backup og meta

Gigi Berdenyut Buat Tidur Malam Terganggu? Usah Gusar, Cuba 6 Petua Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/10/2023

    Gigi Berdenyut Buat Tidur Malam Terganggu? Usah Gusar, Cuba 6 Petua Ini!

    Sudah pasti setiap malam kita inginkan tidur yang tenang dan lena, kan? Tapi, apabila ada masalah sakit gigi, tentu akan membantutkan hasrat anda itu! Jadi, sudah tentu anda tercari-cari cara hilangkan sakit gigi berdenyut.

    Ini bagi menghilangkan malam anda yang dipenuhi dengan rasa sakit gigi yang menjengkelkan dan menyakitkan.

    Lebih malang lagi, kita tidak dapat mengunjungi doktor gigi pada waktu malam dan terpaksalah menghadap penderitaan ini sehingga pagi.

    Jom kami kongsikan beberapa remedi yang boleh kalian cuba di rumah bagi mencuba cara hilangkan sakit gigi berdenyut. Teruskan pembacaan!

    Sakit gigi pada waktu malam, bagaimana boleh berlaku?

    Sebelum penulis kupas cara hilangkan sakit gigi berdenyut di rumah dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kalian faham terlebih dahulu penyebab sakit gigi pada waktu malam.

    Antara penyebab sakit gigi berdenyut pada waktu malam adalah:

    cara hilangkan sakit gigi berdenyut

  •  Makanan yang tersekat di antara gigi atau gusi adalah punca yang paling kerap berlaku! Popcorn, kulit buah, biji-biji kecil atau kacang antara makanan yang mudah tersekat di antara celah gigi, lantas menyebabkan rasa tidak selesa atau sakit. Hal ini dapat dicegah dengan mengamalkan tabiat memberus dan flos gigi, terutama selepas makan
  • Ramai individu mengetap gigi pada waktu malam, terutamanya saat mengalami stres yang berlebihan. Jika anda bangun dengan rahang atau gigi yang sakit, ada kemungkinan ia berlaku kepada kalian tanpa sedar. Tambah lagi, jika anda sudahpun mengalami masalah jangkitan atau kaviti, pergerakan ini akan membuatkan rasa sakit menjadi lebih parah
  • Berbaring pada waktu malam juga boleh menyebabkan aliran darah meningkat ke kepala, menyumbang kepada rasa sakit yang berdenyut
  • Masalah kesihatan mulut yang berisiko memicu sakit gigi

    Kalau diikutkan, banyak sebenarnya kemungkinan penyebab sakit gigi berdenyut dan senarai di bawah sama sekali tidak bersifat menyeluruh.

    Sekiranya kalian mengalami masalah sakit gigi, tanpa mengira puncanya, segera lakukan janji temu dengan doktor gigi ya!

    • Kaviti, antara penyebab sakit gigi yang paling kerap terjadi. Kaviti adalah lubang pada gigi dan rasa sakitnya boleh berkisar daripada ringan hingga teruk dengan peningkatan kepekaan terhadap suhu panas dan sejuk
    • Penyakit periodontal, penyakit gusi yang biasa berlaku tetapi perlu dipandang serius kerana ia mengakibatkan pembengkakan, kesakitan dan kadangkala, pendarahan
    • Gigi retak atau pecah juga boleh menyebabkan kesakitan yang ringan sehingga parah bergantung kepada tahap kerosakan dan lokasi gigi
    • Jangkitan sinus boleh menyebabkan tekanan meningkat di atas gigi geraham lantas menimbulkan rasa sakit gigi di sekitar kawasan rahang yang dijangkiti

    Cari cara hilangkan sakit gigi berdenyut? Cuba amalkan remedi ini!

    Jika tidur asyik terganggu sepanjang malam dek sakit gigi yang berterusan, anda mungkin perlu melakukan rawatan kendiri untuk membantu kalian bertahan sebelum mengunjungi klinik gigi keesokannya.

    Walau bagaimanapun, cadangan ini hanya bertujuan untuk bantu mengurangkan kesakitan dalam jangka pendek.

    Antara remedi atau cara hilangkan sakit gigi berdenyut yang boleh kalian cuba merangkumi:

    cara hilangkan sakit gigi berdenyut

  • Cuba tidur dengan kepala ditinggikan menggunakan bantal yang lebih tebal. Ketinggian dapat membantu mencegah tekanan yang diakibatkan oleh aliran darah ke kepala dan mulut. Oleh itu, apabila kepala ditinggikan, rasa sakit, peredaran darah dan kebengkakan boleh dikurangkan
  • Mengamalkan rutin penjagaan mulut yang optimum dapat membantu elak sisa makanan tersangkut di celah gigi, yang berisiko menyumbang kepada kesakitan. Sebelum tidur, pastikan anda menggosok gigi selama 2 minit penuh dengan ubat gigi berfluorida dan disudahi dengan flos. Ini akan bantu membuang sebarang sisa makanan yang terperangkap
  • Rendam bebola kapas dengan minyak cengkih. Cara lain untuk mengurangkan sakit gigi adalah dengan merendam bebola kapas ke dalam minyak cengkih dan meletakkannya pada gigi yang terjejas. Remedi ini berkesan bagi menghilangkan rasa sakit dan ketidakselesaan jangka pendek
  • Cara hilangkan sakit gigi berdenyut adalah kumur dengan air garam. Apabila gusi dijangkiti atau rasa menyakitkan, cuba bilas mulut dengan larutan air garam yang panas. Kaedah ini dapat mencuci mulut daripada sebarang sisa dan membersihkan luka atau tempat jangkitan
  • Ubat tahan sakit. Untuk menguruskan kesakitan jangka pendek, anda boleh menggunakan ubat penahan sakit yang akan mengurangkan keradangan atau rasa sakit pada gigi yang terjejas. Namun, pastikan untuk berkonsultasi dengan ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubatan over-the-counter
  • Gunakan kompres sejuk pada tempat yang bengkak. Jika anda mengalami pembengkakan di muka atau gusi, keradangan boleh disurutkan dengan meletakkan pek ais ataupun kompres sejuk
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan