backup og meta

Ikut 5 Cara Pertolongan Cemas Ini Jika Kulit Melecur Kena Ekzos!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/05/2023

    Ikut 5 Cara Pertolongan Cemas Ini Jika Kulit Melecur Kena Ekzos!

    Aduh, sakitnya kaki terkena ekzos kenderaan! Adakah anda sedang cari cara cepat sembuhkan luka melecur?

    Sekiranya anda gemar berkonvoi dengan motosikal bersama rakan-rakan, ada sesuatu yang kalian perlu waspada!

    Tidak dinafikan, ia adalah aktiviti yang sangat seronok untuk dilakukan bersama teman.

    Pun begitu, kalian tidak boleh leka, lupa atau alpa kerana ada bahaya yang berisiko tinggi terjadi kepada si penunggang motosikal.

    Selain kemalangan di atas jalan raya, ada sesuatu yang penggemar aktiviti berkonvoi motosikal perlu berwaspada iaitu kulit terkena ekzos.

    Jika ia berlaku, apa perlu anda buat? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Kaitan ekzos kenderaan & luka kebakaran

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah kita tahu bahawa artikel ini bukan hanya berfokuskan kepada akibat kulit terkena ekzos motosikal sahaja malahan juga kenderaan lain.

    Mungkin ekzos motosikal ditekankan di sini ekoran ia merupakan bahagian yang sangat mudah terdedah dan tinggi risiko terkena kulit individu terutamanya pada bahagian bawah iaitu kaki.

    Ketahuilah sebarang ekzos kenderaan termasuklah motosikal, kereta, van, bas, lori dan lain-lain juga sudah pasti boleh mengakibatkan kulit anda mengalami luka kebakaran jika tersentuh.

    Ia lebih berbahaya dan berisiko tinggi sekiranya kenderaan itu sedang atau baharu sahaja digunakan.

    Ini kerana ia akan membuat ekzos kenderaan itu lebih panas lantas membuat kecederaan lebih teruk.

    Tahukah kalian bahawa terdapat beberapa kategori luka kebakaran yang utama?

    cara cepat sembuhkan luka melecur

    Apa kategori luka kebakaran yang utama?

    Sebelum mengetahui cara cepat sembuhkan luka melecur yang betul, haruslah kita semua tahu kategori luka kebakaran yang utama terlebih dahulu.

    Menurut Dr Nicole P. Bernal, Pakar Kulit dari UCI Regional Burn Center di Amerika Syarikat, kategori ini penting untuk tahu cara merawatnya.

    Berikut merupakan kategori luka kebakaran yang utama:

    Luka terbakar tahap pertama

    • Membabitkan permukaan kulit sahaja (epidermis)
    • Mengakibatkan kesakitan dan kemerahan yang tidak teruk
    • Memerlukan cara cepat sembuhkan luka melecur yang biasa seperti disarankan doktor

    Ia adalah disebabkan oleh faktor risiko yang kurang bahaya seperti terdedah kepada cahaya matahari terlalu kerap atau lama (sunburn).

    Luka terbakar tahap kedua

    • Membabitkan lapisan kulit yang kedua (dermis)
    • Mengakibatkan kesakitan, kemerahan dan keluarnya lendir seakan nanah
    • Memerlukan kaedah graf kulit atau ganti kulit untuk merawatnya jika teruk

    Ia adalah disebabkan oleh faktor risiko yang agak bahaya seperti terkena air panas serta boleh mengakibatkan pelbagai jangkitan kepada kulit.

    cara cepat sembuhkan luka melecur

    Luka terbakar tahap ketiga

    • Membabitkan kesemua lapisan kulit
    • Mengakibatkan kesakitan pada kulit
    • Mengakibatkan perubahan warna kulit kepada coklat atau hitam
    • Menyebabkan penderita hilang deria sakit sekiranya sistem saraf terjejas dengan teruk
    • Memerlukan kaedah graf kulit atau ganti kulit untuk merawatnya jika teruk

    Ia adalah disebabkan oleh faktor risiko yang sangat bahaya seperti terkena minyak panas, besi panas, renjatan elektrik ataupun bahan kimia bersifat menghakis.

    Mengikut tahap luka kebakaran yang utama ini, cara dressing luka melecur juga adalah sangat berbeza.

    Jika anda keliru luka kebakaran anda berada pada tahap yang mana, dapatkan konsultasi doktor segera.

    Baca juga:

    Cara cepat sembuhkan luka melecur yang betul!

    Berbalik kepada persoalan utama artikel tentang, bagaimana jika terkena ekzos motosikal atau kenderaan lain?

    Pertama sekali, haruslah kita tahu bahawa luka kebakaran itu berada pada tahap yang mana terlebih dahulu!

    Kebiasaannya, luka melecur akibat terkena ekzos kenderaan berada pada tahap ketiga.

    Ini kerana ia adalah bahan yang diperbuat daripada besi yang mudah panas lebih-lebih lagi jika kenderaan tersebut sedang atau baharu sahaja digunakan.

    Sekiranya ia berlaku kepada anda, cuba untuk tidak panik dan lakukan cara cepat sembuhkan luka melecur seperti berikut:

    #1. Siram bahagian yang melecur dengan air lebih kurang 15 minit.

    #2. Sapu antibiotik atau antiseptik pada bahagian terbabit.

    #3. Tutup bahagian tersebut dengan kasa steril.

    #4. Makan ubat paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit.

    #5. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan.

    cara cepat sembuhkan luka melecur

    PERINGATAN: Anda diingatkan bahawa 5 langkah ini hanya sesuai dilakukan jika luka terbakar itu adalah kecil dan tidak melebihi saiz tapak tangan.

    Jika ia lebih besar, adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat doktor pakar.

    Konklusinya, kulit terkena ekzos kenderaan terutamanya motosikal adalah sangat bahaya dan boleh mengakibatkan luka kebakaran tahap ketiga jika ia terlalu panas.

    Oleh itu, sila ambil langkah berwaspada seperti memakai seluar panjang dan elakkan berjalan di sebelah kenderaan yang sedang atau baharu sahaja digunakan.

    Sebelum mengambil langkah di atas sebagai cara cepat sembuhkan luka melecur dengan sendiri di rumah, adalah lebih baik untuk berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan