backup og meta

Jangan Abaikan Pembersih Lembut Berhidrasi Dan Pelembap Kulit Ketika Ramadan, Kulit Kering Boleh Cepatkan Proses Penuaan Kulit Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 26/01/2024

    Jangan Abaikan Pembersih Lembut Berhidrasi Dan Pelembap Kulit Ketika Ramadan, Kulit Kering Boleh Cepatkan Proses Penuaan Kulit Anda!

    Kulit kering ketika berpuasa? Badan tidak bermaya dan wajah pun nampak pucat? Mungkin sudah sampai masanya untuk kita mengetahui kelebihan menggunakan pembersih lembut berhidrasi dan pelembap kulit untuk kulit kering di bulan Ramadan agar kulit sentiasa sihat dan cantik!

    Tidak dinafikan, kulit akan menjadi sangat kering apabila kandungan air di dalam badan berkurangan pada bulan Ramadan. Kita bukan sahaja tidak dapat minum air dengan mencukupi, diet kita juga berubah disebabkan ibadah puasa ini. 

    Tambahan pula, cuaca yang panas terik akan membuatkan kulit kita nampak letih dan kusam. Kulit kering bukan sahaja akan menyebabkan pengelupasan, ia juga akan mempercepatkan proses penuaan!

    Namun, untuk mendapatkan kulit yang tampak sihat dan berseri ketika Ramadan bukanlah satu perkara  yang mustahil. 

    Selain memastikan anda pakai pelembap kulit untuk kulit kering, ada beberapa tip penjagaan kulit badan dan wajah yang boleh diamalkan supaya ia kekal sihat walaupun ketika berpuasa.

    Hendak tahu apa rahsianya, jom ikuti tip kami di bawah!

    5 tip penjagaan kulit pada bulan Ramadan

    Bagi memastikan kulit tampak berseri dan sihat ketika berpuasa, beberapa faktor yang melibatkan tabiat kesihatan diri dan rutin penjagaan kulit harus diambil kira. Antaranya ialah:

    1. Jangan lupa minum air dengan mencukupi

    pelembap kulit untuk kulit kering

    Walaupun ibadah puasa menghalang kita daripada makan dan minum pada waktu siang, itu tidak bermaksud kita tidak boleh memastikan kandungan air mencukupi dalam badan untuk sepanjang hari.  

    Kita digalakkan untuk minum 8 gelas air setiap hari. Walau bagaimanapun, keperluan ini mungkin berbeza mengikut individu.

    Merancang jadual jumlah air yang perlu diminum sebelum dan selepas tempoh berpuasa adalah sangat penting untuk mengawal kandungan air dalam badan agar kulit badan dan wajah tampak sihat dan berseri.

    Sebagai panduan, cuba minum dua gelas air semasa sahur, dua gelas air ketika berbuka dan empat gelas lagi sebelum tidur. Cuba sesuaikan dengan kemampuan diri masing-masing.

    Jika anda lebih banyak bekerja atau bersenam di bawah terik mentari, anda mungkin perlu minum lebih daripada lapan gelas air pada waktu malam.

    Kurang minum air? Tidak ada masalah. Selain mengenakan pelembap kulit untuk kulit kering, anda boleh tambahkan buah-buahan atau makanan seperti sup dalam diet ketika bersahur dan berbuka untuk memenuhi keperluan cecair harian.

    2. Gunakan pembersih lembut berhidrasi

    pelembap kulit untuk kulit kering

    Pada bulan Ramadan, penekanan terhadap penggunaan pembersih lembut berhidrasi adalah sangat disarankan. Fungsi utama pembersih lembut berhidrasi adalah untuk membersih sambil menghidrat secara aktif tanpa menghakis pelindung semula jadi kulit.

    Terdapat pembersih lembut berhidrasi yang dihasilkan khas untuk penggunaan kedua-dua bahagian badan dan wajah. Ini bermaksud, anda tidak perlu membeli dua jenis pembersih bagi tujuan yang berbeza!

    Pembersih lembut berhidrasi yang terbaik adalah yang diformulasikan bebas sabun dan bebas pewangi serta mempunyai ciri kawalan pH seimbang tanpa rengsaan. Ini bertujuan untuk melindungi kulit daripada tanda-tanda kulit kering dan kulit sensitif.

    Selain itu, ia selalunya bersifat hipoalergenik yang membawa maksud ‘tidak menyebabkan reaksi alergi atau iritasi’. Pembersih lembut berhidrasi amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit normal dan kulit sensitif.

    Cukup jika anda amalkan pembersihan kulit badan dan wajah dua kali sehari – sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

    Baca juga:

    3. Pilih pelembap kulit untuk kulit kering

    pelembap kulit untuk kulit kering

    Selain menggunakan pembersih lembut berhidrasi, jangan lupa gabungkan ia dengan pelembap kulit untuk kulit kering bagi memberikan kulit hidrasi dan perlindungan tambahan.

    Anda boleh menggunakan krim atau losyen pelembap badan dan wajah yang mengandungi formula emolien dan humektan yang kuat

    Kedua-dua bahan ini dapat memberikan hidrasi kepada kulit kering selama 48 jam untuk memastikan kulit lebih halus, lembut dan sihat.

    Gunakan pelembap kulit untuk kulit kering sebanyak dua kali sehari – sebaik selepas anda membersihkan kulit dengan pembersih lembut berhidrasi.

    Pilihan pelembap yang betul dapat melindungi daripada 5 tanda kulit sensitif iaitu kekeringan, iritasi, kekasaran, ketegangan dan pelindung kulit lemah.

    4. Selepas pakai pelembap kulit untuk kulit kering, lindungi kulit dari selaran matahari

    pelindung matahari

    Bagi bahagian wajah, perlindungan tambahan kadangkala diperlukan untuk melindungi kulit wajah daripada selaran matahari. Kepentingan perlindungan ini bergantung kepada jumlah masa kita terdedah kepada sinaran matahari pada waktu siang.

    Jika digunakan dengan kerap, krim pelindung matahari dapat mengelakkan selaran matahari, kanser dan juga masalah penuaan

    Pakai pelindung matahari setiap hari supaya kulit menjadi lebih cerah dan sekata. Pembentukan bintik-bintik hitam pada kulit sensitif disebabkan oleh cahaya matahari juga dapat dicegah.

    Pelindung matahari yang hipoalergenik, bebas pewangi dan tidak melekit dengan formula lembut lebih mudah meresap tanpa membiarkan kulit terasa berminyak dan melekit. 

    Sebagai panduan, pilih krim pelindung matahari yang mempunyai sekurang-kurangnya pelindungan SPF harian sebanyak SPF 15. Jika anda bekerja di luar bangunan dan terdedah kepada cahaya matahari yang banyak, perlindungan SPF harian yang lebih tinggi adalah disarankan. 

    Jadi, pastikan anda sapukan krim pelindung matahari pada wajah dua hingga tiga jam sekali untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari.

    5. Dapatkan tidur yang mencukupi

    tidur

    Tidak dinafikan, pada bulan Ramadan, jadual tidur kita akan terganggu dan ada di antara kita yang tidak mendapat tidur yang mencukupi.

    Manakan tidak, ramai yang terpaksa bangun awal untuk bersahur dan ada juga yang berjaga hingga lewat malam untuk beribadah pada bulan yang mulia ini.

    Salah satu cara untuk mendapatkan tidur yang lena adalah dengan mengurangkan pengambilan nikotin dan kafein pada bulan Ramadan kerana bahan-bahan ini boleh mengganggu penghasilan hormon melatonin ataupun hormon tidur.

    Selain itu, anda juga boleh mematikan telefon bimbit anda sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur dan memalapkan lampu bilik tidur bagi menyediakan suasana yang kondusif sebagai persediaan untuk tidur. 

    Jika mata kita didedahkan kepada sinaran cahaya yang kuat sebelum tidur, ia akan mengganggu kitaran sirkadian ataupun jam biologi dan otak kita akan mentafsirkan kejadian tersebut sebagai siang lalu menjadikan kita sukar untuk tidur.

    Jangan biarkan aktiviti kita di bulan Ramadan menjadi punca kepada kita untuk tidak mendapatkan tidur yang mencukupi. Tidur yang cukup bukan sahaja bermanfaat untuk minda dan badan, ia juga mempengaruhi kesihatan kulit kita.

    Untuk memastikan kulit sentiasa sihat, gunakan pembersih kulit berhidrasi dan pelembap kulit untuk kulit kering sebelum tidur. Barulah wajah nampak lebih segar dan berseri pada waktu pagi!

    Kesimpulan

    Untuk pastikan kulit sentiasa lembap, gunakan kombinasi pembersih kulit berhidrasi, pelembap kulit untuk kulit kering serta pelindung matahari. Kombinasi ini akan menjanjikan kulit yang lebih lembap, sihat dan lembut.

    Dengan penggunaan pembersih lembut berhidrasi, percayalah – wajah anda akan kelihatan cantik dan bermaya pada bulan Ramadan. Jangan lupa, kita juga akan menggunakan 30 hari berpuasa ini sebagai persediaan untuk berhari raya.

    Jadi, jika anda alami masalah kulit kering, masih belum terlambat untuk mencari pelembap kulit untuk kulit kering dan mengaplikasikannya sepanjang Ramadan.

    Semoga dengan tip yang kami kongsikan di atas, anda dapat menangani masalah kulit kering dan dapat beraya dengan kulit yang sihat dan bermaya!

    Sihat berseri, Syawal menanti! Dapatkan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, pelembap kulit untuk kulit kering, Cetaphil Moisturizing Cream & Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightening Day Protection Cream with SPF 15 di Shopee atau Lazada sekarang supaya kulit lebih sihat dan berseri menjelang raya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 26/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan