backup og meta

Tiba-Tiba Ada Orang Pengsan Depan Mata Anda, Apa Kena Buat Untuk Bantu?

Tiba-Tiba Ada Orang Pengsan Depan Mata Anda, Apa Kena Buat Untuk Bantu?

Kondisi orang pengsan adalah situasi apabila individu mula hilang kesedaran untuk masa singkat.

Walaupun kebanyakan individu mengalami pengsan dalam kehidupan mereka, ia bukan masalah kesihatan umum untuk diabaikan kerana ia adalah tanda atau mungkin berkaitan dengan banyak masalah kesihatan berbahaya.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bagaimana menguruskan individu yang pengsan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Apa punca sebenar di sebalik orang pengsan?

Terdapat banyak sebab yang membuatkan individu itu pengsan.

Walau bagaimanapun, kebanyakannya berkaitan dengan masalah jantung dan peredaran darah seperti strok jantung, serangan jantung, dan degupan jantung yang tidak normal.

Selain itu, anemia, gula dalam darah rendah atau kehilangan darah yang cepat boleh mengakibatkan pengsan.

Sebab-sebab lain yang menyebabkan pengsan termasuk perubahan mendadak kedudukan badan, kesakitan melampau, keresahan, ketakutan atau tekanan emosi.

Wanita pada tahap awal kehamilan juga mungkin mengalami pengsan.

orang pengsan

Bagaimana cara untuk bantu orang pengsan?

Boleh

  • Cuba dapatkan seseorang sebelum dia pengsan.
  • Biarkannya berbaring dengan paras kepala lebih rendah dari jantung, kemudian angkat kakinya 30cm untuk menggalakkan aliran darah ke otak.
  • Pusingkan kepalanya mengiring/sisi supaya lidah tidak jatuk ke dalam kerongkong dan menghalang pernafasannya.
  • Jika pakaiannya ketat, longgarkannya supaya dia lebih mudah untuk bernafas.
  • Bilas muka dan lehernya dengan tuala lembap.
  • Pastikan dia suam/hangat. Suhu tubuh adalah sangat penting pada ketika itu.
  • Teruskan melihatnya beberapa minit selepas dia pulih untuk memastikan dia tidak pengsan semula.
  • Berikannya sedikit ruang. Terlalu ramai orang sekelilingnya membuatkannya tidak selesa.
  • Hubungi ambulans untuk kecemasan.

Tidak boleh

  • Jangan sekali-kali menampar atau menggoncangnya supaya bangun.
  • Jangan cuba untuk mendapatkannya makanan atau minuman. Jika dia pengsan kerana mereka lapar, memberikannya makanan setelah sedar sepenuhnya.
  • Jangan cuba atau biarkannya bangun/berdiri sehingga dia berasa lebih baik dengan kekuatan fizikalnya kembali.

Adakah kejadian ini boleh dielakkan?

orang pengsan

Elakkan daripada pengsan agak mudah jika anda tidak mempunyai sebarang keadaan perubatan yang meningkatkan risiko pengsan.

Anda boleh mengelakkan pengsan dengan:

  • Bangun perlahan-lahan dari tempat tidur atau dari kedudukan duduk
  • Jangan memakai pakaian yang ketat di leher anda
  • Jika anda mengambil ubat yang ditetapkan dan berasa simptom pengsan, biarkan doktor anda mengetahui keadaan itu
  • Dapatkan diet yang betul

Pengsan menunjukkan kesihatan anda mengalami masalah. Pengsan itu sendiri merupakan keadaan tubuh berbahaya.

Atas sebab itu, ketahui cara mengelak, mencegah dan rawatan pengsan adalah sangat penting.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fainting, https://www.mayoclinic.org/first-aid/first-aid-fainting/basics/art-20056606, Accessed Oct 26 2018.
  2. Fainting, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21699-fainting, Accessed Oct 26 2018.
  3. Fainting, https://familydoctor.org/condition/fainting/, Accessed Oct 26 2018.
  4. I Fainted! What Should I Do?, https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/heart-and-vascular-blog/2017/may/i-fainted-what-should-i-do, Accessed Oct 26 2018.
  5. Dizziness and Fainting in Children and Teens, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/head-neck-nervous-system/Pages/Dizziness-and-Fainting-Spells.aspx, Accessed Oct 26 2018.

Versi Terbaru

15/03/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bahaya Jika Ada Luka Kemalangan! Buih Udara Masuk Dalam Salur Darah, Boleh Bawa MAUT!

Bukan Kemalangan Saja, Tapi Kepala Terhantuk Akibat Terjatuh Juga Boleh Bawa Maut!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan