih baik daripada mengubati bagi setiap situasi kesihatan dan kecemasan. Begitu juga hal untuk mengelak kesan buruk akibat gigitan semut Charlie.
Antara ikhtiar yang individu boleh cuba adalah meletakkan ubat gegat, menyemburkan racun serangga atau belerang di sekitar kawasan rumah anda agar haiwan berbisa ini boleh menjauhi kediaman anda.
Anda juga boleh cuba mematikan setiap lampu apabila ia tidak digunakan kerana semut ini gemar datang kepada cahaya sama seperti kelekatu, bentuk serangga seperti anai-anai sebelum hilang sayap.
Dalam pada itu, elakkan juga daripada menepis atau menepuk semut ini apabila ia mula merayap di atas badan anda. Sentuhan secara langsung itu boleh mendedahkan anda kepada bisanya.
Konklusinya, jauhi diri daripada serangga ini dan jangan sesekali sentuh atau pegang dengan tangan ya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen