backup og meta

'Cik Ti' Bersarang Dalam Rumah? Buat 7 Cara Halau Tikus Ini, Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/07/2023

    'Cik Ti' Bersarang Dalam Rumah? Buat 7 Cara Halau Tikus Ini, Berkesan!

    Jika tikus sudah mula bersarang dan membiak dalam rumah, anda akan terbau kencing tikus yang agak kuat. Bagi mengelakkan masalah seperti ini, anda perlu mencari cara menghalau tikus yang berkesan. Jika tidak tahu apakah yang perlu dibuat, ini kami kongsikan cara halau tikus dalam rumah yang paling efektif. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

    Cara halau tikus dalam rumah yang anda boleh buat

    cara halau tikus

    Tiada siapa yang mahu tinggal sebumbung dengan haiwan perosak seperti tikus. Tambahan pula, tikus merupakan antara jenis haiwan perosak yang boleh membiak dengan pantas dan banyak.

    Jika tidak dihapuskan dengan segera, ia boleh mengundang masalah yang lebih besar kelak. Oleh itu, ikuti beberapa tip atau cara halau tikus dalam rumah yang kami sediakan ini:

    #1. Buat pemeriksaan dalam rumah

    Sebelum anda menghapuskan tikus daripada kediaman, anda perlu melakukan pemeriksaan penuh untuk melihat segala sarang atau punca tikus berada dalam rumah anda.

    Di kawasan luar rumah, lihat pada segala kerosakan atau lubang yang ada pada parit, pintu rumah, lubang-lubang laluan udara dan sebarang lubang atau ruang yang ada pada dinding luar rumah.

    Dalam kediaman anda pula, perhatikan segala lubang-lubang, atau sebarang ruang yang mungkin menjadi laluan tikus tersebut.

    #2. Tutup rapi segala ruang atau lubang

    Anda perlu tahu bahawa tikus tidak memerlukan lubang yang besar untuk memasuki kediaman anda.

    Malah, tikus boleh menyelit masuk melalui lubang yang hanya selebar dua jari anda sahaja.

    Oleh itu, jika anda menjumpai sebarang lubang atau ruang yang sebesar ini, tutup lubang tersebut dengan rapi.

    Anda boleh menggunakan berus kawat besi, kepingan logam, simen atau penutup silikon untuk menutupnya.

    Pastikan anda kerap memeriksa kembali lubang yang telah ditutup ini agar ia tidak dirosakkan semula oleh tikus. 

    #3. Bersihkan tempat persembunyian tikus

    Tikus amat gemar dengan kawasan yang gelap dan sempit. Antara cara halau tikus dalam rumah yang terbaik adalah dengan menghapuskan tempat-tempat persembunyian tikus ini.

    Bersihkan segala sampah sarap, perabot-perabot lama, dan ruang-ruang yang tersembunyi. Jangan lupa untuk kerap membersihkan stor di rumah anda. 

    #4. Gunakan kaedah penghalau tikus semula jadi

    Anda juga boleh menggunakan beberapa kaedah penghalau tikus secara semula jadi. Antara cara halau tikus dalam rumah yang boleh digunakan ialah seperti menggunakan minyak daun pudina dan bunga cengkih.

    Renjiskan minyak pudina atau taburkan bunga cengkih di sekitar kawasan laluan dan juga sarang tikus dalam rumah.

    cara halau tikus

    Selain itu, anda juga boleh menggunakan serbuk lada atau serbuk lada hitam dengan cara ditaburkan di luar kawasan lubang tikus.

    Cara ini boleh membuatkan hidung tikus terganggu dan membuatkan tikus menjauhi kawasan tersebut. 

    #5. Gunakan perangkap tikus

    Anda boleh mencuba kaedah bukan toksik iaitu dengan menggunakan umpan dan perangkap untuk memerangkap tikus.

    Perangkap tikus boleh didapati dengan mudah, namun pastikan ia tidak membahayakan kanak-kanak atau haiwan peliharaan anda yang kecil.

    Letakkan perangkap di sekitar kawasan yang disyaki menjadi laluan atau sarang tikus.

    Gunakan umpan yang selamat bagi perangkap yang diletakkan di dalam rumah seperti buah-buahan, keju atau bijirin

    #6. Pelihara kucing

    Salah satu cara halau tikus dalam rumah yang paling banyak diamalkan adalah dengan membela kucing.

    Kucing amat gemar untuk menangkap haiwan kecil seperti cicak, lipas dan juga tikus. Malah, kucing juga boleh menghidu bau tikus dan mengenal pasti lokasi sarang tikus dengan lebih tepat.

    Untuk pengetahuan anda juga, kehadiran kucing di rumah boleh menghalau tikus disebabkan bau kucing itu sendiri yang menyebabkan tikus ketakutan. 

    #7. Bersihkan halaman rumah anda

    Cara terakhir yang perlu anda pertimbangkan adalah dengan membersihkan halaman rumah anda anda, tidak kira di hadapan atau di belakang rumah.

    Buang segala perabot-perabot lama, kepingan kayu, sampah sarap dan lain-lain lagi daripada halaman rumah anda.

    Bersihkan semak jika ia sudah menjadi terlalu tinggi kerana ia boleh menjadi habitat yang amat sesuai untuk tikus bersarang. 

    Kesan buruk jika tikus bersarang dalam rumah anda

    cara halau tikus

    Pada peringkat awal, serangan tikus mungkin tidak menunjukkan kesan negatif yang begitu ketara dalam kediaman anda.

    Namun jika ia sudah mula membiak dan tinggal dalam tempoh yang lebih lama, ia boleh menyebabkan beberapa kerosakan dan ketidakselesaan dalam kediaman anda.

    Antaranya ialah:

    • Merosakkan struktur rumah anda seperti tiang, dinding dan saluran udara
    • Merosakkan perabot seperti meja dan kusyen kerusi
    • Merosakkan buku, kertas, majalah dan pakaian anda
    • Boleh menyebabkan litar pintas jika tikus mengunyah pendawaian elektrik dalam rumah
    • Menyebabkan bunyi bising yang kemudiannya menyukarkan anda untuk tidur lena pada waktu malam

    Oleh itu, segera hapuskan tikus dengan menggunakan cara halau tikus dalam rumah yang telah kami kongsikan di atas. Selamat mencuba! 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan