Gigi palsu penuh adalah untuk pesakit yang kehilangan semua gigi semula jadi di rahang atas atau bawah. Gigi palsu penuh untuk rahang atas terdiri daripada gigi palsu yang diperbuat daripada porselin atau akrilik dan dilekatkan pada dasar akrilik.
Ia sangat diperlukan bagi anda yang kehilangan keseluruhan gigi sama ada di atas atau bawah kerana ia membantu mengembalikan senyuman menawan dan lebih berkeyakinan.
Gigi palsu separa

Ia adalah untuk memenuhi ruang antara gigi yang ditanggalkan atau tertanggal dengan gigi semula jadi.
Penjagaan gigi palsu
Penjagaan gigi palsu dengan baik mengurangkan sebarang risiko pada masa akan datang. Gigi palsu yang tidak dijaga boleh berubah warna dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan sekiranya dibiarkan berpanjangan.
Anda perlu menyimpannya semalaman dengan merendamnya di dalam bekas berisi air bagi mengelakkannya meleding atau kehilangan bentuk asalnya.
Walaubagaimana pun, anda perlu menukarnya kepada yang baru dalam tempoh 3 hingga 5 tahun penggunaan kerana perubahan keadaan mulut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen