backup og meta

Kalau Ada Luka Kecil, Adakah Lebih Baik Untuk Balutkan @ Biarkan Sahaja?

Kalau Ada Luka Kecil, Adakah Lebih Baik Untuk Balutkan @ Biarkan Sahaja?

Sebenarnya, mana satu cara rawat luka yang terbaik sama ada tutupkan atau biarkan sahaja ia terkena dan terdedah dengan angin? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Cara rawat luka kecil secara sendiri di rumah

Sekiranya luka yang dialami itu adalah kecil dan tidak begitu dalam, ada peluang di mana anda sendiri boleh merawatnya di rumah.

Pun begitu, sila berjumpa dengan doktor jika luka yang dialami itu besar dan dalam untuk mengelakkan komplikasi lain.

Jadi, bagaimanakah cara rawat luka paling mudah, cepat dan selamat? Ikuti langkah first aid ini!

  1. Sebelum pegang luka, sila pastikan anda basuh tangan terlebih dahulu untuk elakkan jangkitan.
  2. Cuba hentikan pendarahan secepat yang mungkin kerana luka kecil biasanya tidak memakan masa lama untuk berhenti mengalir.
  3. Selepas pendarahan pada luka telah berhenti, bilaskan kawasan tersebut dengan air.
  4. Jika ada kotoran yang melekat, buangkan ia dengan perlahan dan berwaspada.
  5. Sapukan antibiotik kerana ia mampu membantu melembapkan kawasan luka di samping mengurangkan parut kelak.
  6. Pastikan anda berjumpa dengan doktor jika dapati luka anda masih sakit, merah, bengkak ataupun bernanah.
cara rawat luka
Cara merawat luka ringan yang betul.

Bahan yang mungkin boleh bantu anda rawat luka

Secara umumnya, pasti ramai yang beranggapan bahawa sebarang luka perlu dirawat dengan sapuan iodin.

Ya, sapuan iodin adalah satu petua luka cepat kering yang paling efektif kerana ia mampu mengelakkan jangkitan yang tidak diingini.

Namun akan wujud masalah yang besar sekiranya sapuan ini tiada di dalam peti kit kecemasan anda di rumah.

Disebabkan itu, ada beberapa alternatif kepada iodin yang mungkin boleh digunakan untuk merawat luka kecil iaitu:

  • Air batu – ia mampu mengecutkan salur darah dan membekukan darah dengan lebih pantas
  • Uncang teh – asid tanin yang terkandung boleh membantu darah membeku dengan cepat
  • Cecair kumur mulut – alkohol yang terkandung boleh bertindak mengecutkan tisu
  • Jeli petroleum – ia boleh membantu mengelak luka daripada membentuk parut yang dalam serta gatal
  • Antiperspirant  aluminium klorida yang terkandung boleh membantu mengecutkan salur darah dan menghentikan pendarahan

Pun begitu, bukan kesemua bahan yang dinyatakan di atas ini tadi terbukti secara saintifik berkesan sebagai cara rawat luka. Malah, ia mungkin membawa lebih banyak mudarat dari kebaikan.

Oleh itu, sila gunakan bahan di atas dengan berhati-hati dan jika luka terlalu teruk, terus berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan lanjut.

first aid kit
Langkah pertolongan cemas.

Cara merawat luka terkoyak mana lebih baik: balutkan @ biarkan luka?

Seperti mana cara menyembuhkan luka dalam dengan cepat yang kami telah nyatakan di atas tadi, penggunaan antibiotik, iodin serta bahan-bahan alternatif mungkin boleh membantu merawat luka.

Selepas itu, manakah yang lebih baik sebagai cara rawat luka sama ada membalut atau biarkan sahaja ia terkena angin?

Sebenarnya, adalah lebih baik untuk anda membalut luka kerana ia memerlukan kelembapan yang baik untuk lebih mudah sembuh.

Jika dibiarkan terkena angin dan mengering, ia hanya akan memperlahankan proses penyembuhan luka serta menyebabkan kesakitan.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda menyapu ubatan (seperti yang kami nyatakan di atas tadi) dan kemudian menutupnya dengan plaster.

Cara merawat luka terkoyak ini bukan sahaja akan membantu sel kulit baru untuk tumbuh malahan juga melindungi daripada mikroorganisme lain yang berbahaya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, cara merawat luka terkoyak dengan menutup luka tersebut mungkin lebih bagus berbanding biarkan sahaja!

cara bersihkan luka
Sapuan iodin pada luka berdarah.

Adakah terdapat pengecualian yang tertentu?

Ya, ini kerana anda perlu tahu bahawa tidak semua jenis luka itu adalah sesuai untuk ia ditutup ya?

Untuk pengetahuan anda, ada luka yang kecil boleh atau perlu dibiarkan sahaja terkena angin untuk membiarkan ia kering dengan lebih cepat.

Begitu juga dengan luka kulit yang melecur atau terbakar kerana menutupnya mungkin akan membuat kesakitan yang teramat serta tidak sesuai.

Oleh itu, anda sangat disarankan untuk tidak membuat keputusan sendiri tentang cara rawat luka terutamanya jika ia melibatkan sesuatu yang serius.


Berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut terlebih dahulu mungkin merupakan salah satu daripada cara menyembuhkan luka dalam dengan cepat!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Should You Bandage a Cut or Sore or Let It Air Out?. https://health.clevelandclinic.org/cover-wound-air/. Accessed on March 10, 2021.

Cuts and scrapes: First aid. https://www.mayoclinic.org/first-aid/first-aid-cuts/basics/art-20056711. Accessed on March 10, 2021.

Home wound care do’s and don’ts. https://www.ucihealth.org/blog/2018/10/wound-care. Accessed on March 10, 2021.

How should I clean a cut, scrape, or wound?. https://www.aafp.org/afp/2002/0715/p315.html. Accessed on March 10, 2021.

Cuts and puncture wounds. https://medlineplus.gov/ency/article/000043.htm. Accessed on March 10, 2021.

Versi Terbaru

13/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ikut 5 Cara Pertolongan Cemas Ini Jika Kulit Melecur Kena Ekzos!

Mahu Rawat Luka Di Rumah? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hentikan Pendarahan! Pasti Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan