backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bukan Kemalangan Saja, Tapi Kepala Terhantuk Akibat Terjatuh Juga Boleh Bawa Maut!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/07/2023

    Bukan Kemalangan Saja, Tapi Kepala Terhantuk Akibat Terjatuh Juga Boleh Bawa Maut!

    Mengalami kecederaan kepala bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi punca KEMATIAN!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Saraf & Otak, sila dapatkannya di sini.

    Alami kecederaan kepala

    Kecederaan kepala traumatik, atau traumatic brain injury (TBI) merupakan salah satu punca kematian utama di dunia.

    Kecederaan ini merangkumi kemalangan ringan seperti kepala terhantuk, lebam, luka ataupun sesuatu yang lebih serius seperti konkusi, luka terbuka dan tulang retak.
    Kecederaan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami komplikasi jangka panjang ataupun meninggal dunia akibat luka yang dialami.

    Di Amerika Syarikat, kecederaan jenis ini mengalami peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 53% dari tahun 2006 ke 2014.

    Secara purata, 155 orang meninggal dunia di AS akibat kecederaan TBI setiap hari.

    Simptom yang dialami oleh individu yang mengalami TBI mungkin berbeza-beza mengikut tahap kecederaan.

    Contohnya, kes yang ringan dan sederhana mungkin akan menyebabkan pesakit pengsan atau tidak sedarkan diri.

    Namun, kes yang lebih teruk pula boleh menyebabkan seseorang itu koma, tanda pendarahan dalam kepala atau lebih teruk lagi, meninggal dunia.

    Baca juga:

    Apakah penyebab utama kecederaan kepala traumatik?

    Mungkin ramai yang sangka kecederaan TBI berpunca daripada kemalangan jalan raya semata-mata.

    Namun, pada tahun 2014, TBI direkodkan paling banyak terjadi akibat kemalangan seperti jatuh dari tempat yang tinggi.

    Kemalangan ini bertanggungjawab dalam hampir 50% kes kecemasan yang melibatkan kecederaan kepala atau otak.

    Lebih teruk lagi, 4 daripada 5 kunjungan kecemasan yang melibatkan TBI terdiri daripada orang tua yang berumur 65 tahun ke atas.

    Manakala, sebanyak 17% lagi adalah disebabkan oleh pukulan atau hentakan kepala pada sesuatu objek.

    1 daripada 4 kecederaan yang berpunca daripada hentakan berlaku kepada remaja atau kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah.

    Mereka yang terlibat dengan kemalangan jalan raya juga banyak mengalami kecederaan TBI.

    20% daripada keseluruhan kes yang melibatkan TBI dicatatkan berlaku kepada mereka yang mengalami kemalangan jalan raya.

    kecederaan kepala

    Namun, pada tahun yang sama, tindakan melukakan diri sendiri atau self-harm telah dicatatkan sebagai salah satu punca TBI yang kian meningkat.

    Statistik mencatatkan sebanyak 33% maut akibat kecederaan TBI yang melibatkan tindakan melukakan diri sendiri.

    Selain kecederaan yang dicatatkan di atas, ada pelbagai lagi punca yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kecederaan TBI.

    Contohnya, mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak juga boleh meninggal dunia akibat TBI.

    Faktor risiko untuk kecederaan kepala traumatik

    Menurut statistik yang sama oleh CDC, mereka mendapati kematian akibat TBI pada tahun 2014:

    1. Dicatatkan paling tinggi dalam kalangan mereka yang berumur 75 tahun ke atas.
    2. Punca kematian akibat TBI berbeza mengikut umur:
  • Jatuh merupakan punca kematian utama untuk mereka yang berumur 65 tahun ke atas
  • Tindakan melukakan diri sendiri merupakan punca kematian utama untuk invididu berusia 45 hingga 64 tahun
  • Kemalangan jalan raya pula bertanggungjawab untuk kematian mereka yang berumur antara 15-24, 25-34, dan orang tua yang berumur 75 tahun ke atas
  • Homisid merupakan punca kematian kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Kebanyakannya merupakan mangsa keganasan rumah tangga
  • Bila perlu berjumpa doktor?

    Individu yang mempunyai gejala TBI sama ada ringan, sederhana atau teruk perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Sama jugalah jika anak anda terjatuh atau terhantuk. 

    kecederaan kepala

    Jika kemalangan tersebut membuatkan anak anda mengalami perubahan dari segi tingkah laku, cepat-cepatlah bawa si kecil berjumpa dengan doktor.

    Tidak kiralah kecederaan yang dialami itu ringan atau sederhana, kecederaan pada kawasan kepala memerlukan perhatian daripada pakar secepat mungkin.

    Elakkan kemalangan untuk kurangkan kematian akibat TBI

    Kunci untuk mengelakkan kecederaan TBI yang boleh membawa maut adalah dengan cara mencegah sebelum kejadian tersebut berlaku.

    Individu yang mengalami kerosakan otak yang serius akibat TBI akan kehilangan kekuatan otot atau mengalami masalah seperti kesukaran untuk bercakap, tidak boleh melihat dan merasa dengan normal.

    Simptom yang pesakit alami mungkin bergantung kepada bahagian otak yang terjejas.

    Malah, mereka juga boleh mengalami kesan jangka pendek atau jangka panjang terhadap personaliti dan perilaku mereka. 

    Oleh sebab itu, sebahagian pesakit mungkin perlukan perhatian perubatan dan terapi tambahan seperti terapi fizikal atau pertuturan untuk bantu mereka pulih dengan sepenuhnya.

    kecederaan kepala

    Jika anda ingin elakkan kecederaan kepala dan otak, cuba ikuti tip yang kami sediakan untuk anda di bawah:

    1. Pakai tali pinggang keledar semasa memandu. Bayi pula haruslah diletakkan dalam child safety seat (kerusi bayi)di bahagian tempat duduk belakang.
    2. Jangan memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Minta kawan anda untuk hantar anda pulang atau langgan khidmat e-hailing supaya anda tidak perlu memandu.
    3. Pakai helmet ketika menunggang motosikal. Selain itu, anda juga boleh pakai helmet jika ingin melakukan aktiviti seperti berbasikal untuk elakkan sebarang kecederaan.
    4. Pakai baju yang bersesuaian dengan aktiviti sukan yang anda ingin lakukan. Jika anda gemar bermain papan selaju, elakkan bermain di permukaan yang tidak rata.
    5. Buang bahagian dalam rumah anda yang berisiko untuk menyebabkan kemalangan seperti jatuh. Pasang pemegang pada tangga jika anda duduk bersama orang tua anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan