backup og meta

[PENTING] Kalau GIGI KEKAL Tercabut, Anda Kena Kutip, Kemudian Ikut 5 Langkah Ini!

[PENTING] Kalau GIGI KEKAL Tercabut, Anda Kena Kutip, Kemudian Ikut 5 Langkah Ini!

Siapa sahaja yang tidak panik jika berlaku situasi gigi kekal tercabut terutamanya jika anda tidak tahu apa perkara yang perlu dibuat.

Keadaan mungkin akan jadi lebih teruk andai gigi kekal tercabut kerana kehilangannya tidak berganti dengan tumbuh gigi yang baru.

Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu dibuat sekiranya gigi kekal tercabut? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini. 

Ia adalah tulang yang tidak begitu kuat?

Umum mengetahui bahawa gigi adalah sebahagian daripada sistem tulang yang wujudnya di atas gusi pada rahang individu.

Ia mempunyai fungsi untuk mengunyah atau menggigit makanan pejal agar ia mudah dicernakan di dalam perut kelak.

Sama seperti tulang di kawasan yang lain, ia juga boleh retak, patah atau tercabut dari akarnya akibat beberapa faktor tertentu.

Antara perkara yang boleh menyebabkan gigi tercabut adalah kemalangan, kecederaan, kerosakan mahupun sekadar proses pergantian gigi (gigi susu ke gigi kekal).

Mungkin anda tidak perlu risau jika ia berlaku akibat proses pergantian gigi, namun lain pula halnya jika gigi kekal tercabut.

Ini kerana ia tidak akan berganti dengan tumbuh gigi baru dan sesuatu perlu dilakukan untuk menangani situasi tersebut.

gigi kekal tercabut

Apa perlu buat jika gigi kekal tercabut?

Ia mungkin merupakan situasi yang tidak mampu dielakkan namun boleh diselamatkan jika anda tahu cara yang betul!

Untuk pengetahuan anda, gigi kekal yang tercabut itu mungkin boleh bertahan dan dipasang kembali pada gusinya.

Namun anda perlu bertindak dengan cepat dan tempoh waktu yang anda perlu beri perhatian adalah sekitar 30 minit.

Menurut American Association of Endodontist, anda kena ikuti 5 langkah ini jika gigi kekal tercabut tanpa dirancang:

#1. Kutip gigi yang telah tercabut

Bukan untuk dibuat kenangan sebaliknya anda perlu kutip gigi yang telah tercabut itu jika ia terjatuh di kawasan berhampiran.

Namun penting untuk anda tahu agar memegang gigi tersebut pada hujungnya dan bukan akarnya untuk mengelakkan ia rosak.

Setelah itu, sila periksa sama ada ia masih lagi berada pada kondisi yang baik dan simpan ia di dalam telapak tangan anda.

#2. Cuci gigi dengan air jika kotor

Normal untuk gigi yang tercabut menangkap kekotoran terutamanya jika ia jatuh di kawasan yang kotor seperti jalan raya.

Oleh itu, anda perlu bertindak segera dengan mencucinya menggunakan air bersih dan elakkan sabun atau sebarang bahan kimia.

Selain itu, anda juga diingatkan untuk tidak menggosok atau membalut gigi tersebut menggunakan kain, fabrik atau tisu.

gigi kekal tercabut

#3. Pasang kembali pada soketnya

Selepas kutip dan cuci gigi kekal tercabut, anda perlu cuba untuk memasangnya kembali pada soketnya (kawasan gusi gigi terbabit).

Caranya adalah dengan memegang hujung gigi tersebut dan dengan perlahan memasukkannya kembali ke dalam soket atau di atas soket.

Kemudian, pastikan ia kekal berada di situ dengan sentiasa menutup mulut dan menyokong kedudukannya dengan jari atau tangan anda.

#4. Pastikan gigi kekal lembap

Untuk pengetahuan anda, gigi anda masih berpeluang untuk dipasang kembali jika ia kekal berada dalam keadaan yang lembap.

Jika ia tidak mampu diletakkan kembali pada soketnya, anda boleh simpan ia di dalam mulut pada kawasan sebelah pipi.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menyimpan ia sementara di dalam susu atau tempat penyimpan gigi kecemasan.

#5. Berjumpa dengan doktor gigi

Akhir sekali, anda perlu datang membawa gigi tersebut berjumpa dengan doktor gigi untuk memasangnya kembali pada soket.

Namun, adalah dinasihatkan untuk anda melakukan langkah ini sebelum tempoh waktu 30 minit untuk menyelamatkan gigi kekal anda.

Sekiranya tidak sempat, anda masih berpeluang walaupun ia berada di luar kawasan mulut lebih dari sejam andai bernasib baik.

gigi kekal tercabut

Jika tidak, ini yang akan terjadi pada gigi!

Hakikatnya, sudah pasti wujud sebab di sebalik tempoh 30 minit dan 5 langkah menyelamatkan gigi kekal ini diperkenalkan.

Ia tidak wajar dipandang enteng dengan berfikiran bahawa anda boleh sewenang-wenangnya menggantikan ia dengan gigi palsu.

Ini kerana gigi kekal tercabut yang tidak diselamatkan dengan cara yang betul akan membuat ia rosak dan tidak lagi boleh dipasang serta berfungsi.

Selain itu, ia juga akan membawa kepada pelbagai lagi kesan sampingan yang lain termasuklah:

  • Merosakkan imej diri
  • Menjejaskan kesejajaran gigi yang tinggal
  • Menjejaskan kekuatan & kesihatan gigi lain
  • Melemahkan kemampuan untuk mengunyah makanan
  • Menjatuhkan semangat untuk bercakap

Oleh itu, segeralah bertindak jika gigi kekal tercabut dengan mengamalkan 5 langkah ini dalam tempoh masa 30 minit.

Jika terlambat, anda juga masih boleh cuba membawa gigi tersebut berjumpa doktor gigi untuk berkonsultasi.

Akhir kata, selamatkanlah gigi anda dalam usaha mengekalkan senyuman terindah!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Knocked out teeth. https://www.aae.org/patients/dental-symptoms/knocked-out-teeth/Accessed 11 March 2021.
  2. Must act fast tooth gets knocked. https://health.clevelandclinic.org/must-act-fast-tooth-gets-knocked/Accessed 11 March 2021.
  3. Knocked out teeth. https://www.dentalhealth.org/knocked-out-teeth. Accessed 11 March 2021.
  4. Knocked out teeth. https://www.nhs.uk/conditions/knocked-out-tooth. Accessed 11 March 2021.
  5. Dental injuries. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/injuries/dental-injuries/broken-or-knocked-out-tooth. Accessed 11 March 2021.

Versi Terbaru

20/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Gigi Berdenyut Buat Tidur Malam Anda Terganggu? Usah Gusar, Cubalah 6 Petua Ini!

PERHATIAN! Ini Sebab Mengapa Perlu Ambil Suntikan KANCING GIGI Selepas Kemalangan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan