backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Jangan Abaikan Kesihatan Gigi! Ini 8 Masalah Ortodontik Yang Lazim Berlaku

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/02/2023

Jangan Abaikan Kesihatan Gigi! Ini 8 Masalah Ortodontik Yang Lazim Berlaku

Pernahkah anda dengar mengenai ortodontik? Untuk pengetahuan anda, ortodontik merupakan satu aktiviti atau kerja untuk membetulkan posisi gigi atau mengelakkan sebarang masalah pada gigi seseorang.

Jika gigi anda senget, terlalu rapat, mengalami kerosakan tertentu atau tidak tersusun, anda boleh melakukan pembetulan menggunakan pendakap gigi atau braces.

Pakar ortodontik akan menggunakan perkakas ini untuk membantu menyusun kembali gigi kepada posisi asal mereka.

Jika dulu, hanya remaja sahaja yang menggunakan pendakap gigi, kini orang dewasa juga boleh melakukan rawatan ortodontik untuk membetulkan masalah pada gigi yang mereka alami.

Malah, rawatan ini boleh membantu sesiapa sahaja tidak kiralah berapa pun umur mereka untuk memiliki senyuman yang cantik dan sihat dan membetulkan masalah gigi pesakit.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkan di sini.

Masalah pada gigi (ortodontik) yang lazim

masalah gigi

Sebenarnya, masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak kiralah kanak-kanak atau orang dewasa. 

Mungkin ramai yang tidak sangka, gigi sebenarnya boleh bergerak lebih-lebih lagi selepas mengigit atau mengunyah.

Namun, dalam kalangan kanak-kanak, masalah pada gigi akan mula jadi ketara ketika mereka mencecah 7 tahun. Pada waktu ini, gigi susu mereka mula tercabut dan gigi kekal mula tumbuh.

Untuk ibu bapa, umur inilah yang paling sesuai untuk membawa anak berjumpa pakar ortodontik untuk sesi penilaian. 

Bagi orang dewasa pula, mereka mungkin mendapati gigi mereka makin merapat ke hadapan. Malah, gigitan juga akan jadi sukar disebabkan gigi yang tercabut.

Namun, semua masalah ini boleh dirawat dengan syarat gigi dan gusi anda sihat. Di bawah, kami senaraikan beberapa masalah ortodontik yang lazim berlaku.

1. Abnormal abruption

Abrupsi abnormal terjadi apabila gigi terkeluar daripada gusi pada tempat yang tidak sepatutnya.

Jika gigi tersebut tidak dapat tumbuh sepenuhnya, satu pembedahan kecil mungkin diperlukan untuk mengeluarkan gigi berkenaan sebelum melakukan sebarang rawatan ortodontik.

Baca juga:

2. Crossbite

Individu yang normal mempunyai rahang atas yang sedikit ke depan berbanding rahang bawah. Tetapi, mereka yang mempunyai crossbite mengalami perkara yang berlawanan.

Selalunya, crossbite terjadi apabila bahagian rahang bawah dan atas tidak sejajar. 

Untuk kanak-kanak yang masih membesar, masalah ini boleh dibetulkan menggunakan sejenis perkakas ortodontik yang dikenali sebagai palatal expander.

3. Penyempitan (crowding)

Crowding atau penyempitan akan terjadi apabila tidak ada ruang untuk gigi tumbuh pada kawasan gusi. Masalah ini berlaku apabila gigi terlalu besar, atau gusi terlalu kecil.

Jika perkara ini berlaku, pakar akan mencabut beberapa gigi atau membuat ruang lebih pada gusi melalui prosedur pembedahan.

4. Jarak yang terlalu banyak (excessive spacing)

Gigi juga boleh tumbuh jarak-jarak jika ada gigi yang tidak tumbuh atau tertanggal disebabkan kecederaan, kerosakan atau penyakit.

Selain itu, jika ada sebarang percanggahan dalam saiz rahang dan gigi, pesakit juga mungkin akan mengalami masalah ini.

Individu yang mengalami masalah ini perlu berjumpa pakar ortodontik untuk pembetulan. Jika tidak, ruang tambahan ini akan menyebabkan gigi beralih daripada posisi asalnya.

Masalah pada gigi 5: Gigitan terbuka (open bite)

masalah gigi

Seperti namanya, kondisi ini berlaku apabila gigi atas dan bawah tidak tertutup apabila mengunyah atau menggigit. Akibatnya, individu tersebut mempunyai ruang kosong di antara rahang atas dan bawah.

Bagi kanak-kanak, kondisi ini akan terjadi jika mereka dibiarkan menghisap ibu jari dalam satu jangka masa yang panjang.

6. Over bite

Bertentangan pula dengan gigitan terbuka, mereka yang mengalami over bite akan menggigit terlalu dalam, hinggakan gigi pada rahang atas bertindak menutup gigi pada rahang bawah sepenuhnya.

Selalunya, masalah ini berpunca daripada saiz rahang yang tidak sama.

Masalah pada gigi 7:Overjet

Overjet pula merupakan satu kondisi yang menyebabkan gigi pada bahagian depan tumbuh ke hadapan. Masalah ini berlaku disebabkan genetik, rahang yang tidak tumbuh dengan sempurna, gigi bawah hilang atau gigi geraham yang tidak sejajar.

Amalan seperti menghisap ibu jari juga boleh membuatkan keadaan ini jadi semakin teruk.

8. Underbite

Underbite berlaku apabila bahagian rahang bawah lebih panjang daripada bahagian rahang atas. Selalunya, masalah ini berlaku apabila bahagian rahang bawah mengalami pembesaran yang lebih atau rahang atas tidak membesar secara normal.

Kesimpulan

masalah gigi

Jika anda atau anak anda mempunyai sebarang masalah mengenai susunan gigi, pastikan anda membuat janji temu di klinik gigi secepat mungkin.

Sebarang masalah yang berkaitan ortodontik boleh menyebabkan kesukaran untuk bercakap dan menyebabkan gigi menjadi rosak lebih awal daripada biasa. Oleh itu, jangan sesekali ambil ringan masalah kerosakan gigi ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/02/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan