backup og meta

Terbau Tahi Tikus Di Rumah? Ini 6 Tanda Kediaman Anda Sudah Jadi Sarang 'CIK TI'!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/09/2022

    Terbau Tahi Tikus Di Rumah? Ini 6 Tanda Kediaman Anda Sudah Jadi Sarang 'CIK TI'!

    Kewujudan taik tikus yang mungkin berada di celah-celah perabot boleh menjadi tanda utama rumah anda diserang ‘cik ti’. Selain tahi tikus, terdapat beberapa lagi kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal pasti kewujudan haiwan perosak ini. Apa caranya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

    Ini 6 tanda rumah menjadi sarang tikus, termasuklah kehadiran taik tikus

    Terdapat beberapa tanda yang boleh dilihat untuk memastikan kewujudan tikus dalam rumah anda. Tanda yang biasa dilihat ialah tahi tikus yang bersepah di kawasan laluan atau sarangnya.

    Untuk mendapatkan info yang lebih jelas, anda boleh lihat kepada enam tanda yang telah disenaraikan di bawah ini: 

    #1. Kewujudan taik tikus

    taik tikus

    Tahi tikus yang masih baru akan berwarna lebih gelap dan lembap. Taik tikus yang sudah lama pula akan berwarna sedikit cerah dan juga kering.

    Tahi tikus tidaklah sebesar seperti taik kucing. Ia mungkin hanya sebesar saiz biji beras sahaja, tetapi dalam kuantiti yang agak banyak.

    Biasanya, anda boleh melihat kehadiran taik tikus ini berdekatan dengan bungkusan makanan, di dalam laci atau almari, di bawah sinki, di celah-celah perabot dan di sepanjang laluan tikus.

    Selain itu, anda juga akan menemui jumlah tahi tikus yang lebih banyak di kawasan di mana ia membuat sarang atau menjaga anaknya. 

    #2. Ada kesan gigitan tikus

    Kesan gigitan tikus yang masih baru pada kayu atau perabot memiliki warna lebih cerah. Namun, bagi kesan gigitan yang telah lama, ia biasanya mempunyai warna yang lebih gelap.

    Gigitan tikus ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Namun ia biasa dijumpai pada pembungkus makanan atau pada dinding-dinding kayu.

    Jika anda menemui kesan gigitan yang masih baharu, ini bermakna bahawa tikus berada di kawasan tertentu atau menjadikan kawasan tersebut sebagai laluannya.

    Kesan gigitan yang lebih besar menandakan saiz tikus yang lebih besar. Manakala kesan gigitan yang lebih kecil menandakan saiz tikus yang kecil sahaja. 

    #3. Berbau busuk

    Jika kucing anda menghidu sesuatu dan kemudiannya menjadi teruja atau aktif, ini bermakna bahawa kucing anda menghidu kehadiran tikus di kawasan tersebut.

    Hal ini kerana kucing anda telah menghidu bau air kencing tikus yang masih baru di tempat tersebut.

    Jika kawasan tersebut telah menjadi sarang tikus, anda boleh menghidu bau ammonia atau kencing tikus yang kuat secara berpanjangan.

    taik tikus

    Ambil lampu suluh dan cuba lihat di kawasan-kawasan yang sempit untuk memastikan kewujudan tikus. 

    #4. Terdapat kesan laluan tikus

    Anda boleh melihat tanda-tanda seperti kesan-kesan comot, kesan tapak kaki, kesan air kencing dan juga taik tikus di sepanjang laluan tikus.

    Sekiranya tikus masih lagi aktif bersarang dalam kawasan rumah anda, laluan tikus ini boleh dikenal pasti dengan mudah kerana tanda-tanda yang dinyatakan tadi menjadi lebih banyak dan baru.

    Jika anda mengesyaki bahawa kawasan tersebut telah menjadi laluan tikus, cuba taburkan lapisan tepung atau bedak yang nipis di kawasan terbabit.

    Jika tikus berkeliaran secara aktif di kawasan itu, anda mungkin boleh melihat kesan tapak kaki yang lebih jelas pada tepung atau bedak yang telah ditaburkan sebelum ini. 

    #5. Ada sarang tikus

    Tikus biasanya akan menggunakan helaian kertas, kain atau daun-daun yang kering untuk membuat sarangnya.

    Sekiranya anda menjumpai kesan taik tikus yang masih baru atau tanda-tanda lain kewujudan tikus di sekitar sarangnya, ini bermakna tikus tersebut masih lagi berada di sekitar kawasan tersebut. 

    #6. Anda mendengar bunyi menggaru atau berkerik

    taik tikus

    Waktu malam merupakan waktu di mana tikus menjadi lebih aktif di dalam rumah.

    Jika anda mendengar bunyi menggaru atau berkerik di atas bumbung atau di sebalik dinding kayu, ini bermakna ada tikus yang masih aktif berkeliaran dalam rumah anda.

    Anda juga mungkin akan mendengar bunyi sesuatu yang bergerak di belakang kabinet.

    Sekiranya anda mempunyai kucing di rumah, cuba letakkan kucing anda di kawasan tersebut dan lihat jika kucing anda memberikan perhatian terhadap bunyi-bunyi itu.

    Kucing anda juga boleh membantu menangkap tikus tersebut!

    Ini cara nak tahu saiz populasi tikus dalam rumah

    Jika anda melihat tikus hanya pada waktu malam dan bukannya pada waktu siang, jumlah atau populasi tikus tersebut mungkin tidak terlalu banyak.

    Anda boleh menggunakan perangkap dan juga umpan untuk menangkapnya. Namun jika anda terlihat tikus pada siang hari, berserta tahi tikus baru yang agak banyak, saiz populasi tikus tersebut berkemungkinan agak besar.

    Jika tikus dijangkakan agak banyak, anda tidak boleh menggunakan perangkap yang kecil kerana ia tidak berkesan.

    Anda perlu menghubungi pihak atau syarikat yang menawarkan servis menghapuskan haiwan perosak untuk menghalau atau ‘menyahkan’ tikus-tikus tersebut daripada rumah anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan