backup og meta

11 Cara Halau Semut Semula Jadi, Guna Kapur Tulis Pun Boleh, Cubalah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/10/2022

    11 Cara Halau Semut Semula Jadi, Guna Kapur Tulis Pun Boleh, Cubalah!

    Sudah puas menggunakan spray tetapi masih banyak semut di dalam rumah? Jangan bimbang, Hello Doktor akan kongsikan 11 cara halau semut secara semula jadi yang boleh anda cuba. Pasti berkesan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

    11 cara halau semut secara semula jadi

    Terdapat banyak cara untuk menghapuskan semut dan koloni mereka di dalam rumah. Dalam sesetengah kes, beberapa penyelesaian semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia atau toksin mungkin berkesan untuk membantu.

    Berikut beberapa petua boleh anda cuba:

    1. Serbuk lada hitam atau lada merah

    Lada hitam atau lada merah (cayenne) adalah penghalang semut semula jadi kerana baunya yang menjengkelkan. 

    Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menaburkan serbuk lada ini pada tempat keluar masuk semut.

    2. Daun pudina, cara halau semut dalam rumah

    Daun pudina adalah penghalau serangga semula jadi yang berkesan. 

    Cara yang boleh anda cuba adalah:

    1. Campurkan 10 hingga 20 titis minyak pati (essential oil) pudina dengan 2 cawan air dalam botol semburan plastik bersih.
    2. Semburkan campuran pada tingkap dan bahagian dinding laluan semut.
    3. Biarkan semburan mengering dan ulangi mengikut keperluan.

    cara halau semut

    Seperti kebanyakan minyak pati, jauhkan minyak pati pudina daripada haiwan peliharaan khususnya kucing.

    3. Cuka 

    Cuka adalah petua murah dan berkesan untuk menghalau semut. Ia juga merupakan agen pembersih semula jadi. Semut boleh menghidu bau cuka selepas ia kering dan amat membencinya.

    Campurkan cuka dan air dengan nisbah 1:1 untuk membersihkan permukaan keras, termasuk lantai, atas meja dan di mana sahaja laluan semut. 

    4. Serbuk kopi

    Serbuk kopi juga amat berkesan dalam menghalau semut.

    Anda boleh percikkan air kopi pada permukaan kertas dan biarkan di kawasan semut berkumpul seperti mangkuk makanan haiwan peliharaan. 

    Cara lain yang boleh dilakukan dengan menaburkan serbuk kopi pada tempat laluan semut.

    Baca juga:

    5. Lemon

    Anda boleh menyembur atau mengelap jus lemon untuk mengurangkan daya tarikan semut dengan membuang jejak feromon dan menutup bau makanan.

    Jika anda ingin menghalau semut di dapur atau bilik air, tukar kepada pembersih wangian lemon atau sitrus.

    6. Kulit buah sitrus, antara cara halau semut dalam rumah

    Selain daripada jusnya, anda juga boleh menggunakan kulit lemon, atau sebarang buah-buahan sitrus lain.

    Caranya adalah dengan meletakkan kupasan kulit sitrus pada laluan aktif semut atau di dalam kabinet di dapur.

    7. Kayu manis 

    cara halau semut

    Bahan semula jadi ini juga amat bagus dalam menghalau semut. Terdapat beberapa cara yang boleh anda cuba, seperti:

    • Menabur serbuk kayu manis pada laluan semut atau sekitar sarangnya
    • Campurkan beberapa titis minyak pati kayu manis dengan air dan semburkan pada laluan semut, sekeliling pintu, tingkap dan retakan dinding
    • Titiskan minyak pati kayu manis pada bebola kapas dan kemudian lekatkan ia pada kawasan bermasalah

    Semut benci akan bau kayu manis. Maka ini merupakan cara terbaik untuk menghalau serangga ini selagi bau itu kekal.

    8. Kapur tulis

    Lukiskan garisan menggunakan kapur pada laluan semut masuk ke rumah anda. Ia akan bertindak sebagai penghalang buat serangga ini. Pastikan anda melukis semula garisan secara berkala.

    Betul ke cara ini berkesan? Sebenarnya tidak dapat dipastikan mengapa petua ini berkesan. Ada yang berpendapat ia adalah kerana semut tidak menyukai kalsium karbonat yang terdapat dalam kapur.

    Cara halau semut dalam rumah #9. Bedak bayi

    Penggunaan bedak bayi sebagai cara menghalau semut secara semula jadi adalah sama seperti kapur.

    Buatkan garisan kecil serbuk untuk membentuk penghalang semut daripada memasuki rumah anda. 

    10. Cengkih

    Taburkan beberapa ulas bunga cengkih pada kawasan anda melihat koloni semut – terutamanya pada bahagian pintu masuk. Penggunaan minyak pati juga dibolehkan.

    Cara ini didapati berkesan kerana semut tidak menyukai bau bunga cengkih yang kuat. Ia tidak akan membunuh semut tetapi cukup untuk menghalau serangga kecil ini daripada rumah anda.

     11. Pokok dalam rumah, cara halau semut semula jadi

    Sebelum ini penulis pernah berkongsikan mengenai pokok penghalau nyamuk. Tetapi sebenarnya ada juga pokok boleh menghalau semut, seperti:

    Selasih 

    Herba ini telah digunakan untuk kawalan perosak sejak zaman purba, kerana aroma dan minyaknya yang kuat. Sebagai bonus, ia juga dapat menjadikan masakan sedap!

    Lavender

    Pokok lavender adalah pilihan semula jadi yang baik untuk mengelakkan pepijat dan serangga. Bahkan tumbuhan ini juga tampak hebat di atas meja sebagai hiasan, betul tak?

    cara halau semut

    Rosemary, cara halau semut dalam rumah

    Apabila menyebut rosemary, mungkin anda terbayangkan hidangan yang lazat. Tetapi sebenarnya herba ini juga bagus untuk menghalau serangga dan pepijat dengan harumannya yang kuat.

    Lemon balm

    Apa yang menjadikan tumbuhan begitu berkesan sebagai penghalau serangga adalah tahap tinggi sebatian dipanggil sitronelal. 

    Oleh itu, daripada menggunakan penghalau kimia toksik, letakkan sahaja tumbuhan balsem lemon di rumah anda untuk menjauhkan pepijat.

    Sage

    Bau dan minyak daripada tumbuhan ini yang kuat dapat bertindak untuk menghalau serangga dan pepijat.

    Memastikan kebersihan setiap bahagian rumah, khususnya kawasan dapur turut dapat membantu menghilangkan kehadiran semut. Semoga petua yang dikongsikan ini, berkesan untuk membantu anda menghalau semut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan